Saturday, May 28, 2011

Aku & Doa yang AFDAL

DOA~

Ok...sebelum tu, aku mengaku yang aku bukan orang bijaksana tentang agama. Sekadar tahu yang basic-basic je. Bila pusing sekit soalan-soalan tentang agama mula la aku tak reti nak jawab. Tak pe.....tentang ini tolak ketepi dulu. Nanti aku belajar lagi yerh. hehehe

Sekarang focus tentang DOA~

Semua orang tahu Allah itu mahu Maha mendengar & Maha mengetahui.... Persoalan aku, adakah Allah terima doa-doa atau luahan kita melalui penulisan? (Walaupun sedekit). Sebagai contoh kat Facebook atau Blog. Kan selalu je kot kita tengok atau kita sendiri tulis kata-kata doa @ perangsang untuk pertingkatkan keimanan dan keyakinan diri. Yaa~~~kalau ikut fahaman aku (entah betul atau tak), doa yang lebih afdal adalah selepas sembahyang. Doa yang disertakan dengan bacaan2 Al-fatihah dan lain-lain.

TAPI confirm ke MESTI di atas sejadah sambil mengangkat tangan? (sila bantu aku.....)

Hurmm...aku kadang-kadang malu sangat-sangat dengan Allah. Ibadah tak seberapa.. tapi bila berdoa selepas solat lama gilerrrr.....mintak macam-macam. Aku pernah dengar orang kata, Allah suka orang yang suka berdoa + mintak pertolongan dari Dia. So dengan kesempatan ini as hamba yang kerdil.......aku adalah antara orang yang memang suka doa panjang-panjang. Walaupun kadang-kadang solat aku laju macam keretapi, tahu-tahu dah bagi Salam. Masyaallah. Teruk nye aku nih. Ni belum masuk waktu aku dalam keadaan emosi tak stabil. Masa solat pun boleh terbayang-bayang benda lain. Pada kata erti lain TAK KUSYUK. iysh...iysh...

Boleh tak aku nak kata.... kadang-kadang apa yang aku luahkan atau doa secara penulisan kat Facebook atau Blog adalah lebih tulus + teratur + dan sopan (Walaupun di edit beberapa kali). Tak macam doa selepas solat. Kadang-kadang aku sendiri rasa ayat terbelit-belit. Lagi-lagi waktu nak kerja masa, haaa....lagi berterabur la doa aku. hehehe. DAN apa yang aku boleh harap kan (ALASAN untuk sedap kan hati), yang PENTING Allah faham niat di hati kita dan faham apa yang kita ingin sampai kan even tunggang terbalik. (Boleh terima ke? hehehe.)

Ok la. Setakat ni je la aku nak berkongsi. Aku tahu Allah sentiasa faham dengan hamba-hamba-Nya. Cuma aku ingin jawapan yang lebih tepat tentang persoalan DOA ni. Especially doa atau luahan dalam bentuk penulisan.

Tuesday, May 24, 2011

Saya kene TAG

Hari ni terajin bukak Blog, macam biasa aku akan check dashboard untuk tengok updated terbaru kawan-kawan. Zasss terpandang title TAG kat Blog Mak Izz. TAG? macam pernah aku layan je suatu ketika dahulu demi membuang masa. hehehe. Dengan rasa confident aku tahu Mak Izz akan tag aku.....bila bukak blog die.....yeezaaa....nama aku telah di Tag. Syabasss...

Mari mula menjawab soalan.


5 Tarikh Penting

1 Jan ( Our Wedding Anniversary)
13 Sept (En.Suami Birthday)
10 Jan (Mak Birthday)
29 Jan (Ayah Birthday)
20 Mei (Our Cintan-cintan Anniversary)


5 Perkara Yang Dibuat Semalam

Pergi umah mak mertua + lunch + rumah tak ada lektrik so malas masak.
Layan movie Nur Kasih at Mid Valley
Balik kepenatan, tidoooo
Bangun sambung buat printing
Ngadap facebook


5 Perkara Yang Buat Korang Happy

Lihat en.suami cukup rehat + bergurau senda dengan senang hati.
Diri sendiri cukup rehat + muka ada senyuumm.
Balik rumah ayahanda & bonda.
Bercuti + Berjalan2 tanpa campur sedikit pun urusan kerja.
Semua yang dirancang berjalan lancar dan baik-baik sahaja.


5 Sebab Jawab Soalan

Saja buang masa. (amalan setan tol)
Tengah ambik mood kerja. Tido lambat lagi wooo malam ni.
Tambah entry post yang langsung tak berkaitan dengan kehidupan semasa aku.
Tambah bilangan orang yg updated post kat dashboard orang.
Paksa orang lain buang jugak. hahahah


5 Orang Blogger Yang Ditag



Selesai sudah 1 entry. 5 orang blogger yang ditag, SILA JAWAB TAG OKEH.

Friday, May 20, 2011

Hepi Cintan-Cintan Anniversary

20 Mei 2011......genap 7 tahun usia percintaan kami.

(Actually, en.suami kata tak yah wish pun tak pe....coz sekarang dah kahwin so wish masa wedding anniversary jerh la nanti. Tapi tak salah kot memperingati saat-saat manis di awal percintaan. Ouchhh....maluuu)

Dari badan kurus melidi + muka cengkung........dan hanya tahu dating...dating...dating.... I love u.... U love me...TAPI sekarang masing-masing dah berlawan lemak, dan paling penting bukan sekadar menjadi pasangan hidup tetapi pasangan yang sanggup mengharungi waktu suka duka sendiri dan keluarga.

Ok la...xmo cite panjang-panjang. I kan pemalu sekit kalau cite bende-bende camni. hehehe.

Kepada Encik Firdaus, terima kasih kerana muncul dalam hidup orang yang bernama Noor Suzila ni. Mudah-mudahan kasih sayang kita akan kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah. (^____^)

Thursday, May 12, 2011

K.A.W.A.N (bukan kategori BFF)

K.A.W.A.N @ bawah sekit dari kategori BFF @ kawan biasa yang baik

Ia mungkin kawan yang korang kenal masa tadika + sekolah rendah + sekolah menengah + masa diploma + masa degree + sebelum kahwin + selepas kahwin + jiran + facebook + Blog + YM + MIRC + lain-lain. Perkenalan tu sekadar kita jumpa dia dan kita rasa boleh NGAM dengan baik. Cukup la untuk diajak sembang-sembang + gosip + bila jumpa boleh say HAi + lepak sesama + main kejar-kejar sesama + nyorok dalam longkang sesama + main Lubang Tikus sesama + ......lain-lain.


Point aku sebenarnya.......

Pernah tak korang rasa selepas beberapa tahun tak berjumpa dengan kategori kawan yang aku maksudkan tu, then bila jumpa balik.....KAWAN korang tu buat bodoh jerh ngan kita. Tak ada la bodoh sangat, tapi just say hai biasa-biasa jer masa 1st time ketemu semula + tak excited langsung. Bila kita respond apa yang dia updated (contoh kat facebook) , dia jawab sekadar jawapan biasa dan hilang bergitu sahaja. Tak berusaha untuk mengeratkan silaturahim. Pastu setiap kali kita updated pape, langsung tak bagi respond. Dia cuma gumbira dengan hidup dia sahaja.

Ayoooo....lupa kah kamu wahai kawan yang pada satu ketika dahulu kita pernah bergelak-sakan bersama-sama?

Actually BUKAN kucewa pun, cuma sekit rasa TAK BEST. Alasan tak kecewa sangat ialah.... dah nama pun "kawan biasa yang baik". Kalau BFF yang buat macam tu, jangan harap la aku nak tegur lagi. Lantak kau la.... dalam hati....."Lupa daratan punya BFF. Masa nangis-nangis cari aku, dah senang lupa kan aku, wakkk luuuu la." hahahaha

DAN

Pernah tak korang sangka, orang yang DULU nya kategori otai-otai + pembuli + lazer + mangkuk ayun + ....... semua-semua yang membuatkan korang rasa menyampah gilerrrrrrrrr dan yakin mereka tak akan masuk dalam list kawan korang TELAH menjadi kawan korang yang sangat prihatin + pendengar setia + penasihat terbaik + bila jumpa boleh bertegur dengan ramahnya + dan lain-lain yang tak pernah korang expect.

Fuhhh.......Kawan jadi Lawan, Lawan jadi Kawan.

Perkara diatas telah terjadi pada aku SEKARANG. Sehingga aku mula TAK SUKA + MENYESAL bagi tahu semua orang yang "si A adalah BFF, si B adalah BFF, si C adalah BFF....". Bagi aku sekarang, cukup la aku jerh yang tahu DIA adalah BFF aku even dia TAK IKTIRAF aku pun jadi BFF dia. Kalau ada siapa-siapa nampak aku tulis perkataan BFF kt gambar somebody.......yang pasti kawan aku tu maybe tak akan tahu dan tak pernah baca pun apa yang aku tulis tentang dia.


Berkawan biar beribu, Berkasih biar satu.

Aku sangat bersyukur kerana masih mempunyai ramai kawan-kawan yang masih memahami situasi aku walaupun kehidupan aku sekarang sangat berbeza seperti duhulu. Alhamdullilah. (^___^)

Wednesday, May 11, 2011

............................

Terasa berat hati + risau + takut untuk berkongsi................................... hanya mampu bersabar dan bertawakal. Dan memohon agak rakan-rakan dan semua yang mengenali aku sentiasa mendoakan kesejahteraan yang baik-baik buat aku.... Aku minta maaf kalau ada tersalah kata, tersinggung perasaan dan apa-apa perkara yang membuatkan korang marah kat aku. Tiada niat untuk mencari musuh. Aku hanya hamba kecil yang hanya tahu melakukan kesilapan.
.
.
.
Ya Allah....tuhan yang Maha Agung lagi Maha Penyanyang. Bantulah hamba mu yang lemah lagi hina ini dalam menghadapi semua cabaran dan dugaan yang Kau turunkan. Kuat kan iman aku... beri kan ketabahan dalam diri aku. Sesungguhnya hanya Kau sahaja yang tahu apa yang terbaik buat aku. Dan aku redha apa yang Kau tentukan. Amin.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu Mak....Mama.

Selamat Hari Ibu

Buat Bonda tersayang, Noriah bt Abu Hassan
.

Tak terbalas kami dengan harta benda dan kata-kata bagi semua pengorbanan mak kepada kami 5 beradik. Yang termampu hanya ucapan terima kasih tak terhingga kerana melahirkan dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Terima kasih juga kerana selalu mengingati kami tentang kehidupan dunia & akhirat. Tanpa nasihat dari mak, pasti kami adik beradik lalai mengejar kehidupan sendiri. Insyaallah...kami akan sentiasa ingat pada semua nasihat mak, agar kami menjadi orang yang lebih baik dan diberkati ALLAH.


Buat Bonda Mertua, Habibah.

Terima kasih melahirkan insan yang amat bertanggungjawab, penyanyang dan segala-galanya buat suzi. Tiada perkataan yang sebenar yang mampu suzi ungkapkan buat anak lelaki mama yang sorang itu. Dia benar-benar lelaki terbaik buat suzi. Terima kasih. Insyaallah suzi akan menyanyangi anak mama seperti mana mama sayang kan dia.



Mak & Mama mertua.
(Gambar yg dicopy dari post sebelum ni. hehehe)


****Mudah-mudahan Allah berikan kesihatan yang baik, panjangkan usia, limpahkan kegembiraan dan kebahagiaan, dipermudahkan setiap urusan, memberkati kehidupan dan segala-galanya buat mak dan mak mertua ku. Insyallah.

Monday, May 2, 2011

Saya kena BULI~~

Aku memang dicipta sebagai orang yang kurang berterus-terang + kurang cari pasal + kurang marah orang + kurang maki hamun orang + kurang sembur orang depan2........... dan serba serbi perkara yang akan memungkinkan aku sendiri yang MAKAN HATI bila aku tak lepas kan. Tapi aku tak kisah pun. Selagi aku boleh sabar, aku sabar.

Tapi bila niat kita untuk menjadi orang baik2 + suka mambantu + tak berkira + pemurah..... di ambil kesempatan orang lain. Orang yang pendiam pun boleh bunuh orang. Btol tak?

Actually benda ni dah berlaku banyak kali kat aku. Tapi setiap kali, aku still lambat sedar yang aku ni diBULI. Asyik dengar dan mengIyakan aje cakap orang. Walaupun aku tahu benda tu tak menguntungkan aku. Hmm... maybe aku terlalu fikir positif pasal orang? yerla...kan aku dalam proses menjadi orang berhati mulia. ahakzzzz.

Penat la.........kita buat baik, tapi orang layan kita MACAM kita ni tak ada perasaan + layan kita MACAM kita ni jenis serba-serbi tak kisah dengan semua hal walaupun benda tu 100% berkait dengan kita dan MESTI tanya pendapat kita.

Kita kerja bertungkus-lumus siang malam, tak cukup rehat + tak cukup tido. Dalam kesebukkan, niat di hati nak jugak membantu orang. TAPI...akhir nya dibalas macam KITA pulak yang bergantung harap dari awal. Pada hal.......hmmm.....

Masing-masing ada rezeki sendiri. Masing-masing ada cara tersendiri. Maybe benda tu kena berkerja keras atau mudah selancar air. So bila dalam sesuatu keadaan, jangan la fikir orang baru macam aku ni NAIF sangat, senang-senang diperdaya demi kepentingan sendiri. Ingat aku ni tak pergi sekolah? Please la, respect la life aku....kerja aku. Ingat tenaga + masa aku ni free ke?

Sangat TAK BEST la bila bercampur dengan orang yang tak reti bersyukur bila dapat kenal + berurusan + dll, dengan orang yang tak banyak songeh macam aku ni. WALAUPUN ada masa aku pun tak setuju bagi suatu hal, tapi aku still tak bising-bising + ugut + pukul +bunuh hingga boleh masuk mahkamah + tv. Paling kuat pun, aku menjawab sekit (dalam keadaan terkawal).....then KALAU tak jalan jugak, baru aku sindir berCover kat Facebook or Blog. Tu pun kalau waktu tu aku dah tak tahan sangatttttttt la. Siapa makan cili, dia rasa pedas.

Ke nak PAKSA aku belajar semburrrrrrrrr sampai terkeluar air liur kt depan muka sorang-sorang jugak???

Hmm....kalau lah 1 hari nanti, tiba-tiba aku jadi orang hijau iaitu boleh marah + maki orang depan-depan, memang sangat pelik la dalam family aku yang sangat tak reti marah orang. Mintak dijauhkan.

Kesimpulan, sangatttttttt la sakit jiwa layan orang yang senang-senang nak dapat SENANG. Ya Allah, jauh kan aku dari mereka-mereka ini selagi mereka tidak sedar.