Sunday, May 10, 2015

Kerja VS Mengasuh Anak

HEBAT jika kau mampu menjana pendapatan sambil mengasuh anak-anak yang sedang membesar lasak di RUMAH
HEBAT jika kau mampu mengurus waktu tugasan kerja dan waktu bergurau senda anak-anak yang hanya tahu erti gembira di RUMAH.
HEBAT jika kau tahu capai dan selesaikan matlamat jadual tugasan kerja harian tanpa mengetepikan matlamat utama mendidik anak-anak di RUMAH.

HEBAT...HEBAT...HEBAT...
.
.
Gerun sebenarnya untuk senaraikan lagi keHEBATan seorang wanita yang mampu membuat 2 tugasan kerja dalam 1 masa.
Tugasan untuk menjadi seorang wanita bekerjaya, dan tugas menggalas tanggungjawab terhadap anak-anaknya.

Jujur, jiwa aku sentiasa ingin menjadi wanita HEBAT. Dari anak pertama hingga kini dah anak tiga lagi, aku meyakinkan diri yang aku mampu membantu suami aku menjana pendapatan selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

Yes, dah 5 tahun aku menggalas 2 tugasan kerja dalam 1 masa. Macammm HEBAT. Alhamdullilah. Itu orang lain yang nampak. Hakikat?? Dan jujur ia bukan la semudah yang dilihat.

(Rahsia)
Aku gembira dan syukur dapat melihat anak-anak membesar didepan mata. Namun disuatu sudut, aku kena akui kudrat seorang wanita. Tidak perlu ANGKUH mengakui diri sebagai Superwomen.

Watak utama yang menjadikan impian aku untuk menjadi wanita HEBAT tercapai adalah SUAMI tercinta. Dia adalah penyumbang utama dalam kejayaan kami. Selain itu, tanpa sokongan ibu bapa, keluarga, guru-guru, & rakan-rakan... aku tak mungkin mampu berdiri gembira.

Aku akui bukan mudah mengawal emosi dan mental seorang ibu anak 3. Bila urusan kerja sedang sibuk, nak atau taknak kita sendiri harus lakukan tugasan tersebut. Ketika itu, focus terhadap anak-anak akan terganggu. Mula la anak-anak bermain sendirian tanpa bimbingan.

Aku tak tahu orang lain macam mana... TAPI apa yang aku rasa, aku akan STRESSSSSS sangat-sangat bila aku tersedar, aku lebihkan tugasan kerja dari anak-anak.

Ada 1 tahap, aku minta suami buat pilihan..... samaada suka aku jadi fulltime housewife atau suka aku buat 2 kerja 1 masa.
~Ya ada ketika, suami pernah kata dia suka aku bantu-bantu (waktu sale tak berapa best).
~Ya ada ketika, suami suka aku santai. (Waktu sale tengah ok)
~Ya ada ketika, suami suruh rehat sementara (waktu sale ok, dan aku tingtong tak dapat urus waktu dengan baik)

Apa kena aku sebenarnya ni????

Hahaha. Baru aku tahu, kecintaan aku terhadap anak-anak lebih tinggi berbanding menjana pendapatan. Sebab tu aku emosi bila tak dapat melayan anak-anak dengan baik
Doakan kejayaan kami dalam mancapai misi dunia dan akhirat.

No comments: