Tuesday, October 28, 2014

Umur 3 series

Bismillahirahmanirahim. (Tarik nafas dalam-dalam.... )

Tiba-tiba terasa gentar memikirkan umur yang kian menjangkau 3 series.
Walaupun bulan November ni baru nak sambut hari jadi yang ke 29 tahun.
Hakikat naik je tahun baru, tetap dipanggil kakak 30.
Dushh...dushh... cepatnya masa berlalu.


Usia perkahwinan menjangkau 5 tahun. 

Alhamdullilah hampir mengakhiri fasa pertama perkahwinan yang penuh serba kekurangan. Fasa pergelutan turun naik emosi mengenali pasangan. Syukur..syukur.., kehidupan semakin baik dan  seimbang. Dan saling menerima diantara satu sama lain.

Anak-anak yang sedang membesar.

Alhamdullilah menjadi antara insan yang diberi peluang menikmati rezeki yang tak ternilai. Disampaing membesarkan mereka sendiri di depan mata. Syukur walaupun jagaan aku tidak la sempurna seperti ibu-ibu lain.

Comel tak kami? hihi



Realiti.

Perkara utama yang difikirkan SELAIN hal berkaitan Keharmonian Rumahtangga, anak-anak, ekonomi keluarga adalah tentang....

Kesihatan, Wajah, Fizikal Bentuk Badan

Orang perempuan, lebih-lebih lagi yang pernah mengandung dan bersalin 2 kali tapi yang keluar 3 nyawa (kihkihkih) macam aku memang sensitif bila cakap pasal badan.  Walaupun badan dan muka hanya sedikit kembang, tapi bila ditambah tolak dengan usia kini. Jujur aku sangat risau.

Bukan risau atau menyesal melalui proses mengandung dan melahirkan. Tapi risau encik suami cari lain. hahahahaha. Rasa nak gelakkan diri sendiri.

Pernah menduga encik suami andai wajah dan size badan aku tidak seperti dahulu, seperti biasa jawapan mesti lah menyedapkan hati si isteri. Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi katanya. hihi

Langkah awal 

Bagi mengelak dari sebarang kemungkinan dan mengelak kecelaruan emosi jiwa emak-emak  yang dah nak masuk group 3 series, maka kuatkan diri juga mengawal pemakanan. Cuba nampak cantik walaupun badan dah tak boleh nak fit and slim macam zaman anak dara. Bak kata orang, biar sedap mata memandang.


Hormon selepas bersalin memang bercelaru - Dari tak pernah ada jerawat, terus rajin pulak cik jerawat naik. Zaasss tak tunggu lama, produk penjagaan luaran perlu dicari. So far awal dulu pakai SF Beauty, Alhamdullilah serasi. Nampak berseri muka walaupun keluar tak pakai bedak. Paling ketara muka kusam hilang dan tonar kulit aku semakin sekata. 1st product yang aku nampak berkesan. Kalau dulu nak selfie muka sendiri pun menyampah tau. kikiki. Sekarang ni try Wonder Glow pula, pun ok jugak dengan kulit.


 Simple dan mudah nak apply kat muka.

Bagi penjagaan dalaman dan untuk menambah aura seri (ewahhh..ewahh..), mula la pencarian produk-produk makanan tambahan pula. Ok disebakan aku addict dengan kopi instant, maka 1st kopi yang aku beli yang mengandung ramuan yang sedikit sebanyak membantu penjagaan kulit adalah  Perla Coffee. Produk ni mampu melembutkan, menghaluskan tekstur kulit dan mengatasi serba serbi masalah kulit katanya. Kesan kepada aku? Ya memang ada nampak perubahan. Makin glowing kulit. Nak maintain glowing kena la consistent. Aku sempat amal 2 kotak je, sebab dah dapat had glowing yang aku nak. hihi



Cerita lagi pasal penjagaan dalaman dan kopi, macam sebelum ni minum kopi untuk dapatkan kulit yang glowing. Tapi sekarang ni dah repeat berpeket-peket minum kopi untuk tenaga. Haaaa jangan la fikir tang ehem..ehem tu.  Hal tu memang iya pun, al-maklum dah anak 3 kan. Sayang suami kan..kan..kan... hahaha.

Sebut nama Power Root mesti semua orang tahu kan. Harga mampu milik pulak tu. Dan kini Power Root dah keluarkan pelbagai-bagai jenis premix coffee yang mempunyai bermacam-macam jenis fungsi dan kelebihan. Pilih je jenis campuran kopi yang korang nak. Nak ada kollegen...kacip fatimah... haaa pilih-pilih.


 

 Pearl Xlim baru nak try.


Jujur bila di usia ni mengamalkan produk makanan tambahan macam ni, sedikit sebanyak memang banyak membantu. Badan dah kurang lesu, semangat je nak urus keluarga, suami, anak-anak. Tak ada la bila malam jer tenaga dah flat. Tak sempat encik suami nak mintak picit. kiki