Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

K.A.W.A.N (bukan kategori BFF)

K.A.W.A.N @ bawah sekit dari kategori BFF @ kawan biasa yang baik

Ia mungkin kawan yang korang kenal masa tadika + sekolah rendah + sekolah menengah + masa diploma + masa degree + sebelum kahwin + selepas kahwin + jiran + facebook + Blog + YM + MIRC + lain-lain. Perkenalan tu sekadar kita jumpa dia dan kita rasa boleh NGAM dengan baik. Cukup la untuk diajak sembang-sembang + gosip + bila jumpa boleh say HAi + lepak sesama + main kejar-kejar sesama + nyorok dalam longkang sesama + main Lubang Tikus sesama + ......lain-lain.


Point aku sebenarnya.......

Pernah tak korang rasa selepas beberapa tahun tak berjumpa dengan kategori kawan yang aku maksudkan tu, then bila jumpa balik.....KAWAN korang tu buat bodoh jerh ngan kita. Tak ada la bodoh sangat, tapi just say hai biasa-biasa jer masa 1st time ketemu semula + tak excited langsung. Bila kita respond apa yang dia updated (contoh kat facebook) , dia jawab sekadar jawapan biasa dan hilang bergitu sahaja. Tak berusaha untuk mengeratkan silaturahim. Pastu setiap kali kita updated pape, langsung tak bagi respond. Dia cuma gumbira dengan hidup dia sahaja.

Ayoooo....lupa kah kamu wahai kawan yang pada satu ketika dahulu kita pernah bergelak-sakan bersama-sama?

Actually BUKAN kucewa pun, cuma sekit rasa TAK BEST. Alasan tak kecewa sangat ialah.... dah nama pun "kawan biasa yang baik". Kalau BFF yang buat macam tu, jangan harap la aku nak tegur lagi. Lantak kau la.... dalam hati....."Lupa daratan punya BFF. Masa nangis-nangis cari aku, dah senang lupa kan aku, wakkk luuuu la." hahahaha

DAN

Pernah tak korang sangka, orang yang DULU nya kategori otai-otai + pembuli + lazer + mangkuk ayun + ....... semua-semua yang membuatkan korang rasa menyampah gilerrrrrrrrr dan yakin mereka tak akan masuk dalam list kawan korang TELAH menjadi kawan korang yang sangat prihatin + pendengar setia + penasihat terbaik + bila jumpa boleh bertegur dengan ramahnya + dan lain-lain yang tak pernah korang expect.

Fuhhh.......Kawan jadi Lawan, Lawan jadi Kawan.

Perkara diatas telah terjadi pada aku SEKARANG. Sehingga aku mula TAK SUKA + MENYESAL bagi tahu semua orang yang "si A adalah BFF, si B adalah BFF, si C adalah BFF....". Bagi aku sekarang, cukup la aku jerh yang tahu DIA adalah BFF aku even dia TAK IKTIRAF aku pun jadi BFF dia. Kalau ada siapa-siapa nampak aku tulis perkataan BFF kt gambar somebody.......yang pasti kawan aku tu maybe tak akan tahu dan tak pernah baca pun apa yang aku tulis tentang dia.


Berkawan biar beribu, Berkasih biar satu.

Aku sangat bersyukur kerana masih mempunyai ramai kawan-kawan yang masih memahami situasi aku walaupun kehidupan aku sekarang sangat berbeza seperti duhulu. Alhamdullilah. (^___^)

Sunday, April 3, 2011

Broga Hill - Mymanutd activity

Yeaa..genap seminggu aku perap gambar yang di collect dari facebok tuan punya kemera. Tq Kema....Tq Farrah. hehe.

Ahad (27 March 2011) - aku with kekawan gegurl Mymanutd telah BERJAYA menjalankan 1st activity yang dikelolai sendiri oleh kaum gegurl. Dan activiti tersebut adalah menawan Bukit Broga di Semenyih. Tahniah...tahniah...tahniah..... Tingkatkan usaha kita untuk terus berAktiviti dan FIT'kan badan. (Especially aku lah tuh.hahaha).

Jika selalu, gegurl ni just jadi tukang tengok + pengikut je kepada boyfriend / tunang / suami bagi semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Mymanutd Club. Antara contoh futsal + badminton + bowling + paintball + trip + MV + dll....... . Jumlah gegurl sangat aktif just ada beberapa ketol je, tu pun memang jenis fitness punya orang.

Macam aku, aktiviti yang pernah aku join pun just bowling + trip. Dan aktiviti paling lasak yang aku pernah join pun, masa main paintball. Actually bukan tak nak join aktiviti-aktiviti sukan yang club buat, tapi macam segan jerh. Yerla, setiap kali aktiviti, gegurl yang join ada la beberapa orang. Pastu orang yang tak pernah jumpa lak tu. Adoiii....aku dah la jenis tak banyak cakap, confirm berjam-jam aku jadi bisu.

Sambung balik pasal BROGA HILL ~

Jumlah gegurl yang join aktiviti menawan Bukit Broga ni adalah seramai 10 orang je. Angka yang boleh dibanggakan bagi 1st activity. Jumlah beboy yang join pulak ada 5 orang. Walaupun activity ni untuk gegurl, tapi demi keselamatan...kami invite gak la bodyguard memasing. Yerla, tempat berbukit-bukit kot....kang apa-apa hal kan susah. Kalau activiti kat shopping mall confirm tak jemput. hehehe.

Dah la tak nak bebel panjang-panjang. Mari layan gambar.

Semua yang success di atas puncak.

1 family

Sesi korek-korek manja.

Gurl Power

Gurl power 2

Loncatan pertama

Loncatan kedua. Hilang seorang. =P

Saturday, April 2, 2011

Lesbian Kah Aku ???

Ahakz... mesti terkebil kejap mata korang baca title aku ni. Lagi-lagi KALAU lah en.suami daku yang baca. Ngehngeh... =P.

Actually post kali ni tak ada kene mengena pun pasal aku seorang lesbian okey!!! Aku NORMAL, dan hanya bernafsu kepada lelaki sahaja. Uhuuu. Post ni berkaitan dengan apa yang aku R.A.S.A terhadap ciptaan Allah yang bergelar PEREMPUAN. Bukan pasal rasa cintan-cintan yerh.... kalau dah masuk bab cintan tu confirm la aku ni lesbian. hahaha.(Nauzubillah).

Sebenarnya, sekarang aku suka tengok perempuan SWEET. Tak berapa pelik tapi benar. Habit ni sejak kahwin + umo hujung 20-an, maybe terasa dah sampai waktu nak membersihkan diri dari perasaan TAK BEST dengan kelebihan orang.

Aku jadi 'kisah' tentang cantik nya mereka + cun nya mereka + hebat nya mereka + glamer nya mereka, sejak aku start Diploma (18 tahun + hingusan + zaman baru nak UP...lambat tol). Masa tu baru reti campur orang + nilai & komen pasal orang. (Sebuk je kan...hehe). Bila tengok orang lebih, mula la rasa dengki. Bila tengok orang kurang, mula la rasa diri jalan mendongak ke langit. Iysh...iysh....iysh....

Jadi 'kisah' aku betul-betul teruX bila seorang kenalan aku ada member dengan seorang gurl yang kategori CANTIK + GLAMOR jugak la. 1st time jumpa...aku Ok jeh. Tak ada la aku nak ambik tahu sangat hal dia. TAPI yang buat aku rasa TAK BEST coz setiap kali kitorang berjumpa dengan tak sengaja, dia macam harap aku jerh tegur + senyum kat dia dulu. Tahu la awak tu suweeet, tapi jangan la buat macam awak tu nak bertegur + kawan dengan orang sama standard awak jerh.

Memula dari tu la....silent competition bermula. (Aku je la kot). Tapi tak ada la sampai nak rosakkan life + bomoh kan dia. hahaha. Giler apa kalau dah smpai tahap camtu. Cam dah betul tak redha dengan kurniaan yang ada. Cuma aku suka skodeng-skodeng @ menyebuk senyap-senyap nak tahu pasal life dia. Buat apa? Kerja apa? Berjaya ke? Gagal ke?

(Oit..oitt..Sekodeng sekali sekala je laaaaaaaa, Dan itu pun DULU-DULU jer.)

Kalau nak cite satu-satu apa yang aku skodeng, memang panjang gila la post aku ni. By the way, aku pun TAK NAK fikir lagi sikap lama aku tu. Yang sememangnya sangat...sangat....sangat TAK BEST + membuang masa.

Yang penting sekarang aku dah tak peduli pasal orang lain. Masing-masing ada kelebihan. Bukan semua orang yang hebat luaran, OTAK nya Tiptop. Betul tak?. Actually, kalau orang Ok ngan aku, aku Ok je. Tapi kalau tengok orang tu asyik nak Up diri sendiri, memang aku blah awal-awal la. Tak kuasa aku!!! huhu.

Bila fikir baik buruk, macam tak salah kot aku sekodeng keBEST'an hidup orang, atleast ia akan jadi pembakar semangat aku untuk menjadi orang lebih baik + maju kehadapan + bermatlamat + berazam + bercite-cita + dll. Walaupun pada asalnya memang bermula dari keDengki'an melihat kelebihan luarang orang. Peace YOoo~~ (^__^)v

Kesimpulannya,TAK SYOK la ada feeling jealous ni. Especially hal-hal yang memang kita tak boleh nak ubah. Sakit jiwa raga kot kalau kita asyik fikir pasal orang. Kalau awak tu dah kategori sedang-sedang, so terima je la as sedang-sedang sahaja (Ayat untuk muhasabah diri sendiri).





***Hurm... betul ke apa aku merepek kat atas ni? Ke perasaan aku je kot. Entah-entah dia pun segan nak bertegur ngan aku. hehe. Maaf yer kepada mereka yang berkenaan. =P

***Dalam tahun ni kot, aku ada jumpe seorang lagi gurl yang LEBIH Suweeet. Suka sangat tengok muka dia. Dalam hati, mudah-mudahan anak aku nanti (jika ada rezeki), akan berwajah macam gurl tu bila besar <----- Ni ikhlas punya. Bukan untuk nak bersaing-saing.

Saturday, December 26, 2009

Pengapit Ku~~

Nih lah wajah-wajah Pengapit Utama aku. Pada kata erti lain, mereka la yang akan selalu disisi aku. Tukang kipas..tukang lap peloh..tukang pemangkin semangat..tukang cover..dan macam2 tukang lg la..hehehe

Actually, rasa cam nk buat semua kawan2 baik aku jadi pengapit, tp tak bleh la kan. Kang runtuh lak pelamin aku.hehehe. Sori la klu ada yang terasa, apa pun..buat kawan2 baik aku yang lain, korang semua adalah penyeri majlis aku nnt. =D

1st Pengapit (Rumah Perempuan) - Ummi Huraizah bt Ramin (Mimi)

Die ni kawan baik aku dari dalam perut lagi. Mmg kenal dah lama sangat. Die ni gk jiran lama + satu Pengasuh + ex-schoolmate + ex-classmate. (1 kelas masa darjah 5 jerh.. yang lain die banyak kelas no.1, aku kelas bawah sekit..hahaha). Skrang die nih graduan UIA - kos Manufacturing. Pandai kn?? W/pn die ni bijaksana, die tak pernah kesah pn kawan ngn aku yang agak suka main2 dari belajar. hehehe. Dan, perkara yang aku paling suke tentang die, w/pn ada masa lama giler tak contact, then bila ttiba contact n terus cerita masalah yang mmg dah teruk....die dengar jerh tanpa banyak cerita. Yang pasti, nasihat2 die mmg bernas.=D


2nd Pengapit
(Rumah Lelaki) - Fauziah Sipli (Ogy)

Eset utama (tahi lalat), hahaha. Ogy ni aku kenal masa Poli Shah Alam dulu. Kenal pun sebab TaeKwanDo sesama. Nk kata rapat sangat dulu, mmm... rapat klu ada tranning jeh la kot. Bukan pe, die ni muke garang giler. Mcm nk makan orang. hahaha. Tp semakin kenal dgn die ni sewaktu dah masuk UiTM ssama, lagi2 tetiba bleh lak duduk 1 rumah sewa ssama. Yang bagus die nih, w/pn aku tahu telinga die dah bernanah dengar keluh kesah aku yang sama setiap hari.. tapi die tetap dengar jugak. Bagus la, bleh dapat anugerah pendengar setia dan penyimpan rahsia yang baik. hehehe. Satu lagi, w/pn muke die garang, tp hati die lembut woooo...hehehe

Keluarga Pakcik Ramin

Hari ni awal2 pagi dah pg Kenduri Kawen anak Pakcik Ramin kt Batu Caves. (Pakcik Ramin adalah jiran lama sewaktu tinggal kt Flat Seri Sabah dulu - masa kecik2 geng ngn adik die, Mimi).
Apa pun, tahniah buat Abang Iwan dan pasangan. Mudah2an bahagia hingga akhir hayat.=D

W/pn tempoh 3minggu keluarga Pakcik Ramin bergolak dengan cerita suka duka, tapi aku tahu Keluarga Pakcik Ramin semuanya tabah dan kuat semangat. Specially Mimi, kwn karib aku dari kecik lagi. (Die gk Pengapit waktu aku kawen nnt..=D)

~Minggu 1- Abang Iwan Selamat Bernikah, Kenduri sebelah perempuan
~Minggu 2- Permergian Arwah Harisin (anak yg ke-3, umur 20thn) akibat kemalangan jalan raya,
~Minggu 3
- Kenduri sebelah lelaki

Duka yang tercalit, tidak menghalang kenduri kahwin Abang Iwan dijalankan dengan penuh kesyukuran. Alhamdullilah. Dan mudah2an roh arwah adik Harisin dicucuri rahmat dan dimasukkan di dalam golongan yang beriman. Amin~~