Showing posts with label Impian. Show all posts
Showing posts with label Impian. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Ingin Kelahiran Baru

Assalammualaikum. Sebelum tu nak minta maaf kalau ada yang tak berapa suka tentang post-post yang aku buat. Yerla tak abis-abis post tentang kehidupan motherhood aku ni. Biasa la ibu muda anak satu, excited lebih...kalau boleh semua benda nak share. =) . 

Jika semalam aku ada bagi tahu yang Hakim baru je nak masuk 8 bulan. Percaya tak...dalam Hakim baru sebuk nak belajar berdiri, aku dah berangan-angan nak seorang lagi. Actually dah mula berangan sejak Hakim 4 bulan lagi, waktu tu Hakim dah pandai di ajak ketawa. Tapi sekarang ni keinginan semakin menjadi-jadi pulak. Memang happy sangat bila anak kita dah mula faham apa dengan yang kita sedang selorohkan. Haa..masa tu mula la fikir nak bagi dia kawan. hihi. Mungkin faktor lain jugak yang aku ni memang dari dulu suka budak.


Kalau ikut pandangan doctor, seeloknya biar la jarak 2 tahun. Kasi anak kita tough dulu. Yes it's true. Aku tak ada apa-apa nak comment sebab mereka lagi expert bab penjagaan.

Kalau ikut pandang rakan-rakan berstatus ibu, 80% dari mereka pun sama cam padangan doctor. Cuba nak menjarakan umur anak mereka. Selain mengstabilkan kehidupan mereka.

Kalau ikut pandangan en.suami, dia pun nak Hakim besar sekit baru kasi adik. Mungkin jugak dia nak kasi ekonomi kami betul-betul stabil. So tak ada la rasa cam hari-hari kerja keras semata-mata nak bayar sewa itu ini sahaja. Kalau boleh adalah ada wang simpanan cikit buat backup masa depan. =)

Ok...nama je pandangan kan, tapi tak ada la en.suami kata TAK BOLEH langsung dan betul-betul bertindak keras dengan family planning dia tu. Bila ajak ehem-ehem tak ada pun dia banyak cerita dan suruh ikut macam-macam syarat. Dia faham...tak baik sekat-sekat benda baik. Anak tu rezeki dan dah terbukti, dengan kehadiran Hakim, rezeki kami semakin murah. Walaupun en.suami terpaksa kerja keras seorang diri, dan aku as assistant just boleh bantu sambil-sambil je. Yerla kan aku jaga anak aku sendiri. hehe.

Kalau ikut pandangan aku, aku tak kisah anak rapat-rapat. Tapi jangan la target 10 orang, 10 tahun jugak kau nak kasi langsai semua...wahh...tak sempat nak bernafas nak kene hadap labor room lagi. huhu. Yang terpenting, apa-apa jenis perancangan sekali pun la... family planning ke, economic planning ke, apa-apa je la.. semua mesti atas persetujuan en.suami. Kalau en.suami rasa mampu, teruskan jangan sekat-sekat. Jangan bagi alasan bukan-bukan untuk tak nak ada anak, sebab apa yang kita ucapkan tu adalah doa. 

Kita pulak kena yakin dan kuat semangat yang kita ni mampu hadap susah senang waktu mengandung, beranak dan besarkan anak tu. Semuanya makan tahun yer, bukan main minit-minit atau jam-jam. En.suami confirm-confirm la kena perah keringat dan fikir strategi baru untuk meningkatkan economi keluarga. Yang ibu-ibu ni pulak lebih focus kepada anak-anak, pada kata erti lain  fizikal, emosi, mental kene tough untuk hadapi kerenah anak-anak yang semakin membesar.

Susah + Senang =  Sabar

Membawa anak dalam perut selama 9 bulan 10 hari bukan la suatu yang mudah. Bila dah keluar nak kena jaga pulak. Nak jaga budak bukan cam jaga kucing. Kalau tak kuat fizikal, metal, emosi memang boleh meroyan. Kalau jenis suka cari duit cam aku ni, bila datang tamak..mula la anak letak tepi, n kita dok ngadap kerja je. Tapi sanggup ke kita dah susah payah mengandung dan beranak, tiba-tiba anak kita membesar dalam keadaan kurang kasih sayang. Dan akhirnya bila anak kita dah besar jadi anak yang kurang berjaya... Nak? Nak? mesti tak nak kan...... So tepuk dada tanya diri, kita perlu buat pengorbanan. Jangn ikut sangat kerja duniawi ni. 

Sekarang ni, aku selalu ingatkan en.suami yang aku memang tak boleh commit dengan kerja 100% sebab aku terlalu sayangkan anak aku. N hopefully en.suami faham dan sama-sama mencari rezeki didunia ni perlahan-lahan. Insyallah aku akan selalu bagi sokongan dari belakang. 

Comel baby gurl ni kan.


Mudah-mudahan Allah mengizikan kami lagi untuk mendapatkan zuriat yang baik dan sehat pada masa akan datang. Insyaallah. Dan mudah-mudahan Allah kurniakan juga zuriat yang baik-baik kepada saudara-saudara dan kenalan-kenalan aku. AMIN

Saturday, October 8, 2011

Rumah ke-2 (Sufi Printing Services) Head Office

Salam hari minggu semua. Pejam celik dah pertengahan bulan Oktober, pejam celik lagi dah nak penghabis tahun 2011. Paling penting umur semakin meningkat okeeee... bulan depan umur aku pun dah nak masuk 26 tahun. Masih kategori muda remaja kah?? Ahakzz...

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian......".

Apa yang telah korang lakukan sepanjang tempoh tahun 2011 ni? (tak kisah la apa-apa pun).Banyak yang success atau masih on progress atau apa pun tak jadi lagi....?

Aku? Hasil repekan post-post sebelum ni, off course laa ia banyak berkaitan tentang KERJA. Sesungguhnya, aku pun PENAT gak meroyan hal kerja dan duit ni. hahaha. Tapi apa kan daya, manusia zaman sekarang harus bersaing untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. So kita tak boleh lari dari keadaan luar kawalan seperti stress + maki orang + mengutuk + mengumpat + bla..bla.. (Ok la kan merepek dalam blog, tak menyakitkan hati orang lain pun).

Ok la, takmo cakap panjang-panjang. Kali ni aku nak share cite perjalanan kerja aku sepanjang 12 bulan ni (lebih kurang laa...selepas aku abis belajar hujung tahun lepas). Ok, actually siapa yang betul-betul kenal aku, maybe tahu aku pernah buat business tudung dan coklat, dan semuanya online. Tapi itu aku je jadi tokey, dan ia sekadar tambah duit poket sekit-sekit. huhu.

However the true business @ family business ialah business tshirt printing (en.suami yang start dulu). Business ni dah berjalan setahun lebih, masa tu pun aku tak abis belajar lagi. Berkat kesungguhan dan tanpa rasa jemu en.suami, ilmu yang dipelajari dari kursus cetak baju yang bermodalkan RM200 tu digunakan dengan sepenuhnya.

Hurmmm....meh la layan gambar dulu. Sambil-sambil aku cerita. Nak cerita terus kat perenggan ni dah cam buku sekolah lak rasanya.

Gambar atas - Lokasi: Bilik tengah rumah.
Ni la laptop aku yang dah berusia 4 tahun lebih, berkhidmat dari zaman belajar kat UiTM hingga laa sekarang ni digunakan untuk kerja-kerja sesuap nasi. Meja sebelah tu, meja en.suami ye. Gambar ni ditangkap masa awal tahun.

2 gambar diatas - Lokasi: Ruang tamu rumah.
Ni la alasan kenapa aku tak buat open house + ajak kawan-kawan datang lepak kat rumah. Macam tak cukup space je nak lalu n duduk. Kiranya, rumah aku ni kategori rumah + kilang kecil. Tapi sekarang dah ok sekit. huhu.

2 gambar diatas - Lokasi: Kedai yang baru disewa awal bulan Ogos 2011 lalu.
Alhamdullilah, selepas hampir setahun beroperasi dirumah dengan pelbagai tekanan dan dugaan, dengan sedekit modal kami berjaya juga menyewa sebuah lot kedai office di Shamelin Perkasa, Cheras. Dengan sewa.......(ehem..ehem...)

2 gambar diatas - Kerja-kerja renovate dilakukan pada bulan puasa (pagi sahaja), dan siap dalam tempoh sebulan. Untung ada ayahanda mertua yang hebat bertukang. So jimat sekit cost mencantikkan office. hehe. Siapa-siapa yang nak renovate rumah, office, kedai, boleh la hubungi ayahanda mertua aku. Aku jamin hasil tangan ayah mertua aku memang terbaik, murah pulak tu. Pada 3 Syawal yang lalu, semua kerja dah 100% beroperasi dikedai.

Gambar diatas - Yang ni adalah bahagian bengkel. Tak semua customer boleh masuk kawasan ni. Kiranya ni adalah kawasan selerak, tempat kami berkarya. hehe.

Gambar diatas - Taraaa... ini la office baru aku dan en.suami. (sila bandingkan environment office lama, gambar mmula tu). Ia kelihatan lebih selesa nak buat kerja dengan serius dan buat discussion order dengan customer. (^___^)
2 gambar diatas - Antara job awal yang telah dibuat di kedai. Alhamdullilah. Urusan kerja lebih pantas, dan boleh produce hasil cetakan yang lebih banyak. Kalau dulu dapat job banyak-banyak camni, confirm terpaksa sub kat orang lain. Atas alasan ruang kerja kami kat rumah sangat lah kecik. Mau sebulan pun tak siap-siap. Bila dah sub kat orang ni, untung pun cikit la. hehehe.

Gambar diatas - Antara rakan-rakan terawal aku yang datang melawat (Tak termasuk rakan-rakan en.suami). Thanks Fauziah Sipli n Syikin. So far family aku dan family mertua sekeluarga semua dah selamat sampai melawat kami (Gambar lupa nak tangkap lak). Yang belum, abang sulung n adik lelaki aku je. Apa pun terima kasih sebab sudi datang yerh. Kepada rakan-rakan yang lain, jangan segan-segan nak visit kami. Pintu sentiasa terbuka. (^___^)

Gambar diatas - Taraaa... kisah business kami terpapar di surat khabar KOSMO (5 Oktober 2011).

Actually masuk ruangan paper tu FREE jerh, kebetulan ada member-member reporter tengah wat assignment tentang Usahawan muda. Alhamdullilah rezeki. Agak nye kalau nak saja-saja masuk paper untuk advertising, berapa RMpuluh ribu la kene bayar kan? Nak harap financial company, memang tak mampu la kitorang. hehe

Kesimpulan yang aku boleh buat, KUASA ADVERTISING memang HEBAT. Bayangkan lah, baru masuk paper sehari, kitorang dari pagi sampai malam jadi operator telefon. Macam-macam orang bertanya tentang tempahan baju dan kursus cetak baju yang kitorang jalankan. Tak kira lagi orang yang call untuk jadi supplier or bertanyakan jawatan kosong. So pada kata erti lain, bagus kalau ada modal besar & boleh buat advertising berbayar ni..kalau boleh buat hari-hari, confirm ramai orang cari kita. Cam kitorang, hari 1st keluar paper tu je la tak menang tangan, hari ke-3 dah slow sekit. hehehe. Ok la kan, atlest dalam 1 hari tu....ramai gak orang tahu kewujudan kami. Yokkkkk berusaha mengumpul modal untuk buat adverstising pulak lepas ni.

Jemput lawat official website business kami---> SUFI PRINTING SERVICES (En.suami handle). Yang separa official EIZUS TSHIRT (ni aku handle).

Saturday, July 2, 2011

Cahaya & Usaha

Setiap hari aku panjat kan doa kepada Allah agar permudahkan setiap urusan kami. Especially tentang salah satu impian aku dan en.suami. Perkara ini adalah suatu perkara yang dah lama kami angan-angankan + cita-citakan + impikan. Ohh.....kalau diikutkan memang banyak perkara yang kami inginkan, tapi apa yang aku ingin kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan impian untuk mengukuhkan lagi tapak punca rezeki kami.

Kalau sebelum ni, agak sukar untuk kami nak jangka bila ia akan direalisasikan. Kalau jangka pun mau ambik masa bertahun-tahun. Fuhhh. Lebih-lebih lagi kami ni bukan berasal dari orang senang, hasil tabungan pun tak berapa ada (aku la tu.huhu). So kesukaran tu agak terasa kalau kami nak buat sesuatu perkara yang besarr.... Apa termampu, kami hanya mampu bercerita dan berkongsi angan-angan besar kami antara kami dan ahli keluarga sahaja. Niat di hati, mudah-mudahan mereka yakin dan sentiasa mendoakan kejayaan buat kami suami isteri.


Sekarang dah bulan June.

Di pendekkan cerita, bulan lepas... Allah anugerahkan kami cahaya dan peluang yang sangat membantu kami. Sungguh tak aku sangka secepat ini peluang yang kami terima. Aku mula rasa bersyukur sangat-sangat kerana berkat kesabaran aku menjadi pembantu kecil buat en.suami. Tak sia-sia aku mengharungi dugaan bagi soalan-soalan menyusuk kalbu yang berkaitan dengan kerjaya + pendapatan.

Ok...skrang Allah dah bagi jalan, tinggal untuk kami usahakan. Mudah-mudahan dalam bulan ni gak kami dapat jaya kan impian kami tu. Dimana ia akan sangat-sangat membantu kami dalam mempergiatkan dan melipatkali ganda usaha perjalanan kami.

Insyaallah, Amin.