Monday, August 25, 2014

Abang besar, si pecinta haiwan

Bismilahirahmanirahim.

Nukilan kasih sayang buat abang besar bernama Muhammad Sufi Hakim bin Mohd Firdaus. Anak ibu yang semakin membesar. Pejam celik sudah pun berumur 2 tahun 8 bulan. Masih terasa bagaimana perit menahan kesakitan ketika saat hendak melahirkan.

Opsss tak nak la throwback saat kelahiran. Kang panjang jela pula kan. Biarlah disemat didalam hati. Ada rezeki, ada masa kelapangan.... Insyaallah apa salah kita kongsi pengalaman kan~

Sama seperti kanak-kanak lain yang sedang membesar normal, abang besar tidak terkecuali melalui fasa mengenal, memahami sesuatu apa yang dilihat, dan disentuh.  Syukur, tak sukar untuk kami sebagai ibu bapa mengenal pasti apa yang diminati.

Diperingkat awal, dibelikan barang permainan berbentuk kenderaan; kereta, lori, kapal terbang, dll. Ya, ada dilihat bermain dengan permainan tersebut. Tapi tidak lama. Samaada ditinggalkan, pecah, atau tayar-tayar permainan tersebut akan tercabut. Fiuhhh.

Dibelikan pula permainan getah berbentuk haiwan peliharaan seperti itik, katak dan semua jenis binatang yang comel. Haaa ada nampak main lama sekit. Walaupun selepas seminggu, permainan tersebut juga akan diabaikan. hihi. Biasa la kan, budak-budak cepat bosan dengan permainan yang sama.

Apa yang dapat disimpulkan mudah, sejak dah reti bermain dan jika diberi pilihan membeli permainan di kedai, memang semua jenis permainan haiwan dalam kedai tu akan dipilih. So tak perlu ragu lagi kalau ibu atau ayah nak beli hadiah abang besar, tak perlu ke bahagian kereta control, alat-alat pertukangan, atau alat-alat berkebun. hihi. Cukuplah beli toy berbentuk haiwan atau sticker RM1 yang ada gambar haiwan pun dah cukup happy buat abang besar.

Itu cerita barang permainan.


Kalau binatang real!!!

Subhanallah mengucap panjang ayah dok layan perangai abang besar. Kalau tengah makan kat kedai makan, dibuatnya nampak kucing......boleh terbantut makan. Diikutnya kucing tu kehulu kehilir. Situasi ayah mengamuk marah abang besar suruh makan dah biasa sangat. Belum dikira lagi letih mengejar / tawaf 1 kedai makan. hihi.

Kadang-kadang bukan la kita nak melarang sangat, tapi tahu-tahu je la zaman sekarang... situasi tidak selamat ada dimana-mana. Pemandu gila, penculik, pembunuh. Arghhhh. Persekitaran yang tidak aman.

Masa umur 1 tahun lebih, ada bawa pergi zoo. Masa tu memang dah nampak ciri-ciri nak berkampung kat dalam zoo. Minat sangat sampai tak berganjak dekat setiap kandang. Berjam la nak settle, tapi masa  tu boleh lagi didukung kalau nangis-nangis.

Laa ni?? jangan cari pasal. Kudrat abang besar dah triple, volume suara nangis pun 3...4 bangunan boleh dengar. Ayah dah pesan, tunggu abang besar dah betul-betul dengar cakap baru boleh pergi lagi. hahaha.

Akhir kata, dengar la cakap encik suami. Walaupun hati seorang ibu nak sangat bawa pergi melawat lagi dan lihat si anak gembira dengan apa yang diminati. Yerlaa...kang berguling anak tu tak nak balik, si ayah jugak yang kena heret keluar. hihi.

Taat dan sabar itu penting. Insyaallah abang besar pasti faham. Yang penting, ibu puas lihat abang besar kejar ayam, dan angsa keliling kampung pada hari raya aidilfitri yang lepas.



Ibu sayang abang hingga hujung nyawa ibu. Mudah-mudahan abang akan menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat. Insyaallah. AMIN

Sunday, August 24, 2014

Keluarga sufi 2014

Bismillahirahmanirahim.

Apabila updated blog setahun sekali.... (ok gelakkan diri sendiri. hikhik.)

Kekurangan masa terluang nak feeling2 di blog. Perubahan status, penambahan ahli keluarga, penambahan tanggungjawab.... Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang tahu liku-liku kehidupan aku.
Siapa yang ada follow Instagram atau Facebook mungkin lah tahu apa yang aku buat selama ni. Internet dihujung jarikan. Taip simple-simple bolehlah.


Posting pertama tahun 2014, 24 Ogos 2014.

Firstly; updated ahli keluarga. kikikiki.

Already punya seorang suami yang semakin gebuss, abang besar yang hemsem (2 tahun 8 bulan), dan adik kembar yang comel ( 11 bulan).


Kannnn. Ini lah kami sekarang. Anak-anak yang kian membesar bersama ibu dan ayah yang juga membesar dari segi size fizikal. Alhamdullilah. hihi.

Nak updated gambar throwback, kang muntah darah lak nak scroll. So print screen je la gambar secara keseluruhan dekat Instagram. Senang. Mostly upload gambar anak-anak, gambar event je. Gambar selfie tunjuk jerawat, lubang hidung memang tak ada. Masih sedar diri. kiki.










Ok. Sekiannnn.

Saturday, November 9, 2013

Suppliment Ibu Anak Ketika Hamil Kali ke-2

Bismillahirohmanirohim.

Buat kali kedua, aku nak kongsi tentang supplement kehamilan yang aku amalkan sepanjang kehamilan kali kedua.  Seperti post yang lepas iaitu semasa kehamilan pertama (SINI), aku ada ceritakan tentang jenis ubatan dan makanan tambahan yang aku amalkan. Dan untuk kali ini, ada yang masih aku amalkan dan ada juga yang tak tersempat nak beli untuk diamalkan.

Kat sini aku senaraikan ubatan dan makanan tambahan yang aku amalkan dan syorkan kepada ibu-ibu baru dan lama. Dan paling penting murah dan berkhasiat.

1. Obimin - Wajib ambil. Kalau checkup kat Klinik Kesihatan Kerajaan, ubat ini lah yang diorang akan bagi. Obimin ni merangkumi Asid Folid, B-complex, Ferromed (Nurse yang cakap la), dimana zat-zat tersebut adalah sangat penting untuk wanita hamil. Detail kelebihan obimin ni, sila la baca post lama aku ye (SINI).

2. Minyak ikan - Pun masih amalkan. Cuma kali ni ambil brand Neuro Gain Pb. Minyak ikan ni elok untuk kecergasan otak bayi. Ia boleh dibeli kat klinik-klinik swasta, dan paling penting ia adalah Halal.

3. Susu Anmum - Susu ni elok untuk perkembangan tulang dan gigi bayi. Bukan sahaja bayi je dapat khasiatnya, emak-emak yang minum pun boleh rasa kesan iaitu jarang rasa sakit-sakit tulang belakang dan pinggang berbandingkan ibu-ibu yang tak minum. Kan berat kita nak bawak budak dalam perut tu. Aku cakap berdasarkan pengalaman, sebab kehamilan kali kedua ni aku tak consistent minum, asyik lupa nak topup bila stok susu kat rumah habis. Bila malam...siaplah encik suami kena picit.huhu
 Obimin dan Minyak Ikan

Ada pilihan perisa coklat, vanilla dan mangga.


4. Makanan Sunnah - Yang ni tak boleh disangkal lagi. Insyaallah tak akan datang mudarat bagi sesiapa yang amalkan. Malah dapat pahala. Antara 5 jenis makanan sunnah yang sempat aku beli ialah krismis, madu, jus delima, jus kurma, dan air zamzam.

Tapi tak semua aku consistent makan. Aku paling rajin beli dan makan jus delima dan kurma. Tak putus-putus aku amalkan selagi boleh. Malah selepas bersalin pun aku amalkan untuk banyakkan susu badan. Sedap tau jus-jus ni. Biasa aku minum pagi dan malam. Sukatan secawan yang biasa aku buat, 1 sudu jus delima di campur dengan 1 sudu jus kurma. Sedapppp. Maca rasa air rebena. Kalau suka manis, letak lebih pun tak apa. Tak datangkan masalah. Hb aku pun ok je.


Saturday, November 2, 2013

Status Semasa

Assalammualaikum.

2nd post untuk tahun ini. Perghh berabuk sangat ni. Kekangan ruang masa untuk keluarga, kerja dikedai, dan bonus dengan kondusi badan yang sarat mengandung pada awal tahun menjadikan blog ini wajib berabuk. hokhok.

Secara ringkas tentang aku sepanjang tahun ni. (Kat facebook selalu je updated. hihi)

1) Ibu of three.
Alhamdullilah pada 30 September 2013 - aku telah melahirkan kembar perempuan secara pembedahan, dan sekaligus memberi 2 orang adik kepada abang besar. Abang besar pun dah nak masuk 2 tahun pada Disember ni. Allahuakbar cepatnya masa.

2) Full time Working Housewife
Sejak bulan Julai lagi, aku dah tak pergi kedai dan membuat kerja-kerja pemasaran secara giat. Tapi tak ada la berhenti terus. Masih melayan pertanyaan tempahan secara sambilan dirumah. Dapat tolong cari sale sekit-sekit bantu suami pun jadi la kan. Nak pulun, aku pun dah tak larat masa tu.

Sekarang, tinggal lah aku kat rumah menjaga putera puteri yang sedang membesar. Dalam tak cukup tangan nak jaga budak-budak kecil dan mengurus rumah tangga, ada jugak berangan nak buat business kecil-kecilan versi business emak-emak. Nak tambah duit poket kononnya. Adoiiii...berangannnn. Ni menunjukkan bertapa cintanya aku pada bidang perniagaan.

Ok cukuplah buat masa ni. Ni pun curi-curi taip waktu si kembar tidur.

Buhbyeee.

Saturday, January 5, 2013

Serba Serbi Tak Kena

Salam. Rasanya masih belum terlewat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

-------------------------------------------------------------------

Pernah tak korang rasa satu perasaan yang kehidupan korang tak sempurna cam orang lain?
Contohnya; Tak punya badan lansing cam si A atau si B. Tak punya tarikan personaliti cam si A atau si B. Tak punya suami kacak cam si A atau si B. Tak punya rumah cantik cam si A atau si B. Tak punya harta cam si A atau si B. Dan lain-lain lagi.

Pelik dan sangat tak bersyukur perasaan itu kan? Tapi itulah dinamakan nafsu. Nafsu yang tidak boleh melihat kelebihan orang lain.

Aku sendiri tak boleh lari dari perasaan itu. Setan betul syaitan ni. Selalu sangat buat aku rasa serba serbi tak kena. Ada saja yang kurang. Hoiii apa yang aku nak ni???

Nak wajah, body dan personaliti macam nasha aziz? Woooww. Susah lak nanti asyik kena kejar dengan pecinta wanita. Dan confirm la laki aku kurung aku kat rumah jaga anak je nanti. hoho.
Nak rumah besauu macam Taj Mahal? Insyaallah kalau diizinkan oleh-Nya. Tapi kalau boleh masa tu taknak la kena kejar dengan bank kutip hutang. Jenuh gak nak menyorok dalam rumah yang besauu tu. hihi.
Nak prince charming yang tiptop dari segi rupa, gaya, harta, dll. Yang penting sangatttt memahami kehendak wanita. Ada ke dalam dunia ni? En.suami aku yang serba biasa-biasa aje ni pun aku dah risau kena kebas. Adoii.

Terima lah kenyataan bahawa serdahana itu lebih sempurna.  Kalau dapat bonus, Alhamdullilah.

Aku selalu ingatkan diri sendiri -
Senang kita, ada lagi orang yang lebih senang.
Susah kita, ada lagi orang yang lebih susah.
Cantik kita, ada lagi orang yang lebih cantik.
Hodoh kita, ada lagi orang yang lebih hodoh.
Hebat kita, ada lagi orang yang lebih hebat.
dll.

Maka, tanamkan dalam diri sikap merendah diri dalam semua hal. Bersyukur dan terus bersyukur.

Wednesday, December 12, 2012

My baby 1st birthday

Alhamdullilah, 9 Disember 2012 genap setahun umur putera sulung kami Muhammad Sufi Hakim bin Muhammad Firdaus. Mudah-mudahan Allah menjadi kamu anak yang soleh dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik, kecergasan akal fikiran dan memberi  segala kebaikkan sepanjang hayat kamu. Insyaallah. Amin

Bila doa untuk anak, rasanya tak terluah dengan ucapan dan penulisan. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa besarnya hati dan harapan seorang ibu untuk anaknya. :-)
Alhamdullilah juga, sambutan hari jadi hakim diserikan lagi dengan sedekit majlis kecil di kedai baru kami yang kebetulan baru sahaja siap diubahsuai selepas 2 bulan menyewa. Jemputan hanya dikalangan keluarga terdekat sahaja.

Ohh bila difikirkan sepanjang aku menjaga Hakim, ada 2 perkara yang palinggggg aku kesalkan.

1) Hakim jatuh. Memang normal budak jatuh, yerla budak baru nak kuat otot badan. Tp yang paling aku ingat adalah masa hakim jatuh katil. Masa tu umur baru 6 bulan, baru reti mengesot n menolak bantal.. Entah camne hari tu dia bangun tidur tak nangis dan terus mengesot. Haaaa apa lagi gedebommm jatuh katil. Dah la katil aku tinggi. Bengkak jugak kat dahi. Tunggu jugak 24jam kot ada muntah. Yerla nak tahu kot ada sakit dalaman. Alhamdullilah tak ada pulak. Ohh masa 8 bulan ada jugak jatuh katil tapi tak bengkak. Tapi memang sedih la tengok anak nangis.

2) Hakim demam. Actually dah beberapa kali demam. Demam nak besar orang kata. Tapi paling aku kesal adalah demam disebabkan kelalaian aku sendiri. Masa tu hari raya, raya tu aku balik kampung. Biasa la kan cuaca malam-malam kat kampung adalah super sejuk. 2 malam pertama tidur dalam bilik, dan malam terakhir entah camne aku boleh bawak hakim tidur kat ruang tamu. Actually memang dah bedung awal-awal. Yang aku kesal aku lupa dia dah boleh bukak kain bedung sendiri. Umur 8 bulan dah kuat kot. Senang cite...tengah malam dia dah pusing-pusing bukak bedung dan aku lak tak sedar. Bila aku sedar subuh tu, badan dah panasss giler. Memang rasa nak maki diri sendiri je masa tu. Harghhh cuaiiiii.
Akhir kata...ibu akan terus belajar untuk jadi ibu yang baik buat kamu.

Wednesday, October 24, 2012

Kedai Baru

Assalammualaikum.

Sekadar berkongsi kegembiraan, bulan Oktober ini adalah bulan terakhir kami Sufi Printing Services beroperasi di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Lepas ni akan berpindah ke Ampang Water Front, betul-betul bersebelahan dengan butik Manjaku. Alhamdullilah dengan kesempatan yang diberikan. Mudah-mudahan perjalanan dan urusan kerja kami lebih dipermudahkan dan pantas, selain rezeki kami berlipat kali ganda. Amin.

Yang penting lepas ni tak ada lagi keluhan terpaksa mendaki tangga bangunan 3 tingkat. Kalau naik bawak diri sahaja takpe jugak, ni kesian orang yang kena angkat stok baju yg berpuluh-puluh malah beratus-ratus kilogram setiap kali stok baju sampai. Hihi. Lepas ni panjat tingkat 1 je, kalau tertinggal apa-apa kat kereta...tak lah gado siapa nak pergi turun :-P

Sewa kedai baru ni triple dari sewa kedai sekarang. Maka oleh itu tenaga, usaha, idea, strategi perniagaan, bla..bla..bla.. harus lah triple atau lebih dari itu jugak.
Agak-agak mampu tak kitorang?

Dan jawapan yang harus di set dalam kepala kitorang atau mereka yang serius dalam bidang perniagaan ini mestilah MAMPU dan YAKIN. Tak ada sebab nak hidup selesa jika dalam hati dok teringin nak beli rumah besar, kereta besar, holiday sana sini, barang kemas, dll. Ehhh.... bukan lah maksud aku lebih kepada duniawi tapi kesempatan ni jugak korang boleh bantu keluarga dan orang susah kat luar tu berkali ganda. Pahala pun banyak. Insyaallah kalau ikhlas.




"Nak jadi kaya sebab nak bantu keluarga dan orang susah". <---Doakan kami kearah ini.

Wednesday, August 29, 2012

Salam Syawal 2012

Assalammualaikum. Firstly nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali aku dan keluarga. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada terbuat salah dengan niat atau tidak berniat. Aku cuma manusia kerdil yang kadang-kadang termakan juga hasutan jahat untuk menyakitkan hati manusia lain. Sorry yerrrr.

Sebelum itu, aku ingin ucapkan syukur kepada Allah kerana Aidilfitri kali ini jauh lebih bermakna buat aku.  Bermakna kerana...

  1. Tahun ni kami beraya dengan kehadiran budak tecik Hakim. Sonok ibu dia tolong kutipkan duit raya. hihi. 
  2. Emak aku dah hampir 100% sembuh dari penyakit yang menyerang pada awal tahun hari tu. Ini semua berkat kesungguhan mak yang sentiasa kuat semangat untuk kembali sehat. Aku sendiri pun tak sangka mak aku sehat secepat ini. Apa pun Alhamdullilah, terima kasih Allah. Sakit apa? boleh baca sini --> Dugaan emak
  3. Tahun ni kami anak beranak ada baju raya. Tidak lagi pakai baju re-cycle raya-raya sebelum ni. Alhamdullilah tahun ni rezeki kami murah, dapat la pakai baju bau kedai. (^___^)  


Tahun ni adalah turn beraya disebelah keluarga aku. Maka berangkat la kami anak beranak ke rumah atok aku di Kampung Sayong Hilir, Kuala Kangsar, Perak. Raya tahun ke-3 ni, aku betul-betul plan baeeek punyeee, agar tak terjadi macam raya tahun pertama. Dimana baru hari raya ke-2, aku dah kalut nak balik Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dengan Perak bukan 5 minit perjalanan. Alasan pulang awal ke Kuala Lumpur pada masa tu adalah aku kesian en.suami drive dari satu rumah saudara aku ke rumah lain yang semuanya ambil masa 1/2 jam ke 1 jam perjalanan. Sedangkan tempoh setiap satu perjalanan tu adalah tempoh biasa kalau berraya kat kampung. Maka akirnya kepenatanlah kami dalam kereta je, melawat saudara maranye tidak pada tahun tu.

Kembali pada raya tahun ni - Disebabkan rezeki bulan Ramadhan masuk mencurah-curah, maka 3 hari sebelum Raya baru la kami officially bercuti. Dua hari pulun buat persiapan raya, dan hari terakhir memulakan perjalanan ke kampung. Haiiishhhh...pulang disaat-saat akhir wajib lah menempuh lebuhraya yang disesaki dengan kenderaan. Benci!!!


Memulakan perjalanan seawal 4.30 pagi. Lihat laa gambar diatas.. keluar awal pun still ada lagi orang yang keluar lagi awal. Hmm...sabor aje la. Gerak awal tapi en.suami tidur pukul 2 pagi, tu pun kena paksa tidur sebab terlalu asyik ngadap pc. So 2 jam lebih je la dia tidur. Aku pulak tak tidur sebab terlalu gembira untuk memulakan perjalanan. Maka dalam kereta terhangguk2 kengantokkan. Tapi tak boleh nak layan mata sangat sebab kena pantau en.suami drive dan melayan Hakim yang dah terjaga dari tidur lepas aku aku dukung dia masuk kereta.

Lama tersekat atas kesesakan jalanraya, haruslah pundi kencing dah penuh. Bila singgah RnR, lihatttt gambar dibawah.....berlaku kesesakan lagi. Setengah jam lebih jugak la aku beratur nak kencing. hehe. Lebih kurang jam 11pagi sampai lah kami di kampung. Purata perjalanan adalah 6 jam. Iaitu extra 2 jam dari perjalanan hari biasa.



Saat yang paling best bila balik kampung adalah pergi ke Bazar Ramadhan di bandar Kuala Kangsar. Tapi tahun kali ni aku tak pergi sebab kesian si kecik penat. Tak apa la, dapat berbuka ramai-ramai dengan saudara pun dah seronok.

Gambar bawah ni adalah permandangan dalam rumah waktu berbuka puasa. Duduk dah berlapis-lapis sampai ke pintu. Pinggan hidangan pun dah tak tahu nak letak mana. Tapi seronok tau makan ramai-ramai camni. Ni pun ada lagi 3 keluarga tak ada.



Ok lahh..jom layan gambar keluarga dipagi raya pulak. Penat pulak nak cerita semua. khakhakha

6 keluarga. 3 keluarga lagi belum sampai.


Grey theme.

Ada macam pengantin baru tak?

Masam je muka anak ibu, panas yer.


Latar belakang paling cantik...ampaian kain

Kasih emak ayah dunia akhirat. Ila doakan agar emak dan ayah selalu sehat dan ceria selalu. 

Hoyeee emak saya dah sehat. Berjalan dah kuat. 


Pagi raya pertama, lepas berposing terus pergi rumah kakak emak kat Setiawan. 1 1/2 jam perjalanan. Habis raya, dalam petang terus balik ke Sayong semula. Harus lah bila dah balik rumah, dah malas nak keluar semula. Layan tv sambil hirup udara kampung. Hmmm nyamannn. Hari raya ke-2 baru beraya kat Kuala Kangsar. 

Hmmm...actually dah penat nak mengarang. Semua perjalanan cerita macam dah short cut. huhu

Ok lah last gambar kat bawah ni adalah hari ke-3 raya iaitu hari terakhir kat kampung. Lokasi dalam gambar ni adalah medan Laksa. Tempat wajib pergi sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Laksa Kuala Kangsar ni memang superb sedap. Kalau beli selain makan sepinggan, laksa ni kena beli ikut kilogram. Kalau orang luar Kuala Kangsar mesti rasa pelik. hihi. Ehem...kat medan laksa ni aku layan 2 pinggan. Pastu beli bungkus sekilo bawak Kuala Lumpur. Nampak sangat hantu laksa kan. hihihi.

Hakim bersama atok. Demam pulak gara-gara ibu lupa selimut memalam. Dah la tak pernah kena udara kampung.


Ok la. Sekian

Thursday, August 23, 2012

Penjadualan makanan bayi GAGAL!!!

Hmm...tiba-tiba tersedar balik yang aku dah tak serius dalam penjagaan bab pemakanan Hakim. Bagi asal boleh je. Ikut suka-suka hati aku, ikut mana sempat. Adoiii.... sedih dan rasa bersalah.

Masa Hakim 6 bulan dan dah boleh beri makan, bukan main sebuk cari jadual pemakanan bayi. Dan resepi-resepi yang sesuai  bagi setiap peringkat umur bayi. Ni bila Hakim dah 8 bulan, hari-hari bagi bubur, ayam cincang, carrot. Siannn anak ibu. Penyebab lain pun sebab aku pun jarak masak dan makan kat rumah, so stok bahan basah memang tak banyak. Haaaa mangsanya Hakim terpaksa makan apa yang ada. (T____T).

Yang lebih buat aku rasa bersalah....

Pertama -

Baru aku perasan dalam jadual pemakanan tu, dah ada beberapa penambahan jenis makanan yang boleh diberikan bagi peringkat umur Hakim (8bulan). Selama ni aku bagi benda sama je. Patut anak aku cam boring je masa makan. huhu.

Kedua -

Jika ikut info-info yang aku dapat untuk bayi 8 bulan - bayi 8 bulan dah boleh makan 3 kali sehari. Pagi n tengah hari makan bubur, petang bagi snek buah-buahan. Aku? Bubur sekali sehari je. Sedehhhh.

Kenapa aku bagi sekali sehari?
Sebab aku tengok anak aku cam susah nak okkokk. So agak-agak 3,4 hari tak okkokk, aku akan stop bagi makan. Bila dah membuang baru aku kasi balik. Yerla kan usus budak tak kuat lagi, tak kan nak sumbattt  makan je kan. Betul tak?

Tapi setelah berfikir semula, aku rasa mungkin faktor susah nak okkokk tu adalah disebabkan aku tak bagi buah @ snek petang. Sama cam orang besar la kan, kalau makan tak berselangkan buah-buahan, jenuh gak kan nak okkokk....huhuhu. OK..lepas ni akan aku gagahkan cari buah untuk Hakim. Oh ya, buah betik adalah Favorite Hakim. Lepas makan confirm okkokk.. uhuhu

Ketiga -

Tahu tak?? fasa umur 8 bulan sepatutnya dah boleh makan makanan yang tidak perlu di blande halus. Atau makanan tu dipotong dalam bentuk jejari. Ini kerana pada fasa ini, bayi sepatutnya dah mengunyah makanan. (Makanan lembut je la).

Bila cerita tentang masak bubur, aku selalu masak guna slow cooker. Air memang letak banyak. Masak waktu subuh, dalam kol 10 pagi iaitu waktu Hakim bangun tidur dah boleh terus bagi makan. So texture bubur nasi tu memang lembut la. Tinggal aku lenyek ngan sudu pun dah ok.

Yang menjadi masalah adalah...

Semalam aku try parut halus carrot. Parutan carrot tu dimasak sekali dengan bubur. Aku tahu texture carrot tu tak la sehalus puri carrot yang di blande. Dipendekkan cerita, masa bagi Hakim makan...1...2 kali suap macam ok. Tapi 4..5 suap Hakim terbatuk-batuk. Hmmm...ini maknanya Hakim masih tak ready makan makanan yang sedekit kasar. Hmm tak pe la perlahan-lahan.




Hmm...wahai ibu Hakim...sangat kelewatan sungguh kamu mengajar anak makan. Hyshhhhh. Sila focus dan bersemangat untuk terus belajar dan memahami anak kamu!!! 

Monday, August 13, 2012

Welcome Back Cik P ~~

Woweee...wahh cam tahu-tahu je 2..3 menjak ni aku berangan nak orang baru. Rasa tak sampai seminggu kot aku post tentang keinginan kelahiran baru. Petang tadi 13hb August bersamaan 25 Ramadhan...cik P muncul kembali. Muncul selepas 1 tahun 6 bulan - iaitu ketidak hadiran sepanjang aku preggy dan menyusukan hakim selama 8 bulan.

Dengan ini puasa tahun ini sudah la berlubang, hahaha. Adoii jenuh la nak ganti balik. Dan yang paling penting bermula la kiraan wajib bagi setiap wanita untuk memastikan kitaran haid mereka consistant setiap bulan. Bukan sebab nak fikir next production je tau tapi ia boleh membantu kita untuk mengesan masalah kesihatan dalaman.

**Untuk mummy baru, tak period tak semestinya tak subur. Ramai je yang mummy tak period masa susu budak, tuptup dah preggy la. Rezeki tu kan ditangan tuhan. Yang penting jangan berhenti berusaha dan berdoa.