SERONOK rasanya dapat
berehat 5 minit kat
Tasik Permaisuri sambil makan
Sengkuang BESAR yang diletak
sos merah + kacang + gula petang tadi. Sedap hingga menjilat jari. Teringat masa zaman kanak-kanak dok beli sengkuang harga 20 sen kat makcik tingkat 8. Sangat murah, tapi harga sekarang
RM1 yer kawan-kawan......

Ni gambar google yerh. Sengkuang kecik.
Post kali ni bukan nak cite pasal sengkuang besar, tapi nak bagi tahu bertapa
segarrrrr nya badan aku bila dapat
bersantai + berehat + menghirup udara segar walaupun 5 minit kat tasik tadi. Kenapa 5 minit je? sebab
hujan sudah turun dengan renyainya. Ngehngeh...
Bukan apa, seminggu dua ni
badan lemah sangat. Nak kata keje banyak, biasa je la. Kalau betul kerja tengah banyak pun, aku still masuk
tido awal dalam kol
3 or 4 pagi. Alasan dah tak larat sangat-sangat walaupun
serba salah jugak coz en.suami yang kena sambung kerja sorang-sorang
sampai ke subuh. Seriously badan tak sekuat dulu. Ke terlebih manja kan badan? Hmm.....
Hopefully lepas ni en.suami boleh merajinkan diri untuk bawak aku
ambik angin + lepakz kat tasik lagi.
Setengah jam + seminggu sekali pun jadi. Legaaaaa sangat-sangat dapat tengok
kehijauan + ragam manusia. Badan yang letih tiba-tiba rasa segar + ketidak hadaman perut yang dah seminggu ni pun tiba-tiba cam dah ok sendiri + kepala aku yang rasa cam senget ni pun dah rasa cam normal kembali. Btol la...
badan dan otak kita perlu kan REHAT. Bukan apa, aku dan en.suami kan keje sendiri. 24 jam kat rumah.
Situ la tempat rehat....situ la tempat tido....situ la bengkel....situ la office. Pada kata erti lain, environment kitorang sama jerh. Hmmm...kadang-kadang rungsing gak kepala aku. Bila keluar rumah pun just banyak duduk dalam kereta. Hirup la udara air-corn kereta yang tak berapa nak segar, kalau bukak tingkap.... hirup la asap-asap kenderaan tu. Syabas..
Ada terfikir gak... ingat nak
ambik supplement untuk
menyegarkan badan aku ni. Biasa la, kalau badan tak segar...
penyakit MALAS pun datang. Antara kemalasan-----
1st; Malas kemas rumah. Skrang ni pun rumah dah cam tongkang pecah, dah tak tahu nak spesifikasi rumah yang kitorang duduki ni adalah rumah atau tidak. huhu.
2nd; Malas cari duit. Ayooo kesian en.suami, aku tak dapat banyak job bulan ni. Tak sampai bape RM'k pun. Ke memang tak ada rezeki aku untuk bulan ni kot. hehe. <----Dugaan orang kerja sendiri yerh. Gaji tak tetap. =)
So............. akhir kata, mari la kita mencari
masa beristirehat bagi
melegakan sendi-sendi otot badan + urat-urat otak kita ni. Tak kira la dengan en.suami or keluarga or kawan-kawan. Rangsangan dengan orang keliling dan persekitaran sangat penting OK.... Badan cergas-----
kualiti hidup pun baik + otak pun kurang serabut coz asyik fikir macam-macam masalah. Ecehhh...

Gambar kenangan dekat Tasik Permaisuri (2005) , umo 20 tahun kot masa ni.(Aku, asoi, shira)

My BFF
*** Sebenarnya datang tasik nak beli sengkuang semata-mata je, bukan nak lepak pun. TAPI disebabkan en.suami tak kasi aku sepah-sepah kan kacang sengkuang kat dalam kereta dia, tu yang terLepak jugak kat tasik tu. hahaha.