Showing posts with label Hari Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Hari Istimewa. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Tanggungjawab & Naluri

Menjadi seorang ibu itu adalah sesuatu yang indah. Disebalik keindahan itu, seorang ibu mempunyai suatu tanggungjawab yang sangat besar. Semua orang tahu itu bukan....

Peranan seorang ibu bukan sekadar melahirkan, menyusukan, mendidik, bla..bla..bla...seperti yang kita tahu selama ini. Tetapi peranan seorang ibu yang sebenar adalah menjalankan semua tanggungjawab dengan sulaman kasih sayang yang tulus dan ikhlas. So maknanya BUKAN...; asal budak tu nangis...kita sumbat susu; asal budak tu poopoo...kita tukar pampers; asal budak tu dah sempit baju...kita beli baju baru; asal cukup umur...masuk sekolah; bla...bla...bla.... . bukan...bukan.... Gabungan emosi ibu dan anak adalah perkara terpenting untuk menjamin rasa kasih dan cinta antara satu sama lain sampai bila-bila.

Ok la tak nak terlalu umum sangat cerita tentang peranan seorang ibu.....

Nak cerita pengalaman aku sendiri. Masa entry ini dibuat, Hakim baru je masuk 5 bulan. So nak kata dah ada banyak pengalaman sangat tuu tidak la kan. Off course masih kelam kelibut untuk memahami kerenah si kecik yang dah semakin membesar. Cuma apa yang aku rasa, kini aku berperang dengan diri sendiri untuk menjadi ibu yang baik walaupun mustahil  untuk menjadi ibu yang sempurna.

Tahu tak.....
  1. Setiap kali Hakim tido - aku akan mula berfikir... Cukup ke kasih sayang yang aku beri pada dia pada hari itu? Ada ke aku abaikan dia pada hari itu? Apa yang dia belajar dari aku pada hari itu? Adakah aku memaksa dia untuk belajar? Adakah dia suka apa yang aku buat untuk dia? dan bermacam 1001 persoalan lagi yang kadang-kadang buat aku rasa seperti masih tidak layak untuk menjadi seorang ibu.
  2. Sekarang Hakim masih fully BF. Bagi pun direct, tak ada pun buat EBM n letak dalam botol. Hati aku akan rasa sayu + sedih tiap kali Hakim dah masuk ke alam separa tido.....aku pulak terpaksa menarik cik P dari mulut dia. Bukan tak kasi si kecik menikmati rezeki susu gantung atau bergayut hingga betul-betul hanyut, tapi kita ni pulak yang kadang-kadang terfikirkan kerja-kerja rumah dan kerja yang harus diselesaikan segera. 
  3. Aku akan senak perut + terkedu + sedih + bla..bla... dan kadang-kadang terkeluar air mata bila terlihat atau tertengok gambar atau vedio penderaan kanak-kanak. Atau kisah kanak-kanak OKU atau kanak-kanak miskin yang makan entah hape2 + tinggal ditempat yang naif... dan paling tak tahan..iklan-iklan commercial yang mempunyai motif kasih sayang ibu anak pun dah cukup membuat aku terkeluar air mata.Ohh yer....cerita anak ambil keputusan cemerlang UPSR, PMR, SPM pun aku nangis. =P
  4. Kes vedio baru-baru ni yang si ibu mental memukul bayinya dengan bantal + mencubit + menendang +...(entah la....aku tak tengok vedio tu sampai habis pun....gerun). lepas seminit tengok...aku terus peluk cium anak aku. Tak sanggup anak aku diperlakukan sebergitu teruk. Mintak dijauhkan. Kenapa perempuan tu bergitu kejam dengan anak dia? tak sakit ke dia beranak dulu? 
  5. Bila anak kita tidur...tetiba ada orang datang mengganggu atau buat bising...rasa kalau aku bukan jenis yang sabar memang dah lama kene maki. Tak tahu ke budak kecil perlukan tidur yang cukup untuk membesar.... Hmm... pasal tidur anak pun bleh jadi isu kan?? hehehe

Oohh terlalu banyak benda nak dikongsi... mungkin ada orang faham tentang perasaan seorang ibu muda seperti aku. Ibu muda yang cuba untuk menjadi ibu yang terbaik.


*** Post ni ada la dekat seminggu aku taip. Mode kacau bilau, so malas nk publish. haha. Rasanya macam cerita tak abis pun ada. kuikui. Apa pun.. Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di Malaysia.

***Oh yaa... tahun ni emak wish Hari Ibu kat aku. Touching sebab aku pun terlupa nk wish kat emak. Ya Allah,ampunkan aku... Emak, ampunkan ila.

Saturday, January 28, 2012

Air Mata Pertama...Ohh Anak Ibu~~

Tarikh ini ----> 27 Januari 2012

Umur Hakim dah genab 50 hari. Hari ni jugak 1st time nampak air mata dia keluar. Aaaaaaa.......sangat teruja walaupun pada awalnya kesian sebab anak manjaku dah menangis + cebekkk sesangat coz aku tak pujuk pokpok dek terlambat bagi susu.

Monday, December 26, 2011

Permata Hati

Alhamdullilah, dengan izin-Nya semuanya dah selesai dengan selamat. Dan bersyukur kerana aku masih berpeluang untuk bernafas dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan kini IBU....

9 Disember 2011 @ 3.38 pagi - Muhammad Sufi Hakim bin Mohd Firdaus telah selamat dilahirkan kedunia dengan bersalin normal. Dan ukuran pertama bagi hero kecik aku ni adalah: berat 3.5kg - panjang 50cm. Mudah-mudahan akan menjadi anak yang soleh dan taat kepada perintah Allah hingga akhir hayatnya. Insyaallah Amin.

Hari Pertama

Hari ke-3: Muka ayah, tembammm bulattt.

Hari ke-3: Manja Ibu

Hari ke-6: Masih merah n tembam

Thursday, September 8, 2011

Salam Aidilfitri 2011 (Part 2)

Untuk post Hari Raya (Part 2) kali ni, mau berkongsi beberapa gambar yang sempat di ambil. Kebanyakkan adalah lokasi perngambaran yang sama dan posing pun lebih kurang sama. huhu. Ok la dari tak ada langsung.

Ni adalah aktiviti dan lokasi persinggahan kami sekeluarga mertua pada hari raya.

Day 1 :
  1. Singgah rumah Maklong (Kampung Pandan)
  2. Singgah Kubur nenek (Jalan Kuari)
  3. Rumah saudara (Lembah Jaya)
  4. Rumah mertua Kak Long / Kak ipar
  5. Petang Tido - Malam Tido
Day 2:
  1. Raya rumah jiran
  2. Bukit Tinggi
  3. Petang Tido - Malam Tido
Day 3:
  1. Start keje kat office baru
  2. Malam tengok wayang / Dating with en.suami.

Huhu.... tak banyak lokasi persinggahan untuk raya kali ni. Yerla saudara mara belah en.suami tak ramai, tu yang sampai kitorang sempat beraya kat Bukit Tinggi tu. hahaha. Itu pun lepak tak lama, sebab kat sana ramai giler orang datang bercuti especially bangsa lain.

Ahli keluarga belah en.suami. Kami paling besar yerh.

Bersama anak buah pertama en.suami. Ini budak sangat hyper active. Sesaat tak boleh diam. Penat nenek nye menjerit-jerit dalam rumah. hehehe.

Taraaa....Bukit Tinggi. Second time sampai kat sini. First time masa bercinta dulu. hahaha

Ni je gambar laki bini yang sempat dirakam di Bukit Tinggi.

Budak yang tak pernah rasa takut. Sume benda dia pegang n picit.

Saturday, September 3, 2011

Salam Aidilfitri 2011 (Part 1)

Rasanya belum terlambat buat aku untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali dan tidak seberapa mengenali aku. Mintak ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau aku ada buat salah samaada dengan sengaja atau tidak. Lagi-lagi sepanjang aku merepek kat blog ni. Segala isi tersurat dan tersirat dalam blog ni sekadar luahan rasa yang tulus dari hati kecil aku, yang mungkin kadang-kadang berbunyi cam orang meroyan, maki hamun, menyindir, tak bersyukur, bla...bla...bla... erkk. Ampunnnn!!!

Kembali kepada sambutan Aidilfitri.

Sebelum ni aku ada post tentang Persiapan Raya, so dari situ faham-faham la camne keadaan aku menyambut hari kemenangan umat islam kali ni. Dan dengan confident nya, tahun ni adalah raya paling simple habis buat aku. Mana tak nya, 2 - 3 bulan sebelum raya aku dah kehilangan nafsu untuk mencantikkan diri, en.suami, dan rumah. Lagi-lagi dengan budget yang sangat terhad.

Bila dah raya- tengok kawan-kawan upload gambar raya diorang dengan berpakaian baru + warna sedondon dengan pasangan atau keluarga, DAN keadaan rumah yang indah dengan deco-deco yang simple tapi kemas.... Mula la rasa menyesal sebab tak nekadkan hati untuk mengharmonikan hari raya yang setahun sekali ni. Bak kata orang, pakai barang-barang lama tak semesti nya tak cantik. Yang penting kita kena pandai kitar semula atau pandai-pandai la mix & match barang-barang / pakaian tu supaya nampak menarik.

Frustrated 5 minit kejap ----- Dah-dah benda dah lepas. Itu je yang termampu nak sedap kan hati. hahaha.

Ni jer gambar raya laki bini. En.suami dengan baju raya tahun lepas tak berbutang penuh, dan aku pulak baju raya tahun bila entah + tudung konvo yang dah lusuh dek tercuci dalam mesin basuh 2 hari sebelum raya.

COMOTTTT. (T___T)
Maaf en.suami, isteri mu masih belum jadi isteri yang baik


bersambung...............

Sunday, August 21, 2011

Persiapan Raya

21 Ramadhan.

Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdullilah puasa kali ni tak ada pulak rasa lapar tahap kritikal. Kalau dahaga pun, tak ada la mengelupur cam cacing kepanasan. hihi.

Gambar terbaru. Badan lebih gagah @ besar dari En.Suami.


Ok, bila cerita bab persiapan Raya, tahun ni memang tak prepair apa-apa. Kalau prepair pun dalam 10% je. Kadar percentage yang sangat tak best!!!

Baju Raya
  • Mengikut kata adik ipar aku dari awal tahun, raya kali ni nak tema warna turquoise. Dengan semangat 1st time raya rumah mertua, pergi mana-mana mesti aku survey baju ready made or kain potong warna turquoise. Sehingga la masa pergi holiday dengan keluarga mertua kat kelantan berkenan dengan 1 kain potong ni. Ok... confirm beli.
  • Al-kisah, awal Ramadhan baru hantar kain kat tailor, dan 2 minggu selepas tu dia kata tak bleh buat sebab kain aku banyak batu-batu @ manik, so take time nk buang batu tu n jahit. Waaa...Nangissss kejap. So confirm tak ada baju baru untuk tahun ni. Nak beli baju ready made, macam tak jumpa pulak warna dan budget yang di kehendaki. Hmm... tak pe la.
  • Baju en.suami --- ahakkzzz.. kalau ikut dia lagi la nak jimat. Especially sekarang ni tengah pakai duit banyak untuk siapkan kedai. Alasan terakhir yang dia guna untuk buat aku diam dari terus desak dia beli baju melayu adalah 'Baju tu pakai pagi raya je..bazir...bazir...'. Erkkkk. Yolah2...tahu kamu tuh sebenarnya tak nak pakai baju baru sorang-sorang kannnnnn. hehehe.

Persiapan Rumah
  • Masih tak mampu nak share cerita tentang apa-apa deco yang hendak dibuat bagi mencantikkan rumah ku syurga ku yang persis kilang nih. hehe. Masih tunggang langgang dengan stok baju yang bersepah-sepah. (Tak mampu kemas hari-hari sebab ia akan bersepah semula di kala order baru masuk.hihi.) Paling penting confirm tak ada open house untuk rakan taulan. hehe

Kuih Raya -
  • Macam biasa, walaupun tak ada open house tapi kuih tunjuk-tunjuk mesti ada. (Nafsu beli sebenarnya). Cam semalam, baru pergi PKNS Shah Alam (kebetulan ada Iftar dengan teman-teman en.suami), so dalam menyingah tu...dapat la 3 jenis kuih. Semua jenis yang banyak kacang badam dan coklat. Bentuk je lain-lain. huhu. Harga RM27/botol, beli 3 botol dapat la RM25/botol. Actually orang kata kalau beli sekarang...harga mahal lagi, tapi tak kisah la.... kuih tu tersangat sedap dan berbaloi-baloi. Rasa nya cam tak sempat je untuk di simpan di pagi raya. hehe.
  • Tq adik yang jual kuih..... (Muka adik tu dah la muka budak baik-baik, pastu bleh kata dia bantu jual hasil tangan family sendiri...wahhh baik nya tolong-menolong... Maka ini tak sampai hati aku nak paksa budak tu bagi diskaun lagi. hehe).

Kuih Raya yang super duper sedap.

Duit Raya -
  • Tahun ni tak sebuk tukar duit baru kat bank sebab belah keluarga en.suami tak ramai anak-anak buah dan adik-adik sepupu. So cukup kot apa yang ada dalam wallet ni... hihi.


Hmm..apa lagi ek nak merepek. Cukup la untuk hari ni. (^___^)

Monday, August 1, 2011

Cinta Ramadhan

Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana diberi peluang sekali kali untuk menghayati Ramadhan sebagai seorang anak & isteri. Mudah-mudahan ini bukan Ramadhan terakhir buat aku. Ya~ terasa keutuhan iman dan pahala yang dikutip selama ini masih belum cukup untuk ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihi-Nya.

Ramadhan Oh Ramadhan

1st time aku rasa, aku sukaaaaa sangat dengan bulan puasa kali ni. Semangat berkobar-kobar mengalahkan perasaan aku nak sambut Hari Raya sebelum-sebelum ni. hehehe. Suatu keadaan yang sangat baik kan? Mungkin ini tanda penghijrahan aku untuk menjadi anak dan isteri yang lebihhhhh baik. Mungkin.

Solat Terawih

Ok.. sejujurnya, last pergi solat terawih adalah masa zaman kanak-kanak dulu. Zaman dok sebuk nak main bunga api selepas habis berbuka puasa. (Puasa ke? hahaha). Hmmm...agak lama tak join solat terawih ni. Dalam pengiraan aku, aku duduk asrama / rumah bujang hampir 9 tahun lebih (sek teknik + dipl + degree), so waktu bulan puasa kebanyakkan memang tak ada kat rumah family. Biasa la kan kalau dah duduk luar, syaiton tu lebih sekit...lagi-lagi bila kita penat balik dari kelas. So alih-alih lepas berbuka dengan kawan-kawan terus je membongkang depan tv. Dan kalau weekend plak, selalu nya memang akan roger balik rumah family, tapi yerla....kekonon nak spent masa ngan family...tu yang tak pergi surau tu. (actually perut dah terlampau penuh dek makan macam2.) hehehe.

Semalam (1st Solat Terawih untuk Bulan Ramadhan), aku menggagahkan diri ke surau. Tak pernah aku rasa excited nak pergi solat terawih sampai macam tu sekali semalam. Dengan baru balik dari Jusco...terus merempit dengan en.suami ke surau. Dah lambat tu, confirm la sembahyang kat luar. Peluh-peluh tak ingat, dah la balik dari Jusco tu tak sempat nak mandi mewangikan diri. hahaha. Nasib la sape yang duduk sebelah aku. hahahaha.

Walaupun solat dalam keadaan tidak selesa + peluh-peluh + telinga dok dengar bebudak kecik bermain-main / lari-lari + mata kebil-kebil kengantukan + tak berapa focus coz tak dengar suara imam, tapi ok la... lepas gak hajat keExcited'n aku kali ni. Alhamdullilah.

Aku berkongsi cerita ni bukan nak menunjuk-nunjuk yang aku pergi solat terawih, tapi aku nak katakan yang aku bangga dengan diri aku. Tak sangka tahun ni aku bergitu kuat untuk sama-sama menghayati Ramadhan. Ye...ye... aku tahu aku tak boleh yakin dan bangga sangat, entah-entah semalam je la pergi solat, esok-esok dah terbongkang kat rumah je. hehe. Takpe-takpe, atlest semangat itu penting. Aku try la pergi seminggu sekali (Ok tak?) huhu.

Ok la..sampai disini sahaja. Mudah-mudahan Bulan Ramadhan ini lebih menginsafi diri kita dengan kejadian-kejadian lepas. Dan paling penting ia memberi kita semangat baru untuk menjadi hamba yang taat dengan perintah-Nya.

Wednesday, June 22, 2011

Happy Father's Day

SELAMAT HARI BAPA buat ayahanda dan ayahanda mertua yang hemsem + penyanyang + penyabar + lemah lembut + tegas + berkerja keras +............ <---- antara contoh sikap mereka yang sama. (^___^). Sangat bangga mempunyai ayah seperti mereka.


Buat Ayahanda, Mohd Mohtar b. Yusup

Pertama sekali, ila nak ayah tahu bertapa sayang nye ila kat ayah. Dari kecik sampai besar even dah kahwin.... ayah selalu bagi ila sokongan tak berbelah bahagi. Ayah selalu menyokong dengan memberi kata-kata semangat dan nasihat, walaupun perkara yang ila ingin lakukan tu terlalu banyak risiko yang perlu di hadapi. Tak kira la waktu ila ambik keputusan untuk ....... masuk asrama sekolah teknik + pemilihan jurusan di IPTA + bertunang di usia muda + kahwin ketika masih belajar + pemilihan kerjaya..... (yang kadang-kadang ila sendiri persoal sendiri kenapa ila bergitu gamble membuat keputusan ketika tu, especially berkahwin ketika masih tidak mempunyai perkerjaaan tetap). Namun ayah tetap yakin dan tak putus-putus menyokong dengan setiap keputusan yang ila pilih, walaupun nampak riak-riak kerisauan di muka ayah. Terima kasih ayah... terima kasih banyak-banyak membesarkan, mendidik, beri kasih sayang dan semua-semua yang diperlukan oleh seorang anak seperti ila.


Buat Ayahanda Mertua, Mohd Arfaai

Terima kasih tak terhingga kerana papa asuh suami suzi menjadi manusia yang berguna....manusia yang cuba tidak menyusahkan orang lain. Terima kasih juga kerana membesarkan suami suzi sehingga die menjadi anak yang sihat dan gemok. Suzi suka suami gemok macam dia. Tapi sekarang dia dah kurus sekit mungkin asyik makan luar jerh. hehe. Tak pe la... tu menunjukkan anak papa telah mewarisi kerajinan + kerja keras papa dalam mencari rezeki. Sampai tak sempat suzi nak training memasak kat rumah. Terima kasih papa.

kiri: ayahanda
kanan: ayahanda mertua

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu Mak....Mama.

Selamat Hari Ibu

Buat Bonda tersayang, Noriah bt Abu Hassan
.

Tak terbalas kami dengan harta benda dan kata-kata bagi semua pengorbanan mak kepada kami 5 beradik. Yang termampu hanya ucapan terima kasih tak terhingga kerana melahirkan dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Terima kasih juga kerana selalu mengingati kami tentang kehidupan dunia & akhirat. Tanpa nasihat dari mak, pasti kami adik beradik lalai mengejar kehidupan sendiri. Insyaallah...kami akan sentiasa ingat pada semua nasihat mak, agar kami menjadi orang yang lebih baik dan diberkati ALLAH.


Buat Bonda Mertua, Habibah.

Terima kasih melahirkan insan yang amat bertanggungjawab, penyanyang dan segala-galanya buat suzi. Tiada perkataan yang sebenar yang mampu suzi ungkapkan buat anak lelaki mama yang sorang itu. Dia benar-benar lelaki terbaik buat suzi. Terima kasih. Insyaallah suzi akan menyanyangi anak mama seperti mana mama sayang kan dia.



Mak & Mama mertua.
(Gambar yg dicopy dari post sebelum ni. hehehe)


****Mudah-mudahan Allah berikan kesihatan yang baik, panjangkan usia, limpahkan kegembiraan dan kebahagiaan, dipermudahkan setiap urusan, memberkati kehidupan dan segala-galanya buat mak dan mak mertua ku. Insyallah.