Monday, August 25, 2014

Abang besar, si pecinta haiwan

Bismilahirahmanirahim.

Nukilan kasih sayang buat abang besar bernama Muhammad Sufi Hakim bin Mohd Firdaus. Anak ibu yang semakin membesar. Pejam celik sudah pun berumur 2 tahun 8 bulan. Masih terasa bagaimana perit menahan kesakitan ketika saat hendak melahirkan.

Opsss tak nak la throwback saat kelahiran. Kang panjang jela pula kan. Biarlah disemat didalam hati. Ada rezeki, ada masa kelapangan.... Insyaallah apa salah kita kongsi pengalaman kan~

Sama seperti kanak-kanak lain yang sedang membesar normal, abang besar tidak terkecuali melalui fasa mengenal, memahami sesuatu apa yang dilihat, dan disentuh.  Syukur, tak sukar untuk kami sebagai ibu bapa mengenal pasti apa yang diminati.

Diperingkat awal, dibelikan barang permainan berbentuk kenderaan; kereta, lori, kapal terbang, dll. Ya, ada dilihat bermain dengan permainan tersebut. Tapi tidak lama. Samaada ditinggalkan, pecah, atau tayar-tayar permainan tersebut akan tercabut. Fiuhhh.

Dibelikan pula permainan getah berbentuk haiwan peliharaan seperti itik, katak dan semua jenis binatang yang comel. Haaa ada nampak main lama sekit. Walaupun selepas seminggu, permainan tersebut juga akan diabaikan. hihi. Biasa la kan, budak-budak cepat bosan dengan permainan yang sama.

Apa yang dapat disimpulkan mudah, sejak dah reti bermain dan jika diberi pilihan membeli permainan di kedai, memang semua jenis permainan haiwan dalam kedai tu akan dipilih. So tak perlu ragu lagi kalau ibu atau ayah nak beli hadiah abang besar, tak perlu ke bahagian kereta control, alat-alat pertukangan, atau alat-alat berkebun. hihi. Cukuplah beli toy berbentuk haiwan atau sticker RM1 yang ada gambar haiwan pun dah cukup happy buat abang besar.

Itu cerita barang permainan.


Kalau binatang real!!!

Subhanallah mengucap panjang ayah dok layan perangai abang besar. Kalau tengah makan kat kedai makan, dibuatnya nampak kucing......boleh terbantut makan. Diikutnya kucing tu kehulu kehilir. Situasi ayah mengamuk marah abang besar suruh makan dah biasa sangat. Belum dikira lagi letih mengejar / tawaf 1 kedai makan. hihi.

Kadang-kadang bukan la kita nak melarang sangat, tapi tahu-tahu je la zaman sekarang... situasi tidak selamat ada dimana-mana. Pemandu gila, penculik, pembunuh. Arghhhh. Persekitaran yang tidak aman.

Masa umur 1 tahun lebih, ada bawa pergi zoo. Masa tu memang dah nampak ciri-ciri nak berkampung kat dalam zoo. Minat sangat sampai tak berganjak dekat setiap kandang. Berjam la nak settle, tapi masa  tu boleh lagi didukung kalau nangis-nangis.

Laa ni?? jangan cari pasal. Kudrat abang besar dah triple, volume suara nangis pun 3...4 bangunan boleh dengar. Ayah dah pesan, tunggu abang besar dah betul-betul dengar cakap baru boleh pergi lagi. hahaha.

Akhir kata, dengar la cakap encik suami. Walaupun hati seorang ibu nak sangat bawa pergi melawat lagi dan lihat si anak gembira dengan apa yang diminati. Yerlaa...kang berguling anak tu tak nak balik, si ayah jugak yang kena heret keluar. hihi.

Taat dan sabar itu penting. Insyaallah abang besar pasti faham. Yang penting, ibu puas lihat abang besar kejar ayam, dan angsa keliling kampung pada hari raya aidilfitri yang lepas.



Ibu sayang abang hingga hujung nyawa ibu. Mudah-mudahan abang akan menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat. Insyaallah. AMIN

No comments: