Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Pakaian vs Jimat. Erkk

Tetiba terfikir tentang isu PEMAKAIAN yang memang selalu aku FAIL~

Mengikut kesempoian pemakaian aku dari zaman muda-mudi, memang Tshirt + Jeans + Tudung Bawal / Selendang Jorjet je la jadi pilihan aku. Tak kira la nak pergi kedai....kelas ....holiday....dating.... haaaa tu je la aku rotate pakai setiap kali. Just sesekali datang miang je, baru la pakai baju rambu-ramba + warna-warni + lilit-lilit. Tu pun tengok majlis. hehe.

Itu dulu. Sekarang.......

Sejak kawen, ada la perubahan sekit. Dress-up pun sopan sekit kot. Sopan dari segi lengan pendek jadi lengan panjang jerrr la...hihi. Tak kisah la janji laki aku tak bebel. Dipendekkan cerita, dress-up aku masih sama cam dulu. Lagi-lagi waktu aku kawen, aku masih seorang pelajar dan tshirt je la paling sesuai untuk aku buat koleksi. Bila dah abis belajar, kerja sendiri pulak tu - Ada ke orang nak marah kalau aku pakai tshirt 24 jam? hahaha.

Dikala perubahan saiz semakin ketara.......

Baru aku sedar bertapa penting seseorang harus mempunyai koleksi pakaian ala-ala jubah @ blouse ni sejak awal lagi. Kenapa? Bila tenaga semakin berkurangan, dan paling teruk jika sumber kewangan tak best - Adakah anda rasa...anda seorang wanita @ isteri yang berketerampilan indah dengan memakai tshirt yang semakin menyedat + menampakkan bentuk ehem-ehem anda?

Ok, setakat pergi beli barang or balik rumah mak ayah, boleh lagi kot pakai tshirt. Tapi bila nakpergi kenduri-kendara + lepak ngan kawan-kawan + raya + .... off course sangat WAJIB pakai baju ala-ala laddies + besau. Melampau la kan kalau gatal gak pakai tshirt, Memang akan di cop COMOT dan tak menjaga personaliti sebagai isteri gitu. hehe.

Lagi...

Tahun ni, ingatkan undangan perkawinan dah tak banyak. So memang malas la fikir pasal beli baju cantik-cantik ni, coz awal-awal tu baju lama pun masih muat. Selain kenduri, aku bukan nak pergi mana-mana pun. So budget dah tak kemana-mana tu...baju sendiri tak muat, baju en.suami kan ada. JIMAT. hehe.

TAPI tak sangka start Hari Raya lepas + 1..2 bulan ni, banyak pulak undangan kenduri kawen. Jenuh aku mengagau cari baju lama, dah la tak banyak. Kalau ada pun, memang dah sempit sangat-sangat. Baju yang tak sempit pulak, bila di belek gambar dalam album...macam dah banyak kali lak aku repeat pakai. Mau orang perasan. Waaaaa.....

Fine!! aku perlu segera cari pakaian baru. Erk...erk... cukup duit nak beli tapi aku dah tak larat nak berjalan lama-lama. Nak beli online, aku ni jenis nak mencuba dulu. Kalu barang lain, ok lagi. Cmne nih... (Sedih dalam comot).

Padan muka aku!! Dulu sombong tak mau beli blouse. Jimat tak bertempat. Orang offer nak belanja pun ditolak. Cetttt podahhhh. Sekarang pakai la apa yang ada. Naik rentas benang-benang baju lama tu. huhuhu.

MORAL - Semua wanita perlu ada koleksi pakaian blouse besau-besau ni sejak awal lagi. Tak kisah la murah or mahal, even tak ada keperluan pun nak pakai waktu tu. Or lantak la orang nak kata kita membazir or kata kita suke simpan buat perkasam. Kang dah terdesak, jenuh lak nak mencari.


Blouse merah idaman hati. Suka sangat merah, merah itu berani. hihi

Blouse corak kuda belang. Fuhh anggun sehh sesekali pakai corak camni.

Ji
Cantik gak warna blouse ni. Warna nampak ceria je.

Wednesday, March 30, 2011

MyCartoonnizz

Assalammualaikum semua. Di pagi yang hening ini (ecehhhh...) iaitu jam 2 pagi, dengan condition aku yang sedekit sakit tekak + deman... aku cuba gak la merajinkan diri untuk mengUpdated blog aku ni yang dah seminggu dilupakan. huhu.

Kali ni aku nak share hasil seni abang sepupu @ abang Yop @ abang Nizam.

Actually, abang Yop ni adalah anak sulung kepada kakak mak aku. Time kecik-kecik dulu, rajin la melepak-lepak kat rumah die kat area Sungai Congkak, Hulu Langat. Dalam lepak-lepak tu, rajin la dia menunjukkan skill melukis muka kami adik beradik + sepupu sepapat dalam pelbagai watak komik.

Dipendekkan cerita, hasil seni dia tak luput bergitu sahaja. Now dia ada bagi service kepada mereka-mereka yang memerlukan. Bagi aku, kartun yang dia buat adalah sangat-sangat sesuai untuk tujuan nak tempek kat banner-banner kahwin + buat frame + kad kahwin + tshirt.

So siapa-siapa yang berminat nak buat muka sendiri dalam version cartoon macam gambar aku dan en.suami kat bawah ni, boleh lah hubungi abang Yop aku tu. Kalau segan, contact aku pun boleh. hehe.

Jangan lupa lawat website dia ok~~ MyCartoonnizz


Full version

Non background version

Outline Version


Macam best tak Tshirt Couple kat bawah ni? (Tetiba mau promote Eizus Tshirt). hehehe. Kalau sesiapa yang berminat nk jadikan tshirt ni sebagai hadiah harijadi atau hadiah anniversary atau baju rewang, memang terbaikkkkkk laa korang. Jarang kot orang buat tshirt cmni. Apa salah nya sekali-sekala melabur untuk orang tesayang. (^____^)v


Website tercinta--------@ Eizus Tshirt

Tuesday, February 8, 2011

Apabila si XL nak pakai Kebaya ~~

Kebaya...Ohh...Kebaya...

Isu ni timbul bila baru-baru ni aku tengok rancangan NONA, diorang ada shoot segmen Kebaya Nyonya kat Melaka. Aduhaaiii....betul-betul gugur naluri keperempuanan aku. Terasa anggun lagi jelita plak bila pakai pakaian tradisional ni.Cewahhhh.

Tapi boleh ke aku yang XL ni pakai kebaya?

Actually bukan sekali, tapi dah banyak kali buat kebaya...tapi still jahitan tak memuaskan hati. Rasa cam pelik je bila kenakan kat badan. Ke memang cutting badan sendiri tak sesuai dengan kebaya? Or tailor-tailor tu yang tak reti jahit / fit kan kat badan aku nih. (Opsss salahkan orang plak. hehe).

Ya~~ aku bukan nak salah kan diri sendiri or sesiapa pun.(^___^)

Bagi aku la, semua orang boleh pakai kebaya. Tak kira la saiz XL ke... XXL ke.. XXXL ke... janji kena pada jenis cutting yang kita nak buat. Jangan la dah tahu awak tu saiz BESOR, dok gatal nak buat cutting kebaya pendek. Habis jojol nampak semua. hahaha.

Paling baik----> Nak up to dated tu BOLEH/BAGUS tapi mesti la ada kesopanan. Kiranya, beringat-ingat bila nak bergaya. Cover mana patut. So tak ada la orang nak mengata + mencaci. Yang paling penting, kita ni tak la di cap perosak fashion tradisional yang sememangnya tak lapuk dek zaman.

((Hoyeee...raya tahun ni nak buat kebaya...))

Kebaya Nyonya idaman aku.

Berkebaya pada raya tahun 2010.
Antara jahitan terkemas pernah aku pakai. Yang lain hancur. =P



Akhir kata.................

"Siapa kata orang saiz besor Tak Boleh berKEBAYA???..."