Friday, April 22, 2011

Sengkuang Besar @Tasik Permaisuri

SERONOK rasanya dapat berehat 5 minit kat Tasik Permaisuri sambil makan Sengkuang BESAR yang diletak sos merah + kacang + gula petang tadi. Sedap hingga menjilat jari. Teringat masa zaman kanak-kanak dok beli sengkuang harga 20 sen kat makcik tingkat 8. Sangat murah, tapi harga sekarang RM1 yer kawan-kawan......

Ni gambar google yerh. Sengkuang kecik.

Post kali ni bukan nak cite pasal sengkuang besar, tapi nak bagi tahu bertapa segarrrrr nya badan aku bila dapat bersantai + berehat + menghirup udara segar walaupun 5 minit kat tasik tadi. Kenapa 5 minit je? sebab hujan sudah turun dengan renyainya. Ngehngeh...

Bukan apa, seminggu dua ni badan lemah sangat. Nak kata keje banyak, biasa je la. Kalau betul kerja tengah banyak pun, aku still masuk tido awal dalam kol 3 or 4 pagi. Alasan dah tak larat sangat-sangat walaupun serba salah jugak coz en.suami yang kena sambung kerja sorang-sorang sampai ke subuh. Seriously badan tak sekuat dulu. Ke terlebih manja kan badan? Hmm.....

Hopefully lepas ni en.suami boleh merajinkan diri untuk bawak aku ambik angin + lepakz kat tasik lagi. Setengah jam + seminggu sekali pun jadi. Legaaaaa sangat-sangat dapat tengok kehijauan + ragam manusia. Badan yang letih tiba-tiba rasa segar + ketidak hadaman perut yang dah seminggu ni pun tiba-tiba cam dah ok sendiri + kepala aku yang rasa cam senget ni pun dah rasa cam normal kembali. Btol la...badan dan otak kita perlu kan REHAT.

Bukan apa, aku dan en.suami kan keje sendiri. 24 jam kat rumah. Situ la tempat rehat....situ la tempat tido....situ la bengkel....situ la office. Pada kata erti lain, environment kitorang sama jerh. Hmmm...kadang-kadang rungsing gak kepala aku. Bila keluar rumah pun just banyak duduk dalam kereta. Hirup la udara air-corn kereta yang tak berapa nak segar, kalau bukak tingkap.... hirup la asap-asap kenderaan tu. Syabas..

Ada terfikir gak... ingat nak ambik supplement untuk menyegarkan badan aku ni. Biasa la, kalau badan tak segar...penyakit MALAS pun datang. Antara kemalasan-----1st; Malas kemas rumah. Skrang ni pun rumah dah cam tongkang pecah, dah tak tahu nak spesifikasi rumah yang kitorang duduki ni adalah rumah atau tidak. huhu. 2nd; Malas cari duit. Ayooo kesian en.suami, aku tak dapat banyak job bulan ni. Tak sampai bape RM'k pun. Ke memang tak ada rezeki aku untuk bulan ni kot. hehe. <----Dugaan orang kerja sendiri yerh. Gaji tak tetap. =)

So............. akhir kata, mari la kita mencari masa beristirehat bagi melegakan sendi-sendi otot badan + urat-urat otak kita ni. Tak kira la dengan en.suami or keluarga or kawan-kawan. Rangsangan dengan orang keliling dan persekitaran sangat penting OK.... Badan cergas-----kualiti hidup pun baik + otak pun kurang serabut coz asyik fikir macam-macam masalah. Ecehhh...

Gambar kenangan dekat Tasik Permaisuri (2005) , umo 20 tahun kot masa ni.(Aku, asoi, shira)

My BFF


*** Sebenarnya datang tasik nak beli sengkuang semata-mata je, bukan nak lepak pun. TAPI disebabkan en.suami tak kasi aku sepah-sepah kan kacang sengkuang kat dalam kereta dia, tu yang terLepak jugak kat tasik tu. hahaha.

Wednesday, April 20, 2011

Terus Menguap~~

.
.
.
.
.
.
Nak tulis apa ni? Tak ada idea plak.
.
.
.
.
.
.
Masa tak ada depan laptop, melambak-lambak benda nak share kat sini.
Masa dah depan laptop, blur plak.
.
.
.
Ok la. To be continue............................ (@____@)

Sunday, April 3, 2011

Broga Hill - Mymanutd activity

Yeaa..genap seminggu aku perap gambar yang di collect dari facebok tuan punya kemera. Tq Kema....Tq Farrah. hehe.

Ahad (27 March 2011) - aku with kekawan gegurl Mymanutd telah BERJAYA menjalankan 1st activity yang dikelolai sendiri oleh kaum gegurl. Dan activiti tersebut adalah menawan Bukit Broga di Semenyih. Tahniah...tahniah...tahniah..... Tingkatkan usaha kita untuk terus berAktiviti dan FIT'kan badan. (Especially aku lah tuh.hahaha).

Jika selalu, gegurl ni just jadi tukang tengok + pengikut je kepada boyfriend / tunang / suami bagi semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Mymanutd Club. Antara contoh futsal + badminton + bowling + paintball + trip + MV + dll....... . Jumlah gegurl sangat aktif just ada beberapa ketol je, tu pun memang jenis fitness punya orang.

Macam aku, aktiviti yang pernah aku join pun just bowling + trip. Dan aktiviti paling lasak yang aku pernah join pun, masa main paintball. Actually bukan tak nak join aktiviti-aktiviti sukan yang club buat, tapi macam segan jerh. Yerla, setiap kali aktiviti, gegurl yang join ada la beberapa orang. Pastu orang yang tak pernah jumpa lak tu. Adoiii....aku dah la jenis tak banyak cakap, confirm berjam-jam aku jadi bisu.

Sambung balik pasal BROGA HILL ~

Jumlah gegurl yang join aktiviti menawan Bukit Broga ni adalah seramai 10 orang je. Angka yang boleh dibanggakan bagi 1st activity. Jumlah beboy yang join pulak ada 5 orang. Walaupun activity ni untuk gegurl, tapi demi keselamatan...kami invite gak la bodyguard memasing. Yerla, tempat berbukit-bukit kot....kang apa-apa hal kan susah. Kalau activiti kat shopping mall confirm tak jemput. hehehe.

Dah la tak nak bebel panjang-panjang. Mari layan gambar.

Semua yang success di atas puncak.

1 family

Sesi korek-korek manja.

Gurl Power

Gurl power 2

Loncatan pertama

Loncatan kedua. Hilang seorang. =P

Saturday, April 2, 2011

Lesbian Kah Aku ???

Ahakz... mesti terkebil kejap mata korang baca title aku ni. Lagi-lagi KALAU lah en.suami daku yang baca. Ngehngeh... =P.

Actually post kali ni tak ada kene mengena pun pasal aku seorang lesbian okey!!! Aku NORMAL, dan hanya bernafsu kepada lelaki sahaja. Uhuuu. Post ni berkaitan dengan apa yang aku R.A.S.A terhadap ciptaan Allah yang bergelar PEREMPUAN. Bukan pasal rasa cintan-cintan yerh.... kalau dah masuk bab cintan tu confirm la aku ni lesbian. hahaha.(Nauzubillah).

Sebenarnya, sekarang aku suka tengok perempuan SWEET. Tak berapa pelik tapi benar. Habit ni sejak kahwin + umo hujung 20-an, maybe terasa dah sampai waktu nak membersihkan diri dari perasaan TAK BEST dengan kelebihan orang.

Aku jadi 'kisah' tentang cantik nya mereka + cun nya mereka + hebat nya mereka + glamer nya mereka, sejak aku start Diploma (18 tahun + hingusan + zaman baru nak UP...lambat tol). Masa tu baru reti campur orang + nilai & komen pasal orang. (Sebuk je kan...hehe). Bila tengok orang lebih, mula la rasa dengki. Bila tengok orang kurang, mula la rasa diri jalan mendongak ke langit. Iysh...iysh....iysh....

Jadi 'kisah' aku betul-betul teruX bila seorang kenalan aku ada member dengan seorang gurl yang kategori CANTIK + GLAMOR jugak la. 1st time jumpa...aku Ok jeh. Tak ada la aku nak ambik tahu sangat hal dia. TAPI yang buat aku rasa TAK BEST coz setiap kali kitorang berjumpa dengan tak sengaja, dia macam harap aku jerh tegur + senyum kat dia dulu. Tahu la awak tu suweeet, tapi jangan la buat macam awak tu nak bertegur + kawan dengan orang sama standard awak jerh.

Memula dari tu la....silent competition bermula. (Aku je la kot). Tapi tak ada la sampai nak rosakkan life + bomoh kan dia. hahaha. Giler apa kalau dah smpai tahap camtu. Cam dah betul tak redha dengan kurniaan yang ada. Cuma aku suka skodeng-skodeng @ menyebuk senyap-senyap nak tahu pasal life dia. Buat apa? Kerja apa? Berjaya ke? Gagal ke?

(Oit..oitt..Sekodeng sekali sekala je laaaaaaaa, Dan itu pun DULU-DULU jer.)

Kalau nak cite satu-satu apa yang aku skodeng, memang panjang gila la post aku ni. By the way, aku pun TAK NAK fikir lagi sikap lama aku tu. Yang sememangnya sangat...sangat....sangat TAK BEST + membuang masa.

Yang penting sekarang aku dah tak peduli pasal orang lain. Masing-masing ada kelebihan. Bukan semua orang yang hebat luaran, OTAK nya Tiptop. Betul tak?. Actually, kalau orang Ok ngan aku, aku Ok je. Tapi kalau tengok orang tu asyik nak Up diri sendiri, memang aku blah awal-awal la. Tak kuasa aku!!! huhu.

Bila fikir baik buruk, macam tak salah kot aku sekodeng keBEST'an hidup orang, atleast ia akan jadi pembakar semangat aku untuk menjadi orang lebih baik + maju kehadapan + bermatlamat + berazam + bercite-cita + dll. Walaupun pada asalnya memang bermula dari keDengki'an melihat kelebihan luarang orang. Peace YOoo~~ (^__^)v

Kesimpulannya,TAK SYOK la ada feeling jealous ni. Especially hal-hal yang memang kita tak boleh nak ubah. Sakit jiwa raga kot kalau kita asyik fikir pasal orang. Kalau awak tu dah kategori sedang-sedang, so terima je la as sedang-sedang sahaja (Ayat untuk muhasabah diri sendiri).





***Hurm... betul ke apa aku merepek kat atas ni? Ke perasaan aku je kot. Entah-entah dia pun segan nak bertegur ngan aku. hehe. Maaf yer kepada mereka yang berkenaan. =P

***Dalam tahun ni kot, aku ada jumpe seorang lagi gurl yang LEBIH Suweeet. Suka sangat tengok muka dia. Dalam hati, mudah-mudahan anak aku nanti (jika ada rezeki), akan berwajah macam gurl tu bila besar <----- Ni ikhlas punya. Bukan untuk nak bersaing-saing.