Monday, January 31, 2011

L.O.V.E..Makeup & Shawl Tutorial ~~

Selepas berSosial bersama rakan-rakan 2 hari berturut-turut, maka terbukak mata aku semula dengan life luar, especially tentang penjagaan diri + kecantikkan + fashion. Terasa diri tak updated langsung, keluar dengan keadaan muka kusam + baju tshirt zaman belajar + kasut croc. Ohhh mannnnn... Agak malu la. hahaha.

Yerlaa sejak habis belajar bulan 11 hari tu, aku totally jadi House Wife. Bangun tido jee-----terus masak + kemas rumah + berBusiness di rumah. Jarang kot keluar. Kalau keluar pun just pergi rumah mak or pergi kenduri kawen. Kat situ jer la dapat berChicChat sekejap dengan orang lain. So makeup, baju, kasut, tudung, bag, dll tu memang tak ada kepentingan...pakai apa yang ada je.

Back to the point ~~

Selepas insaf dan mendapati yang aku perlu sentiasa ANGGUN di mata Suami dan orang sekeliling, maka aku try komit semula dengan penggunaan serba-serbi pencuci + krim + wangian yang telah lama aku tinggal (baru 2 bulan...huhu). TAK MAHU lagi mata panda + jeragat + jerawat. TAK NAK !!! TAK NAK !!! Aku juga merelakan diri mengorek duit tabung untuk membeli selendang baru, dan try buat lilitan baru untuk lebih berStyle. (Cehhwahhh, tapi masih tak berjaya untuk melilit yerh...hahaha).

Sebenarnya, aku ni dari dulu bukan jenis mendandan + berFashion sangat. Everything is Sempoiii.... Cuma semenjak 2menjak ni, tetiba rasa nak kan perubahan. Lagi-lagi umur dah nak masuk 26tahun (Opsss), tak nak la nampak tua sebelum usia. Bukan bermaksud nak bergaya ala-ala budak baru nak Up, tapi biar la nampak sweet sekit w/pn dah masuk alam berkeluarga. Betul tak?

Bagi aku, bila orang lain kagum dengan cara kita menjaga diri...dan dengan sendirinya self confident meningkat. So semua benda yang kita buat, Insyaallah akan mudah w/pun benda tu susah. Yang paling penting, orang lain lebih mudah percaya, yakin dan senang merapatkan diri dengan kita.

Aku nak share vedio makeup & hijab tutorial yang demonya dibuat oleh Ayun Ayunar. Honestly, semua tutorial yang dia buat sangat best. Serius teruja. Kalau tak caya, try la masuk Ayun Ayunar blog atau search channel Ayunnisa Rahman kat Youtube.




Makeup Tutorial


Shawl Tutorial




"Selamat mencuba dan Selamat Mencantikkan Diri ~~

Monday, January 24, 2011

Bos pilih kasih !!!

Bos pilih kasih ATAU Diskriminasi.
Apa itu "Diskriminasi"?? ----> sila rujuk Wikipedia

Aku adalah antara orang yang akan MULA mempercayai sikap diskriminasi Majikan dalam memilih pekerja. Khususnya orang-orang cam aku... Fresh graduated + Result sederhana + Bini orang.



Kisah bermula, bila aku 1st time pergi interview kat sebuah firm di KL awal bulan ni. Interview 8.30pagi, so confirm awal pagi kene gerak coz nak pergi sana perlu dalam 25minit + jalan sesak lagi. Yerla kenalah bagi 1st impression yang baik kat bos. Tak kan nak datang lambat kot. Btol tak?

Dipendekkan cerita - interview cancel sebab bos terlupa dan terpaksa la set interview baru disebelah petang. So, nak tak nak kena la aku balik rumah. Tak kan nak lepak situ, gap 5jam kot. Ok. Di sebelah petang, seperti dijanjikan berjumpalah aku dengan big bos firm tu.

1st impression aku terhadap Big Bos ---->Die sangat garang

Berbalik pada point utama aku iaitu "Diskriminasi"; melalui instinct aku...YA~~ aku confirm tak dapat kerja, walaupun dia tak bagi tahu. hahaha. Nak tahu kenapa? Uhuu.. Antara alasan menyusuk kalbu seorang majikan kepada si pemohon kerja yang di diskriminasi.

1) Bini Orang -


Kata bos;
aku akan selalu Outsatation + meeting siang malam + balik lewat + kulu kilir dengan dia, so ini akan berlaku masalah buat aku dengan en.suami.
Bagi aku; kalau dah tanggungjawab, nak tak nak kenalah buat jugak. Macam orang lain yang berkerja tu tak kahwin-kahwin.

2) Bahasa English -

Kata bos;
ada 2..3 perkataan english aku dalam resume salah. Dia nak cari orang yang boleh buat report in english. So dia berpendapat aku akan ada masalah nanti. (bla..bla..bla...mengata aku).
Bagi aku; Actually benda ni bukan besar sangat. Dalam 3 muka surat resume aku tu, 2..3 patah perkataan je yang typing error.(Tak yah lah kutuk aku lebih-lebih). Walaupun memang english aku tak bape oK, actually resume aku yang dia baca tu...lecturer english aku yang check. Adakah lecturer aku pun salah?

3) Pointer & Gaji -

Kata Bos;"Kenapa pointer awak standard sangat? Kat sini semua orang bagus-bagus. Macam tu kene bagi gaji rendah sekit la. Dalam RM1500".(Ayat bos yang aku pendekkan). Pada kata erti lain, gaji ikut pointer.
Bagi aku;Ya~ aku bukan pelajar cemerlang. Tapi aku sangat komit dengan kerja. Kalau dah tahu nak pekerja yang stok 4 flat kenapa panggil aku? Kan aku dah tulis pointer aku dalam resume yang aku hantar. So tak payah la buang masa panggil aku.
.
.
Actually banyak lagi yang aku taouching, salah satunya masa dia tunjuk report-report yang diorang dah hasilkan. Ya~ report diorang full graphic. Agak menarik la. Isu sekarang, bos persoal kat aku boleh buat macam yang diorang buat or tak. Yang tak boleh tahan, dia boleh kutuk student uitm yang pernah praktikal kat tempat dia. Dia kata bebudak tu langsung tak boleh buat graphic. Hyshh.... semua orang sama ke??? Nak tahu aku boleh buat or tak, biar la aku tunjuk skill 1..2 bulan. Bukan aku nak mintak confirm terus. Yang bertambah hot, dia boleh mengata pasal lecturer yang datang pantau bebudak praktikal kat firm dia. Kata dia, lecturer tu berpendapat graphic tak penting dalam buat report. Bla..bla..bla...(dia membebel). Ya~ tak kisah la penting or tak. Masing-masing ada pendapat sendiri. Tapi tak perlu la nak bebel kat aku, sampai aku lak yang kena tempias.

KESIMPULAN - Kepada bos-bos, kalau agak-agak nak cari pekerja berdasarkan RESULT cemerlang dan gemilang + bujang sahaja..sila la baca resume yang orang tu hantar dulu. Kat resume tu semua infomation ada. Jangan la susahkan kami yang masih fresh + tak ada transport ni. Dan agak-agak rasa orang yang di interview tu tak ada potensi, sila jangan cakap banyak. Ia boleh menjatuhkan semangat orang yang memang tengah berusaha membina HIDUP.

"Jangan mengata orang sesuka hati kalau tak tahu potensi diri seseorang itu." dan

"Jangan menilai dan memberi anggapan buruk berdasarkan pendapat / pertanyaan / penyataan pertama yang dikeluarkan seseorang itu."

Sekian....

Saturday, January 22, 2011

1st Wedding Anniversary

Happy 1st Wedding Anniversary !!! - 1 January 2011

Congrats to Me and my lovely husband Mohd Firdaus. Sila lihat (sorotan Majlis)

Ya~ aku dah berjaya melalui cabaran menjadi isteri selama setahun. Syabas!!! Walaupun angka
1 tahun belum cukup kuat
bagi sesuatu rumahtangga dan ia boleh dikatakan sekadar introduction je. Semoga aku lebih success untuk menanggung tanggungjawab sebagai isteri bagi masa-masa yang akan datang. WeeEee.... (^___^)v. Yeah~ Go..suzila go...

Ucapan buat en.suami "Terima kasih kerana menjadi suami yang sangat memahami, mengasihi, penyanyang dan........." iseyyy segan plak nk tulis kat sini. hahaha. Dah la next...huhu

Kredit to Kema @ gf Slip (kwn kpd en.suami) yang sudi buat special photoshoot buat kami di Putrajaya. Beliau sangat best, bikin kami yang 100% tak reti pose ni boleh beraksi melompat-lompat, dan berlari-lari macam budak kecik. hihihi. Kalau ada yang berkenan dengan hasil seni beliau, boleh la contact aku yerh.

Dan kepada bakal-bakal pengantin Tahun 2011 ni, good luck for ur new life.


Aksi mengorat yang confirm dapat. haha

Aksi zaman bercinta sebelum kawen

Aksi memendapkan tanah

L.O.V.E

Friday, January 21, 2011

i'm back !!!

Taraaaaaa..... i'm back !!!

Lama tak menconteng blog ni. Last post 'Salam Ramadhan'. Lepas tu sunyi sepi. Actually selepas Ramadhan hari tu aku dah siap taip 1 post untuk bacaan semua. Tp tetiba rasa touching plak bila baca balik. Last2 aku simpan je la jd draft. hehe

Bile dah namanya "touching", semestinya bende tu bleh buat aku meleleh air mata berbaldi2. Apa yang berlaku? hmm.... tak pe la. Biar la sampai kat sini je persoalannya. Coz perkara tu pun dah berlalu. Sape yang tahu tu...paham la maksud aku. Mudah2an Tahun 2011, Allah murah kan rezeki aku dan memberi aku lebih kekuatan. Insyaallah.

Point Utama aku skrang bukan nak cite dan share kesedihan yang telah menimpa aku. Tapi aku nk katakan...sempena lembaran Tahun 2011, aku akan try aktif semula buat contengan2 kt blog aku ni. Hopefully boleh berkongsi dan bertukar-tukar pandangan dengan korang. (Kalau ada la. hihi). Dan bagi aku, kat sini je la tempat aku boleh meluahkan apa yang tersurat dan tersirat. Especially tentang kehidupan aku.

Ok la. Cukup la intro untuk tahun baru ni.
Akhir kata. Happy New Year ....(w/pn dah hujung bulan) hihi.