Saturday, December 26, 2009

Pengapit Ku~~

Nih lah wajah-wajah Pengapit Utama aku. Pada kata erti lain, mereka la yang akan selalu disisi aku. Tukang kipas..tukang lap peloh..tukang pemangkin semangat..tukang cover..dan macam2 tukang lg la..hehehe

Actually, rasa cam nk buat semua kawan2 baik aku jadi pengapit, tp tak bleh la kan. Kang runtuh lak pelamin aku.hehehe. Sori la klu ada yang terasa, apa pun..buat kawan2 baik aku yang lain, korang semua adalah penyeri majlis aku nnt. =D

1st Pengapit (Rumah Perempuan) - Ummi Huraizah bt Ramin (Mimi)

Die ni kawan baik aku dari dalam perut lagi. Mmg kenal dah lama sangat. Die ni gk jiran lama + satu Pengasuh + ex-schoolmate + ex-classmate. (1 kelas masa darjah 5 jerh.. yang lain die banyak kelas no.1, aku kelas bawah sekit..hahaha). Skrang die nih graduan UIA - kos Manufacturing. Pandai kn?? W/pn die ni bijaksana, die tak pernah kesah pn kawan ngn aku yang agak suka main2 dari belajar. hehehe. Dan, perkara yang aku paling suke tentang die, w/pn ada masa lama giler tak contact, then bila ttiba contact n terus cerita masalah yang mmg dah teruk....die dengar jerh tanpa banyak cerita. Yang pasti, nasihat2 die mmg bernas.=D


2nd Pengapit
(Rumah Lelaki) - Fauziah Sipli (Ogy)

Eset utama (tahi lalat), hahaha. Ogy ni aku kenal masa Poli Shah Alam dulu. Kenal pun sebab TaeKwanDo sesama. Nk kata rapat sangat dulu, mmm... rapat klu ada tranning jeh la kot. Bukan pe, die ni muke garang giler. Mcm nk makan orang. hahaha. Tp semakin kenal dgn die ni sewaktu dah masuk UiTM ssama, lagi2 tetiba bleh lak duduk 1 rumah sewa ssama. Yang bagus die nih, w/pn aku tahu telinga die dah bernanah dengar keluh kesah aku yang sama setiap hari.. tapi die tetap dengar jugak. Bagus la, bleh dapat anugerah pendengar setia dan penyimpan rahsia yang baik. hehehe. Satu lagi, w/pn muke die garang, tp hati die lembut woooo...hehehe

Keluarga Pakcik Ramin

Hari ni awal2 pagi dah pg Kenduri Kawen anak Pakcik Ramin kt Batu Caves. (Pakcik Ramin adalah jiran lama sewaktu tinggal kt Flat Seri Sabah dulu - masa kecik2 geng ngn adik die, Mimi).
Apa pun, tahniah buat Abang Iwan dan pasangan. Mudah2an bahagia hingga akhir hayat.=D

W/pn tempoh 3minggu keluarga Pakcik Ramin bergolak dengan cerita suka duka, tapi aku tahu Keluarga Pakcik Ramin semuanya tabah dan kuat semangat. Specially Mimi, kwn karib aku dari kecik lagi. (Die gk Pengapit waktu aku kawen nnt..=D)

~Minggu 1- Abang Iwan Selamat Bernikah, Kenduri sebelah perempuan
~Minggu 2- Permergian Arwah Harisin (anak yg ke-3, umur 20thn) akibat kemalangan jalan raya,
~Minggu 3
- Kenduri sebelah lelaki

Duka yang tercalit, tidak menghalang kenduri kahwin Abang Iwan dijalankan dengan penuh kesyukuran. Alhamdullilah. Dan mudah2an roh arwah adik Harisin dicucuri rahmat dan dimasukkan di dalam golongan yang beriman. Amin~~

Monday, December 21, 2009

Rumah Sewa Selepas Kawen

RUMAH SEWA = Done

Dekat je ngn UiTM, ada la dalam 5 minit. Klu ade kelas or grouping memalam tak de la aku kelam kabut nk pg. En.Suami pn tak risau sgt. Klu risau sgt, aku soh je die hantar sampai ke pintu kelas.hehehe (Dah kawen pn, komitment utk kelas ttp sama k. Kenelah susun jadual betul2 supaya keje cepat siap n tak perlu balik tgh2 subuh cm zaman bujang2. Yeahhh cayok2~~)

DECO-DECO = 70% Done

epi sangat melihat rumah sewa yang btol mcm rumah. Boleh golek2 dan berlari2 sesuka hati tanpa risau terlanggar + merosakkan barang org.hehehe. W/pn saiz rumah kecik + jiran2 yg ske wat bising tp aku tetap rasa hepi. Yerlaa rumah sewa zaman bujang lain bentuk nye, masing2 tarok barang main ikut suke.Masing2 xde duit nk deco2. Ni da kawen, kne la elok sekit kg lari plak laki kite. Hehehe


Bila dikira, dari zaman Sekolah Teknik ke Diploma ke Degree (lagi setahun), dah 8 tahun aku menyewa rumah/hostel (agak berdikari kn). So, mmg da mcm2 bentuk rumah sewa/hostel yang aku pernah duduk. Belum lg ambil kira dgn perangai2 kwn serumah yang pernah aku jumpe. Mmg haru-biru + tekanan jiwa.hehehe. Yang pasti, semuanya adalah kenangan yang tak mungkin semua orang rasai. =)

Sunday, November 29, 2009

Macam Tak Percaya !!!


Habis je bulan November ni, bermakna tinggal sebulan lagi jerh aku akan bergelar isteri orang. Isteri kepada En.Firdaus b. Arfaai.

Serius menggigil bila pk majlis yang akan berlangsung tak lama lagi nih. Banyak kali aku pk, btol ke aku da nk kawen? btol ke?? btol ke?? btol ke??? Argh.. Semua bende da booked, semua bende da beli. Tp kenapa ttiba rasa nk pitam bila majlis da nk dekat ni??? Hmm.. Aku tak sedia or baru terasa aura naik pelamin??? hayshhhhhhh

Sebelum plan nk kawen, aku da tahu komitment yang akan aku tanggung selepas kawen. Komitment sebagai isteri + pelajar. Tapi dengan slumber aku terus kn niat murni kami berdua ni. Agak berani tanggung risiko kn...???

Doakan perjalan hidup aku sesudah kawen aman dan bahagia sampai akhir hayat. Aminnn

Persiapan Kawen

Baru sekarang aku percaya, nk buat persiapan kawen agak susah, lagi susah nk ambik exam. Lagi2 bila sumber kewangan limited. Jimat punya jimat, calculation punya calculation...korang tgk la hasilnya nnt. Yang pasti semua serba sederhana. =) mmg tu yg aku nk kan. Sederhana + Meriah.

Buat masa ni, perkara2 utama yang diperlukan dalam mana2 majlis perkahwinan, dah pn ak booked. (Booked awal tahun, cepat nyee...) Jz nk buat bayaran penuh jerh belum. hehehe

Krusus Kawen : Done
Daftar Kawen : Done
Tok Kadi : Done
Catering : Done
Boutique / Mak Andam : Done
Barang Hantaran : 60% done
Deco bilik : Otw

Hmmm banyak bende gk klu nk disenaraikan, pape pun doakan aku bahagia dan majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.

Tuesday, October 27, 2009

Bukan Semua Orang Sempurna

Post ni adalah urutan kepada post 'Last day studio sem + Final presentation' . Aku bebetul rasa looser masa hari presentation tu.

Ni semua tentang cara komunikasi aku !!

Selama ni aku selalu pk, apakah persepsi orang tentang aku. Adakah Positif or Negatif?? Aku mmg tak suke bila dapat tahu ada orang berkata2 buruk pasal aku.

Bagi tak menyakitkan hati sesiapa, aku cuba kurangkan bercakap di dalam kumpulan w/pn hakikat aku ni bukan lah senyap sangat. Pada kata erti lain, aku lebih suka mendengar dr bercakap. Dengan alasan lebih suka mendengar tu lah, menyebabkan aku berpendapat, aku bukan dilahirkan menjadi seorang ketua yang petah bercakap + pembuat keputusan + mampu mengarah orang membuat kerja.

Yang pasti, kelemahan aku dalam komunikasi bukanlah penghalang bagi mencapai cita-cita aku. Itu semua boleh diubah. Apa yang penting, aku tahu kelebihan aku skrang adalah aku mampu memberi komitmen bagi setiap kerja yang diberikan. Dengan kelebihan itu lah yang membuatkan aku terus tabah menghadapi sesi pembelajaran aku sehingga grad.

Last day studio sem 6 + Final presentation

Tar8, Aku & kawan2 kelas

Nampaknye bkn hari yg menggembirakan bagi aku. Dan mungkin Tar8(rakan sekerja pembikinan Konsep Pembangunan)

Sebab apa??

Dipanggil present secara mengejut + tanpa persediaan apa2 + tak cukup tido. Mmg sedap kene bambu dgn lecturer. W/pn konsep pembangunan yg kitorg buat hanya sekadar konsep pembangunan bukan pilihan dan hanya sekadar untuk menambah / mencantikkan contents dalam report group, tp serius aku tak expect kerja2 kitorang tu akan di present gk.

Memang betul konsep2 pembangunan tu kitorg just refer kat RSN dan sumber2 lain, dan mmg ada aktiviti copy2 ayat...tp tak bermakna copy tanpa memahami apa yang dikehendaki. Yg menjadi masalah, bila disuruh explain secara tiba2, in English lk tuh, mmg terkunci r mulut kitorg, lain la prepair. Dengan masa presentation yang suntuk + desakan bertalu2 + baru nk sebut dah kene sembur, mmg hancur r kitorg. Apa yang aku dapat simpulkan, mungkin lecturer beranggapan yang kitorang ni tak menghadiri aktiviti grouping. ( Aaaa...sedihnye)

Yg pasti, aku teringin sangat nk cakap kat lecturer aku tu yang kitorg btol buat kerja dan paham apa yang kitorang cadangkan dalam konsep tu. Senyap bukan bererti tak buat kerja. Senyap sbb kitorg tak reti ckp bahasa inggeris.

"Ya Allah bantu lah kami.....hanya Kau sahaja yang faham apa yang tersurat di hati kami"


Dan, aku tak salah kan sesiapa pn malah aku yang patut minta maaf sebab kecewa kan ahli group.

****Kepada Tar8, aku tahu ko bertungkus lumus buat kerja & map sampai tak balik rumah, tp mungkin kelemahan kita dalam skill communication, buat kita rasa lemah.=( Mari kita tabahkan diri.

Sunday, October 18, 2009

Sesi Perkenalan Dgn En.Mok

Pic pertama kami - Taekwando tournament at Summit USJ (2004)


Aku kenal En.Mok kt chat room (MIRC) msa akhir2 tingkatan 4. Shazrin kwn baik die yang kenalkan. Selepas bbrapa tahun sesi kutuk-mengutuk & perang di chat room, ditakdirkan kitorang masuk poli yang sama. So ada la bertembung 2,3 kali. Tp still tak brape baik, cz sesi perang kutuk mengutuk masih berlaku di chat room. hahahaha

1st time jumpe kt luar - Masa tu semester 2, ntah cmne aku terpaksa jmpe die kt Leisure Mall cz die kata nk kasi free sticker moto poli kat aku. Demi sticker, aku mengSlumberkan diri w/pn baru je selesai kutuk2 psl die ngan Yong a.k.a Lampir kt chat room. huhu.
Igt abis kt situ jerh, rupa nye die soh aku blanje makan sbagai balasan. Ampeh tol. Serupa aku byr jerh duit sticker. huhu. N nasib baik kebtulan hari tu aku nk jmpe Lampir, so aku ajak la die teman g Sg.Weng ngan alasan nk blanje makan kt sane. Pedahal, aku risau kena fire depan2 ngn die cm die fire aku dlm chat room. hahahaha =P

Al-kisah, start hari tu la kitorg slalu jumpa dan menunggang scooter masing2 mencari tempat lepak. N yg pasti, masa tu rasanye masing2 xde hati n perasaan. Jz pk sronok hangout sama2 jerh. Mungkin gk masa tu, aku dah ada org lain n die pn tgh adjust org lain...hahaha.

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya


Hari ni dah masuk Hari Raya yg ke-5, masih tak terlambat nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua insan2 yg mengenali aku. Kesempatan ini, aku nk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, mungkin ade terkasar bahasa, terperli, terwat skt hati, n cubit2an / pukul2an yg mninggalkn kesan di badan korg... (sori, terlebihhh sudaaaa) hehehe

Tahun ni, aku beraya kt kmpung (Kuala Kangsar n Bota, Perak) - Tak ramai sedara mara ak yg balik kampung tahun ni, tp hari raya ttp disambut dgn success smpai penat kaki nk berjalan. 4 hari 4 malam pakai baju kurung. Fuhhh..longgar skru lutut aku.hehe.

Kenapa Hari Raya tahun ni sgt bererti ???
1) ada status 'tunang' orang
2) kehidupan family samakin harmoni
3) ada anak buah yg sgt comel
4) bakal dpt 2nd anak buah
5) relationship aku n en.mok smakin baik...n baik..n baik...
6) ketemu kwn2 yg bleh layan kepala aku.

Saturday, September 5, 2009

Online Shopping Boutique

Pada 17 Jun 2009 (Rabu) iaitu akhir2 cuti semeter, aku telah melangkah satu tapak kehadapan dgn menceburi bidang Online Shopping Boutique. Secara rasmi SUZILA COLLECTION adalah nama bagi boutique aku. Ia lebih fokus kpd penjualan Tudung & Selendang . Yeahhh!!! ( klick banner SuzilaCollection di column sebelah klu nk tgk~)

Intro~~~

Minat berniaga mmg dah ada dari kecik, aku pn mmg dah ada experience tolong ayah aku berniaga gerai masa aku sek. rendah sampai la sek.menengah dulu (sweet memory tol). Tapi selepas abis sekolah n masuk IPTA, tak ada peluang n masa yg sesuai lak nk wat business sendiri. Mungkin gak aku tak rasa kesempitan duit sbb tiap2 minggu ayah bg duit poket.

Faktor pembikinan business~~~


1. Sekrang tgh ambik degree plak n dah ada pn status tunang, tetiba rasa agak malu berlebihan bila nk kuar still mintak duit ayah. W/pn masa kuar tak ada lk aku yg bayar serba-serbi, tp atlest nk gk duit cover. Hmm..agak sadis bila dah nk kawen tp masih mintak duit ayah. =(

2. Tekanan gilerhhh melihat En.tunang bertukus lumus mencari duit. Keluh-kesah beliau btol2 buat aku cuba nk cari duit tambahan, w/pn hasil yg aku dah dpt skrang ni mmg tak mmbantu langsung dgn majlis perkahwinan kami nnt. (Tak pe la, sekurang2 dah ada asas utk aku buat duit selepas kawen nnt) Cayok2 !!!!

3. Sakit jiwa dok pk hal kwn yang tak reti nk jaga perasaan aku jugak antara faktor pembikinan business ni. Yg pasti rasa sgt lega, tenang n bersyukur, bila kesebokkan mengurus business ni mmbuatkan aku terus lupa ngn bende2 remeh yg sepatut nya dari dulu lg aku tak yah ambik tahu n ambik peduli !!!

Kesimpulan~~~

Keinginan dan semangat yg ttiba muncul pd saat2 akhir cuti sem lepas nampaknye membuahkan hasil. ALHAMDULLILAH. W/pn sgt excited mencari keuntungan, tp aku tetap jd kn focus utama aku adalah pelajaran. =)

Yang pasti....impian aku skrang, selepas abis belajar aku nk buat business ni secara serius. Samaada secara online ataupun direct. Yeahhhh... Aminnnnn

Wednesday, August 26, 2009

Tamak @ Chenta ????


Jangan T.A.M.A.K !!!! perkataan yg paling sesuai digunakan utk mereka2 yg masih mncari2 & masih dok tukar2 pasangan.

Isu Tamak @ Chenta ni di timbulkan sbb, 2..3 menjak aku selalu sgt dok dgr cite psl -

(1) Kkwn soh carikan pasangan
(2) Kkwn couple tp berkonsep 'men sebat @ segera'
(3) Kkwn gaduh ngn pasangan smpai keluar ayat *&%@^$

(4) Kkwn putus cinta + menonggeng

(5) Kkwn wat keputusan kawen/tunang ngn org baru kenal


WoooOoo....isu Chenta da btol...tp pe kene mengena ngn TAMAK???

Berdasarkan pengalaman aku yg tak seberapa, n perkongsian cerita ngan kwn2 aku yg lain.. Pe yg bleh di katakan, klu nk umur relationship korg panjang, pe yg penting -

(1) Jgn tamak utk mencari kesempurnaan - (dari aspek luaran atau dalaman)
(2) Bersyukur dgn pasangan seikhlas hati
(3) Terima baik buruk die (No body perfect)

(4) Sedar diri sendiri dulu, sebelum nk demand
(5) Kurangkan publisiti,wlpn korg pasangan romantik (dah kahwin, suke hati korg laa)
(6) Kurangkan bercerita ttg keburukkan pasangan
(7) Seimbangkan masa bersama pasangan & TEMAN (jgn la dok bercinta jerhhh)


Seburuk2 pasangan, die la permata yg sukar di cari ganti. Mungkin die nampak tak sempurna kini, tp mst ade sejuta kebaikkan yang tuhan sorokkan dulu dari kita sebelum kita kecapi kemanisannya.

Nak highlight no.7 - Ni satu hal lg, w/pn ada yg merasakan pasangan adalah tempat segala2nya, tp sejauh mana korang bleh mencapai kepuasan dan kesempurnaan hidup? Larat ke nk ngadap n bercakap 24jam ngn org yg sama? Mungin pasangan korg sempurna tp ada perkara yg lain, ia mungkin tindakan yg tak seberapa bagus.

Alasan-
ia akan mmbuatkan org sekeliling korg rasa meluat dgn cara korg. The end nnt, mungkin korang akan diabaikan utk ssuatu aktiviti or lain2 perkara. Yerla, dok berkepit jerh...cm dah tak mo bercampur ngn kwn2.. So, wat pe je nk pk n tnya kt org2 cmni.

Seeloknya - Seimbangkan dan asingkan waktu bersama pasangan, kwn2, keluarga dan pelajaran/pekerjaan. Bila terlalu dicampur gaulkan, mungkin bilangan org sekeliling bleh berkurangan. Tak caya, cuba laaa !!! Tp bukan jd masalah jika satu2 aktiviti tu telah di war-war kan BOLEH membawa pasangan or lain2. Masa tu, bawak 1 kampung pn takpe, tak ada org nk mengata. hehehe

Friday, August 21, 2009

BUTA kan Mata - PEKAK kan Telinga

Ia lebih ke arah KONSEP yang aku gunakan utk hadapi hari2 aku bersama kawan2. Tak kira la kwn seSekolah...sePoli...or seUiTM...

Gurau Senda setiap hari buat aku belajar ttg hubungan persahabatan. Dari sini barulah kite kenal, 'Sape Kwn...Sape Lawan'

JUSTIFIKASI golongan kwn2 aku:

KWN seIKHLAS HATI
- Teme kasih kepada kwn2 aku yg mmpunyai hati sebegini. Tak kira susah senang, suka duka. Mereka tetap bersama2 berkongsi cerita dan melayan aku seperti biasa, tanpa menghiraukan status aku sebagai gf/tunangan org. Tp ramai ke yg macam ni????

KWN GILA2 - Kwn2 aku mmg ramai yg sengal2 ubi, bila ajak wat bnde gila..laju aje. Apa yg aku suke, mereka ni la yg byk kurangkn stress aku. Bila da gelak2 sakan, masalah complicated pn leh jadi simple. Yg pasti, mereka adalah kwn gila2 yg grad dgn cemerlang. Syabas kwn2!!

KWN MASA SENANG
- Ada juga kwn2 aku yg jenis cmni. Masa aku tgh murah rezeki, or dikelilingi dgn org2 yg hebat..mula la nk menyelit ngn aku. Dari tak rapat bleh jadi rapat. Tp mereka sgt bernasib baik dpt kwn yg tak reti sound tepek mcm aku... Apa yg aku bleh buat, lain kali jgn layan org2 mcm ni lg..

KWN MASA BOSAN - Ni lebih ke arah org2 yg masa tgh single, sebok cari aku hiburkan hati. Tp bila da dpt pasangan, terus tinggalkn aku tanpa notis. "Oiii igt aku apa hah !!!!!!" Da la tak story pape, pastu ttiba senyap menyepi... Bila bertembung, buat2 mcm aku ni tak pernah wujud. Iyshhh mmg tak bleh blah.. "Lepas ni, ko buat la ko punye pasal, tak ada aku nk ambik kisah !!!!"


KESIMPULAN
- Jangan lah bergantung kepada seorg kawan shj. Sedang kn ramai lg orang yg btol2 ikhlas nk berkawan dgn kite tanpa meminta balasan. Dan sesungguhnye perasaan sakit hati & iri hati akan memakan diri sendiri. Bersyukur dgn nikmat & insan2 sekeliling yg ikhlas bersama, pasti lebih byk manis di kecapi kelak.

Wednesday, August 19, 2009

H1N1

Pic sebelum Demam


Rupa2 nye, aku pn tak terlepas dgn symptom H1N1. Argh... Masuk hari ni je da MC 3 hari. Igt selepas blk dari site kt N.9, aku bleh di kategori kuat antibodi. Sbb kebanyakkan bbdk kelas aku dpt batuk2 n demam masa kat sana lg. Memasing lk stok dpt MC seminggu..

Ni berpunca selepas aku terminum air dari gelas Fariza, time tu die mmg da batuk2...nk jadi kan cerita...esoknye aku da mula xsedap tekak...tu ok lg. Selang bape hari, pagi2 aku da menggigil kesejukkan. Cam xcaya, pagi tu aku selubong ngn selimut...padahal aku dari kecik mmg tido tak pakai selimut n bantal... Sah aku demam panas!!!

Time tu, aku xtau nk ckp pe, sejuk bkn men!! Ngan xmandinyee, aku sarung je 3..4 helai baju sejuk. Dgn sikap kemanusiaan, pagi2 tu Fariza jd ambulants kjp. Dia yg tumpangkan aku pg Pusat Kesihatan UiTM. (Thanks to Fariza)

Setengah jam menunggu, baru nombor aku naik. Check punye check.. suhu aku 39.8 darjah.. Wahhh xbleh jadi... Doctor soh aku pg makmal utk ambik darah. Slepas dpt result, Alhamdulliah, xde la buruk sgt...under control lg.

So dgn MC yg diberikan, aku terus blk rumah Cheras.
Bila kt rumah, demam ni cm memain lk.....kjp ok...kjp xok....iysh...Sabor je la...

Town Planning Student

Pic diambil semasa keluar site di Kota Bharu


Degree 4 tahun -Mmg memerlukan kekuatan mental n fizikal. Kenapa 4 thn? Sbb time diploma dulu aku ambk kos lain. Dgn minat yang ada, aku redah jerh w/pn aku tahu, aku mungkin jd org terakhir grad di kalangan kwn2 aku. Ahhh tak kisah !!!

Jan 2007 - daftar masuk Fac Senibina Perancangn dan Ukur, UiTM Shah Alam

Pejam celik..skrg da msk sem 6.. Ini bermakna, abis je sem ni..tinggal 2 sem je lg aku akan bergelar pelajar perancang bandar. Kiranye, setahun je lg aku akan berhadapan dgn buku & FSPU tercinta. Yahoooo...

Nk abis belajar cepat bukan bermakna aku dah tak minat belajar, aku sgt cinta kn bidang Town Planning...lg2 kos ni telah pn dibayangi oleh ayah aku sendiri dr aku kecik lg. Cuma, bila umo dah 24 tahun, semakin banyak perancangan nk dibuat, utk diri sendiri...utk keluarga.. Dgn alasan tu lah aku tak sabar2 nk grad.

Mudah2an aku dapat abiskan belajar aku dengan sempurna dalam tempoh yg dirancang. Aminn

Kahwin & Bersalin

Bermula tahun 2007, semakin banyak undangan majlis pertunangan & perkahwinan dr kwn2 aku.. al-maklum la umo pn da lebih 20-an, so sendiri mau faham la... Kebanyakkan kwn2 aku yg da kahwin sumenye da berkerjaya, so tak heran la kan. Yg masih belajar mcm aku ni, kene la bersabor sekit. (Tp aku da wat majlis bertunang time belajar kira hebat gk la...ngeengeee)

Latest, 10 Ogos 2009 - Puan Normala iaitu Kawan baik aku dari sekolah rendah selamat melahirkan baby gurl di Manila, Philippine... Alhamdullilah.. Xsabar nk tunggu die blk Malaysia masa Raya Haji nanti. "Insyaallah klu ade masa aku lawat ko k"

Next, 3 org lg kwn aku time sekolah n politeknik akan menyusul utk mendapatkan status ibu pada hujung tahun n awal tahun depan... Wahh hebat. Blom kira lagi kwn2 aku yg da selamat bersalin.

Aku bila lagi? Ngeengee.. Status isteri pn blom lg...cmne nk dpt status ibu.. hehehe.. Pape pn, aku kene habiskan belajar aku ni dulu, baru bleh pk perkara2 lain. =D

Tuesday, August 18, 2009

Hari Pertunangan (29.12.2008)

W/pn ikatan pertunangan ni dah nk dekat 8 bulan, tp tak salah aku nk publish kt blog sndiri.... =P

Misi Pertunangan Selesai !!!


Control Relaxx...Ngeeengee


Muke semasa sesi bersalam2an ngn keluarga En.Mok


Ia bermula dgn sikap Sabar seorg insan bernama Mohd Firdaus a.k.a En.Mok terhadap makwe nye yg agak degil, keras ati, n sedikit nakal.
Kesabaran melayan kerenah aku sepanjang 5 tahun lebih kami couple, mmbuatkan aku nekad utk meneruskan hubungan yang lebih serius w/pn aku masih berstatuskan pelajar... Mmg mencabar...ngn xde duit nye....hehehe.
Selain kesabaran yg ditunjukkan, die lah tempat aku menceritakan segala-galanya walaupun dgn sengaja atau tidak sengaja menyakitkan hati die...

You r the best Mok !!!


Hari Raya 2008
, keluarga En.Mok datang membawa cincin merisik....gementar habis..nasib time tu Mamu n Gf dtg beraya...so aku men rembat je Gf mamu jd teman..sian die terpinga2...
(Thanks to Faridah Hanum/Gf Mamu/Kwn baru...) =D

Seminggu or 2 minggu selepas tu, aku sekeluarga datang beraya ke rumah En.Mok lk, dari situ la..keluarga aku menetapkan 29.12.2008 (Isnin) hari pertunangan kami....

Kenapa tarikh tu?
Sbb hari tu ialah Awal Muharam, hari pertama tahun islam...kebetulan raya haji sebelum tu abg aku bertunang...so xelok la adik beradik ambik tarikh tahun islam yg sama.... Lagi... tarikh tu adalah last day cuti sem... Lagi.... hari2 sebelum tu aku tgh praktikal kt DBKL...mne sempat...

Keluarga

Di majlis perkahwinan abg ke.2 aku di Kelantan (Bulan 3 2009)


Sebelum aku cite psl suka-duka kehidupan harian aku....lebih baik ak cite psl insan-insan yg mempunyai petalian darah dgn aku... kn lbh manis... =)

Aku ni anak kpd En.Mohtar n Pn.Noriah. Kedua2 nye berasal dr Perak. Kira aku ni anak Perak gk la wlpn dilahirkan d KL..
Aku ni anak no.3, ada 2 org abg, sorg adik laki, n sorg adik pompuan. Semua 5 orang. Alhamdullilah, semuanye dibesarkan dgn sempurna.

Teme kasih ayah... Teme kasih mak...

Sekarang aku dah ade 2 org kakak ipar kepada 2 org abg aku.
Abg sulung aku dah pn sumbang sorg cucu heroin kpd mak n ayah aku.... Bulan 11 ni, cucu hero lk die kasi.. hehe

Dgn berkembangnye keluarga aku ni, mudah2an ALLAH..... panjangkn usia, murahkn rezeki, dijauhi musibah, dan diberikan kesemua kebaikkan kepada ahli keluarga aku... AMINNN

Bermulanye Cerita ~~

Umo pn da 24 thn, da tentu byk bende yg aku lalui, manis..masam..masin..sume2 lh..
Tp mne la aku larat nk share n tulis semua nye dlm blog ni...

Kg cite bab 'Maki hamun n dendam kesumat' ...semggu pn x abis..
Blom lg cite bab 'Kasih sayang mmuahhhh' ....huhu...

N aku pn bkn rajin sgt nk remind peristiwa2 yg da lps, klu sume bnde baik2 xpe gk...klu ade kes ngn mereka2 yg ade potensi makan kaki n kasut aku...?? iysh....baik abai kan...menyusahkan otak jerh!!!!

Pape pn...Blog ini hanyalah sekadar luahan rasa aku secara peribadi, sape yg terasa...'lu pk la sendiri..' huhu...

Tentang Aku

- Nama Penuh -
Noor Suzila binti Mohamad Mohtar

- Nama Panggilan -
Ila, Suzila, Suzie, Su, Suzz

- Tarikh Lahir -

10.11.1985 (24 tahun - 2009)

-Tempat Tinggal-
Cheras

- Status
-
Bertunang (29.12.2008) , Married (?????)

- Mode -

Student (full time) + Teleworking (part time)

- Tahap IPTA -
Bachelor in Town Planning (Uitm Shah Alam) ,
Diploma in Wood Based Technology (Politeknik Shah Alam)

- Sekolah -
Sek. Men. Teknik Gombak, Sek. Men. Perimbun, Sek. Keb, bt. 3 1/2 Cheras, Sek. Agama Al-Ridhuan Cheras, Tadika Kemas Cheras.

- Cita-cita -
Usahawan + Jutawan

- Interests -
Business + Travel + Shopping + Taekwando + Movie + Cute/Funky Shoes + Handbag + Eye Liner + Lips Bum + Red n White + Chocolate + Dark Coffee + Sushi n Tako + Cheese Cake + Baskin Robbin Ice Cream + Mushroom Cream Soup + Perfume (specially Vanilla - Body Shop) + Manik + Korea Series