Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadan buat Keluarga dan Rakan-rakan. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu makna buat kita semua.

Berbuka Puasa~~
Klu nk berbelanja atau masak untuk makan berbuka mesti la beringat2. Jangan sampai dah elok2 saiz S or M...terus jd saiz L. Klu orang2 yg mmg dah saiz L mcm aku ni, lagi la kena beringat2...kalau tak jangan mimpi nk posing2 bagai dlm gambar Raya nnt. hehehe.

Bila cakap pasal saiz, uhuuu....utk org yg tgh preggy cm aku, makan sekit or banyak tetap badan naikkk Ok~~ jgn nnt dok mengata aku pandai nasihat tp badan aku sendiri gedabak naik pas bulan pose. Perhatian...sy SEDANG MENGANDUNG....so dlm tempoh sebulan kompem2 la badan naik. (Makan utk 2 perut...hehehe)

Shopping Raya~~
Uhuu....bab berbelanja, tak yah lah aku nk bebel pnjang2. Sediri punya duit, sendiri punya belanja. Bila pas Raya xde duit....Lu PK la sendiri. uhuu...

So far, baju raya da siap 2 pasang. Tapi tak bersempatan nk jahit kain hadiah Hantaran kawen hari tuh. Klu hantar pn dah tak sempat. Tapi tak pe la, saiz bdn pun akan berubah dgn ketara dlm tempoh 10 bulan ni sampai la hari bersalin n hari habis berpantang. Kg ukur ikut saiz skrang, tak tentu lg bleh pakai masa raya. Uhuu...

Pape pun, sangat gembira coz ni adalah Bulan Puasa yang pertama setelah bergelar Isteri.

Sunday, June 20, 2010

Jalan2 Singapore

Wahhh...agak lama tak menconteng Blog ni. Ni pn dah akhir2 cuti semester. hehe Bz sekit dgn sesi mengumpul duit yg tak banyak2. Hmmm.(◕‿◕✿)

Kali ni nk share perjalanan aku ke Pulau Sentosa, Singapore - 5/6/10 (Sabtu)

Tujuan asal, aku dan en.suami nk pg Johor Bharu utk mg'hadiri Majlis Perkahwinan member aku masa Diploma (nama die Asoy). Cam biasa la..bila da balik rumah mak, macam2 diborakkan termasuk program nk ke Johor Bharu dan Singapore.

Borak punye borak, aku ajak la mak ayah aku pgi sekali. Dengan kuasa anak pompuan (aku & adik Ira) yg mmg dari dulu suka pengaruhi keputusan ayah aku. Dan akhirnya mestilah BERJAYA~~

Antara Perkara2 yg telah mempengaruhi dan melembutkan hati ayah aku utk ph berjalan2:
1) Cuti sekolah
2) Dah lama tak bawak adik2 dan mak aku berjalan2.
3) Pg rumah MakZah (adik ayah) - ayah dah lama tak jumpa adik dia.
4) Melawat Negara orang - sekali sekala b'sama keluarga.
5) Kenduri Kawen - Member aku tuh dulu rajin dtg melepak2 kt rumah, so bleh dikatakan rapat.

Program Jalan2 Cari Makan:
Hari Jumaat (4/6/10) - Bergerak ke Johor Bharu , Singgah Rumah Makzah, Pg Down town Johor, Balik Hotel Orchid kat Pasir Gudang.
Hari Sabtu (5/6/10) - Lepax sehari suntuk at Pulau Sentosa, Singapore
Hari Ahad(6/6/10) - Pagi pg Majlis Pernikahan, Tgh Hari pg Angsana Shopping Complex (Main Bowling), Makan Kenduri, Pulang ke KL.

Pulau Sentosa, S.I.N.G.A.P.O.R.E

Sangat menarik utk dilawati. Satu hari, mmg tak cukup utk nk pusing semua. Lagi2 klu pg tanpa panduan dari org yg btol2 tahu tempat tu. Kitorang pg sana pun hanya berpandukan hasil 3...4 hari searching kat tenet. hahaha

Pg sana dah la guna public transport, dah elok2 hasil pembacaan aku mengatakan naik MRT lagi cepat..terikut lk cakap akak kaunter pertanyaan yg katanya tukar naik bas lagi cepat sampai. Alihnya..tertido2 dlm bas. Wat malu jerh.

Akhirnya sampai kt Pulau sentosa dah nk petang. Bertambah melilau cz bas tu drop kt Universal Studios Singapore. Hasil pembacaan aku (hahahaha) tak ada lk Universal Studios Singapore. Yg aku tahu, tempat yg sering dilawati oleh pelancong di Sentosa adalah Imbiah. Kes tak updated website la tuh. Ampeh jerh.

Universal Studios Singapore

Memang sangat best. Ia berkonsep cartoon2, cth Madagaskar, Jurassic Park, Shrek dan macam2 lagi la. Gempak gk tempat tu. Malangnya, kitorang jz jalan2 sekitar jerh coz plan asal nk pg Imbiah dan memang tak bawak budget utk masuk Universal Studios Singapore S$66 dollar/sorang (Rm120++). Fuhhhh. Pape sempat gk bergambar2 kt sana. hehe

Imbiah

Lokasi economic dan sesuai utk hiburan keluarga. Kat sana ada macam2 tapi yg sempat lawat ialah Images of Singapore, Sentosa 4D, The Merlion. Yg lain2 jz lalu jerh. Masa sangat limited

Apa pn, next time aku mst kene datang lagi. Banyak bende tak sempat explore.


Posing jp kt Universal Studios Singapore

Family - Zaid (adik), mak, ayah, Ira (adik)

The Merlion

Bersama En.Suami di Sentosa 4D

Happy Family at Images of Singapore

Happy Husband & Wife at Images of Singapore

Tag dari Puan Normala


copy award ini di blog anda :
Baekk....dah tag pn. Next~~~

Buat ucapan dan perasaan anda kepada pemberi award ini :
Ku pk kn apa aje yg kamo Tag Puan Mala oitt. Rupa2 nye kene mengoCopy n MenJawab Soklan2 yg jenuh gk nk jawab nih. Thanks yerh.(✖╭╮✖)

Jawab soalan2 Tag ini:

1. apa yang bermain difikiran anda skang?
Alangkah bagus Piala Dunia ni cepat2 habis. Hari2 dok tunggu en.suami abis tengok bola. Nk tgk sama2 tak minat plk, so layan je la facebook smpai berair mata. Tp klu dah hari2 macam ni..letih jugak. Nk tido sorang2 dah mcm tak reti. Paling lama nk bertahan pn...lg 15minit perlawanan abis. Dah kol bape lk tuh??? (Kol 4 pagi bebbbbbbbb). Warghh...hari2 muke kusam. Tensen tol!!!

2. apa nama samaran anda:
Ila, Suzila, Suzi, Su, Susz, M...(hanya my en.suami je tahu.) hehehe

3. berikan tiga orang yg anda sayang :
3 je? kedekut tol~~ tak nk jwb soklan baru tahu.

1st : En.Suami (syurga dibawah tapak kaki suami)
2nd : Keluarga (keluarga asal & keluarga mertua)
3rd: Rakan

4. panggilan untuk si dia :
Mok... atau Pa / Papa (eukkkk =P )

5. hadiah yg anda impikan dari seseorang yg istimewa :
Kepercayaan, Kebahagiaan......byk tak terhingga.

6. blog mana yg anda suke lawati dan yg boleh dijadikan follower :
Blog business yg lebih kearah pompuan2...cth jual2 pakaian, tudung, aksesori, makanan..bla..bla...

7. tagkan kepada 15 orang rakan blogger anda:
Sekit2 sudeyyy...(ni pn mcm diorg tahu diorg di Tag) cz sume xde ShoutMMix chat widget tuh) heheh

Pn.Syahbani
Pn. Nur Adha

Monday, May 17, 2010

Kakak Insyirah

Weekend lepas pulang ke rumah ayahanda dan bonda, dapat la jumpe anak2 buah kesayangan yg kebetulan pun datang kerumah tok n nek die. Sgt la suke sbb da lama btol tak jumpe budak2 kecik ni. Masing2 dah ada aksi baru. Paling best dgn anak buah yg pertama, kakak Nur Fatiha Insyirah (Adik Faris pn sayang juga). Skrang kakak dah umur 1 tahun 7 bulan. Dah nampak cerdik sgt.

1st,
Kecerdikan terserlah masa aku sampai je kat pintu rumah. Die yang sambut aku, siap hulur tangan nak salam (W/pun hulur dgn tangan kiri). Pasni jgn salam n mintak angpow lak. Raya je bleh k. hehehe

2nd,
Sebelum ni, kakak jalan kengkang2 tapi kali ni jumpe dah siap berlari2 dgn Pak Uda die. Siap tergolek2. Tapi tak nangis pun, kakak kuat.

3rd,
Kakak suka makan chocolate yg MakLang (aku lah tuh) buat. Sgt suke tgk die makan. Lain kali MakLang buat lagi utk kakak k.

4rd,
Ni yang paling suka. Dia da belajar nk bercakap. Pandai die sambung ayat2 org. heheh

Mama Insyirah: Insyirah Cannnn.....(Sambil menyapu bedak ke badan kakak pas di mandikan)
Kakak: Tikkkkkkkkk.......

MakLang: HammmSterrr..... (Sambil tunjuk hamster MakSu die)
Kakak: Terr......

Dalam masa b'bape jam, tu la aksi2 anak buah aku yg aku nampak. Sangat gumbira dapat tengok aksi2 mereka. Ni baru cite anak buah, belum lagi cite anak sendiri. Klu anak sndiri, tak tau la cmne..hehehe .Mudah2an Allah kurniakan aku anak-anak yg cerdik dan comel. Aminnn

Friday, May 14, 2010

Keserasian Business

Agak lama tak layan Blog ni. Bz sangat dgn kelas, exam, dan busines yg masih tak kukuh nih. hehehe.

Untuk pengetahuan semua, aku ada buat business baru. Kalau dulu, aku buat business Tudung tapi sekarang aku buat business Chocolate lak. Semua Online. Saja cuba2 dan mencari keserasian dlm business. Mane yg OK, tu la yg aku akan teruskan. Tp buat masa ni, dua2 business ni berjalan.

Nak ikut kan hati, banyak je jenis2 business yg aku suka. Aku teringin nk bukak Spa & Sauna, Butik tag sendiri (tudung, dress, dll) , Kedai Barang2 Hantaran, Fish Reflexology, Kedai Chocolate,...macam2 la. Semua based pada Kecantikan, Kesihatan, Chocolate dan Pengantin.

Actually aku suka tengok baju yg cantik2, orang yg cantik2 w/pn diri sendiri dress up pn sempoi jerh. hehehe

Apa pn aku terpaksa hold dulu semua tu coz faktor masa yg terlalu compact dan sumber kewangan yg masih tak kukuh. Student la kata kan. Insyaallah klu ada rezeki, jadi la business2 tu. Aminnnnn

LoLa ChoCz - http://lolachocz.blogspot.com/



Saturday, April 10, 2010

Pengertian, Ketentuan & Takziah

Ya Allah... aku semakin faham akan erti Ketentuan-Mu, Rezeki-Mu..

Sepanjang 3 bulan perkahwinan aku ni, aku terlalu terikut-ikut dengan perancangan sendiri. Sampai lupa siapa yg tentukan dan berikan nikmat2 semua ini.

"Nak anak tapi nk Btol2 dapat tepat masa dah abis belajar". Sangat teruk dan pentingkan diri sendiri. Siapa aku nk tentukan bila nak dapat zuriat??? Mm.. Bila tengok kawan2 dah ada anak, mula la nak cepat2 nak ada anak. Bila tahu masih belum ada rezeki, mula la sedih bukan main. Padahal usaha ke arah itu, baru sangat-sangat.
Ya Allah maafkan aku.

Aku semakin sedar - Bila Ekin & Rozemy (dua2 rakan sekelas masa diploma dulu) baru kehilangan anak yang baru sahaja dilahirkan sebelum subuh 9/4/10 dan meninggal pada 4.30 petang pada hari yang sama berikutan komplikasi badan yang lemah. (Al-Fatihah buat arwah Nur Iman Fatehah Bt mohd Rozemy).

Ekin & Rozemy ni pengantin baru jugak (kawen tahun lepas), rezeki mereka sangat cepat. Tapi
bila dikatakan dah ketentuan-Nya dan juga dinamakan tiada Rezeki. Anak yang dilahirkan hanya sempat di tatapi utk sehari sahaja. Sangat sedih. Mudah2an Ekin & Rozemy tabah menghadapinya.

Pengajaran buat aku:
- Jangan terlalu merancang perkara yang tak pasti.

- Tak mudah putus asa bila sesuatu nikmat yang dikehendaki tak dapat.
- Banyak bersabar bila hendak kan sesuatu.

Dan kini, aku dan en. Suami akan terus Berusaha, Berdoa dan Bertawakal. Mudah2an Allah kurniakan kami zuriat yang baik, sehat, dan soleh.

Paling penting, Yakin bahawa setiap kejadian samada cepat atau lambat pasti ada hikmahnya.

Wednesday, March 17, 2010

Cemburu, Iri Hati & Hasat Dengki

Semua perkataan tu, sama ertinya atau berbeza??

Bagi aku, cemburu & Iri Hati hanya sekadar perasaan dengki dgn kelebihan / kesenangan / kebahagian s'sorg.
Dan Hasat Dengki plak suatu perasaan yang lebih dasyat dan ia dibayangi untuk membalas dendam.

Btol ke definisi aku ni?? hehehe
Sebenar2nya, aku cuba menterjemahkan situasi aku skang ni.

Suatu ketika, aku sangat Bersyukur dgn perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh Allah utk aku skrang ni. Specially dapat hidup sebagai seorang isteri sewaktu masih belajar. Banyak nikmatnya b'banding hidup bujang. =D

TAPI bila aku terlalu leka atau terlalu gembira, tak kira la dengan sesiapa pn..tiba2 ada saje perasaan iri hati tercuit bila melihat kebahagiaan dan kelebihan nikmat yang org lain dpt. Rasa cm tak puas hati.

Pada hal lebih2 diorang tu tak la hebat sgt pn. Biasa2 je. Dan ada kalanya, bila di nilai semula sesuatu perkara, aku adalah lebih baik.
Dan ada juga bagi sesetengah nikmat yg diorang dapat tu, aku dah dapat dulu sebelum mereka. Cuma aku tak perasan dgn nikmat yg telah diberikan Nya. Hyahhh (Apa la yang tak cukup2..kg kene tarik nikmat baru padan muke. Maaf kan aku Ya Allah)

Aku cuba buang perasaan2 negatif aku tu. Aku tahu setiap kejadian, lebihan, kekurangan yang di berikan ada hikmah Nya. Mungkin, aku tak dapat kelebihan2 tu skrang, tp masa akan datang tak sape pun tahu.

Yang penting, bukan kehendak aku nk mempunyai perasaan buruk macam tu. (Datang sekali sekala je). Aku cuma manusia yang penuh dengan keinginan. Mudah2an perasaan buruk aku ni akan berkurang sekit demi sedekit. Amin.

Sunday, March 7, 2010

Sebelum & Selepas Kawen

Pejam celik, umo p'khawinan aku dah msk 2 bulan 1 minggu. Dalam tempoh tu la banyak perkara yg aku belajar tentang perhubungan kami. Aku ingat dlm tempoh perkenalan kitorg "sebelum couple, selepas couple, semasa b'tunang" (lebih kurang 7 tahun), aku dah cukup kenal ngn en.suami.. Tp btol org kata, kehidupan sebelum dan selepas kawen mmg banyak bezanya.

Bila dah kawen ~~
1) Dah tak byk masa utk melepak2 dgn kwn2.
2) Sgt susah dpt tido siang.
3) Hari cuti - bangun pagi trus masak, basuh baju, mengemas.
4) Setiap mggu kne spent masa kt salah satu rumah family / mertua.
5) Pg kelas en.suami yg hantar.
6) Pg mna2 dgn en.suami. Termasuklah nk pg kedai .
7) Klu ade projek persendirian or kawan2 mst kene bagi tahu en. suami dulu. Dah tak bleh rahsia2.

Pendek kata, apa2 hal sume kene mintak kebenaran en.suami. Kadang2 ada gk t'emosi + t'marah + t'mengamuk gk. Biasa la, waktu bujang klu dia say No... Yes gk bg aku. Agak susah aku nk dgr ckp dia. Tapi bila da kawen, bila dia say No...No gk bagi aku w/pn dalam hati dok kata Yes je. Kadang2 stress gk coz dulu aku wat apa yang aku suke sesuka hati w/pn bende tu salah, janji puas hati. hahaha. Apa pn, aku tahu yg dia sgt ambik berat psl aku. Dan itu lah tugas nye seorang suami menghalang si isteri m'buat ssuatu yg tidak sepatutnya.

Tak kira la perjalanan hidup ni susah, senang, meskin, kaya...pasti ada suatu hikmah yg hendak disampai kan Nya. Dan Insyaallah, dia la sebaik2 suami yg aku ada.

"Dia tak sempurna, tapi dia yang terbaik"

Fuhhh payah gk ek nk jd isteri Solehah & M'dengar kata. =D

En.Mok yang tak suke bergambar

Erkkk .. =P

Friday, January 22, 2010

My Wedding Day

Tanggal 1/1/10 (Jumaat) bersamaan 11.30 pagi. Aku dan pasangan Mohd Firdaus Sah menjadi suami isteri setelah 5 tahun 7 bulan bercinta. Tak termasuk 2 tahun berkawan. =D Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar. Walaupun aku agak kalut / panik sekit sepanjang perjalanan majlis.

Yang paling penting, makanan cukup2 untuk tetamu. Fuhhhh nasib baik...Kalau tak, sian ayah aku nk cekau nasi kat kedai. hehehe Dan aku bersyukur semasa upacara nikah, dan berarak....cuaca baik. Dah hujung2 majlis baru gelap sekit, dah tentu waktu tu memang musim hujan. hehehe Yang penting ramai tetamu dapat datang dan rasa nasi minyak aku. Thanks yer semua.

Mudah2an ikatan ini kekal hingga keakhir hayat, dimurahkan rezeki, aman tenteram, dijauhkan musibah dan dikurniakan dengan anak yang ramai. Aminnn