Sunday, February 20, 2011

Kerja Sendiri Bukan Kerja???

Kerja oh...kerja.

Lagi sekali aku nak cerita pasal Kerja. Ini bukan cerita aku di diskriminasi masa interview. (Post dulu2). Tapi tentang attitude sesetengah masyarakat yang suka beranggapan "Kerja dengan orang adalah kerja" tapi "Kerja sendiri (especially orang yang tak ada office / kedai / pekerja berbayar) adalah BUKAN kerja".

Kepada orang yang selalu keep in touch dengan aku maybe tahu apa yang aku buat tiap-tiap hari, especially hari-hari selepas aku habis belajar hujung tahun lepas. Bagi orang yang tak kenal siapa aku...aku adalah isteri orang merangkap full-time housewife + online businesswomen.

Yaa~~~berBusiness secara online @ Home Based Business adalah kerja aku sekarang. Business apa?? Main business Eizus Tshirt, part time business LoLa ChoCz dan Suzila Collection. Uhuu... (Melakukan semua kerja-kerja seorang bos dan kuli. hahaha. Syabas kepada diri sendiri dan en.suami. hehe)

Kadang-kadang bila dah ramai sangat orang tanya BILA aku nak kerja dan nasihatkan aku supaya tak persiakan apa yang aku belajar, rasa CONFUSE dengan apa yang aku tengah buat sekarang ni semakin menjadi-jadi. Bukan tak yakin dengan diri sendiri, tapi kalau orang asyik push jerh...siapa je tak stress. Apa yang aku boleh jawab kat orang-orang yang sangat ambik berat kat aku tu...."Tak ada rezeki lagi" <---jawapan mengCool'n kan diri sendiri.

Salah ke aku kerja ikut minat?

Salah ke aku lari bidang?

Rugi ke ilmu-ilmu yang aku belajar tu?

Adakah aku perosak bidang lain?


Memang pendapatan sebulan aku sekarang sangat sekit dan tak stabil. Nak beli kasut pun terpikir-pikir. Tapi honestly, ia suatu kepuasan bila kita buat kerja yang kita suka. Bak kata suami aku, "Kerja bersusah-payah siang malam untuk mengKAYAkan diri sendiri, bukan untuk orang lain".

Untuk orang yang tak kenal aku, masa sekolah menengah form 4 aku ambik Biologi...pastu pindah teknik ambik Civil Engineering....pastu diploma ambik Wood Based Technology / Furniture Design under civil engineering....pastu degree ambik Town Planning under architecture. Semua bidang berbeza-beza tapi tak la lari sangat. Actually aku memang suka pelbagaikan bidang. Ok sambung balik..................

Bagi aku, tak salah lari bidang asalkan kerja yang kita buat tu kita suka, tak merosakkan kehidupan sendiri, keluarga & orang lain, dan yang paling penting kita yakin benda tu boleh bawak keuntungan yang berlipat kali ganda pada masa hadapan. One more things, korang SILAP jika fikir aku sia-siakan ilmu yang aku berlajar bertahun-tahun tu even aku tak directly study on business. Banyak jugak perkara yang aku belajar masa diploma dan degree boleh deliver kat business dan kehidupan aku. Serius aku tak tipu!!!. (Nak cite apa yang aku deliver kang panjang sangat lk post ni. Lain kali la aku share. hihi).

Untuk merealisasikan cita-cita aku agar lebih success dan menepis pandangan orang yang akan buat aku rasa TAK BEST, aku berpegang kepada "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Maknanya tak kira la apa bidang sekali pun kita ceburi w/pun ilmu yang kita dah belajar kat IPTA hanya boleh digunakan 1/4 atau 1/8 sahaja, tapi kalau kita yakin, berusaha, berdoa dan tawakal.....Insyaallah Allah akan membantu.

Fine....kalau ikut hati atau kepala sendiri tanpa berbincang dengan orang lain pun tak bagus jugak. So, selepas bertukar pendapat dengan orang-orang yang betul-betul sangat yakin dan percaya dengan kebolehan dan misi aku. Conclusionnya, aku akan terus focus dengan business yang aku dan suami aku lakukan. Terussssss mencari jalan untuk meMaintainkan pendapatan bulanan kami dan terus mencari peluang-peluang perniagaan yang lain. Dalam masa yang sama, aku cari kerja @ kerja dengan orang. Kalau ada rezeki aku pergi......kalau tak ada pun tak apa. (^___^)v

Akhir kata, doakan yang terbaik buat kami suami isteri....
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan mempermudahkan urusan kami. Insyaallah... Amin.

Tuesday, February 8, 2011

Apabila si XL nak pakai Kebaya ~~

Kebaya...Ohh...Kebaya...

Isu ni timbul bila baru-baru ni aku tengok rancangan NONA, diorang ada shoot segmen Kebaya Nyonya kat Melaka. Aduhaaiii....betul-betul gugur naluri keperempuanan aku. Terasa anggun lagi jelita plak bila pakai pakaian tradisional ni.Cewahhhh.

Tapi boleh ke aku yang XL ni pakai kebaya?

Actually bukan sekali, tapi dah banyak kali buat kebaya...tapi still jahitan tak memuaskan hati. Rasa cam pelik je bila kenakan kat badan. Ke memang cutting badan sendiri tak sesuai dengan kebaya? Or tailor-tailor tu yang tak reti jahit / fit kan kat badan aku nih. (Opsss salahkan orang plak. hehe).

Ya~~ aku bukan nak salah kan diri sendiri or sesiapa pun.(^___^)

Bagi aku la, semua orang boleh pakai kebaya. Tak kira la saiz XL ke... XXL ke.. XXXL ke... janji kena pada jenis cutting yang kita nak buat. Jangan la dah tahu awak tu saiz BESOR, dok gatal nak buat cutting kebaya pendek. Habis jojol nampak semua. hahaha.

Paling baik----> Nak up to dated tu BOLEH/BAGUS tapi mesti la ada kesopanan. Kiranya, beringat-ingat bila nak bergaya. Cover mana patut. So tak ada la orang nak mengata + mencaci. Yang paling penting, kita ni tak la di cap perosak fashion tradisional yang sememangnya tak lapuk dek zaman.

((Hoyeee...raya tahun ni nak buat kebaya...))

Kebaya Nyonya idaman aku.

Berkebaya pada raya tahun 2010.
Antara jahitan terkemas pernah aku pakai. Yang lain hancur. =P



Akhir kata.................

"Siapa kata orang saiz besor Tak Boleh berKEBAYA???..."