Tuesday, October 27, 2009

Bukan Semua Orang Sempurna

Post ni adalah urutan kepada post 'Last day studio sem + Final presentation' . Aku bebetul rasa looser masa hari presentation tu.

Ni semua tentang cara komunikasi aku !!

Selama ni aku selalu pk, apakah persepsi orang tentang aku. Adakah Positif or Negatif?? Aku mmg tak suke bila dapat tahu ada orang berkata2 buruk pasal aku.

Bagi tak menyakitkan hati sesiapa, aku cuba kurangkan bercakap di dalam kumpulan w/pn hakikat aku ni bukan lah senyap sangat. Pada kata erti lain, aku lebih suka mendengar dr bercakap. Dengan alasan lebih suka mendengar tu lah, menyebabkan aku berpendapat, aku bukan dilahirkan menjadi seorang ketua yang petah bercakap + pembuat keputusan + mampu mengarah orang membuat kerja.

Yang pasti, kelemahan aku dalam komunikasi bukanlah penghalang bagi mencapai cita-cita aku. Itu semua boleh diubah. Apa yang penting, aku tahu kelebihan aku skrang adalah aku mampu memberi komitmen bagi setiap kerja yang diberikan. Dengan kelebihan itu lah yang membuatkan aku terus tabah menghadapi sesi pembelajaran aku sehingga grad.

Last day studio sem 6 + Final presentation

Tar8, Aku & kawan2 kelas

Nampaknye bkn hari yg menggembirakan bagi aku. Dan mungkin Tar8(rakan sekerja pembikinan Konsep Pembangunan)

Sebab apa??

Dipanggil present secara mengejut + tanpa persediaan apa2 + tak cukup tido. Mmg sedap kene bambu dgn lecturer. W/pn konsep pembangunan yg kitorg buat hanya sekadar konsep pembangunan bukan pilihan dan hanya sekadar untuk menambah / mencantikkan contents dalam report group, tp serius aku tak expect kerja2 kitorang tu akan di present gk.

Memang betul konsep2 pembangunan tu kitorg just refer kat RSN dan sumber2 lain, dan mmg ada aktiviti copy2 ayat...tp tak bermakna copy tanpa memahami apa yang dikehendaki. Yg menjadi masalah, bila disuruh explain secara tiba2, in English lk tuh, mmg terkunci r mulut kitorg, lain la prepair. Dengan masa presentation yang suntuk + desakan bertalu2 + baru nk sebut dah kene sembur, mmg hancur r kitorg. Apa yang aku dapat simpulkan, mungkin lecturer beranggapan yang kitorang ni tak menghadiri aktiviti grouping. ( Aaaa...sedihnye)

Yg pasti, aku teringin sangat nk cakap kat lecturer aku tu yang kitorg btol buat kerja dan paham apa yang kitorang cadangkan dalam konsep tu. Senyap bukan bererti tak buat kerja. Senyap sbb kitorg tak reti ckp bahasa inggeris.

"Ya Allah bantu lah kami.....hanya Kau sahaja yang faham apa yang tersurat di hati kami"


Dan, aku tak salah kan sesiapa pn malah aku yang patut minta maaf sebab kecewa kan ahli group.

****Kepada Tar8, aku tahu ko bertungkus lumus buat kerja & map sampai tak balik rumah, tp mungkin kelemahan kita dalam skill communication, buat kita rasa lemah.=( Mari kita tabahkan diri.

Sunday, October 18, 2009

Sesi Perkenalan Dgn En.Mok

Pic pertama kami - Taekwando tournament at Summit USJ (2004)


Aku kenal En.Mok kt chat room (MIRC) msa akhir2 tingkatan 4. Shazrin kwn baik die yang kenalkan. Selepas bbrapa tahun sesi kutuk-mengutuk & perang di chat room, ditakdirkan kitorang masuk poli yang sama. So ada la bertembung 2,3 kali. Tp still tak brape baik, cz sesi perang kutuk mengutuk masih berlaku di chat room. hahahaha

1st time jumpe kt luar - Masa tu semester 2, ntah cmne aku terpaksa jmpe die kt Leisure Mall cz die kata nk kasi free sticker moto poli kat aku. Demi sticker, aku mengSlumberkan diri w/pn baru je selesai kutuk2 psl die ngan Yong a.k.a Lampir kt chat room. huhu.
Igt abis kt situ jerh, rupa nye die soh aku blanje makan sbagai balasan. Ampeh tol. Serupa aku byr jerh duit sticker. huhu. N nasib baik kebtulan hari tu aku nk jmpe Lampir, so aku ajak la die teman g Sg.Weng ngan alasan nk blanje makan kt sane. Pedahal, aku risau kena fire depan2 ngn die cm die fire aku dlm chat room. hahahaha =P

Al-kisah, start hari tu la kitorg slalu jumpa dan menunggang scooter masing2 mencari tempat lepak. N yg pasti, masa tu rasanye masing2 xde hati n perasaan. Jz pk sronok hangout sama2 jerh. Mungkin gk masa tu, aku dah ada org lain n die pn tgh adjust org lain...hahaha.