Wednesday, March 30, 2011

MyCartoonnizz

Assalammualaikum semua. Di pagi yang hening ini (ecehhhh...) iaitu jam 2 pagi, dengan condition aku yang sedekit sakit tekak + deman... aku cuba gak la merajinkan diri untuk mengUpdated blog aku ni yang dah seminggu dilupakan. huhu.

Kali ni aku nak share hasil seni abang sepupu @ abang Yop @ abang Nizam.

Actually, abang Yop ni adalah anak sulung kepada kakak mak aku. Time kecik-kecik dulu, rajin la melepak-lepak kat rumah die kat area Sungai Congkak, Hulu Langat. Dalam lepak-lepak tu, rajin la dia menunjukkan skill melukis muka kami adik beradik + sepupu sepapat dalam pelbagai watak komik.

Dipendekkan cerita, hasil seni dia tak luput bergitu sahaja. Now dia ada bagi service kepada mereka-mereka yang memerlukan. Bagi aku, kartun yang dia buat adalah sangat-sangat sesuai untuk tujuan nak tempek kat banner-banner kahwin + buat frame + kad kahwin + tshirt.

So siapa-siapa yang berminat nak buat muka sendiri dalam version cartoon macam gambar aku dan en.suami kat bawah ni, boleh lah hubungi abang Yop aku tu. Kalau segan, contact aku pun boleh. hehe.

Jangan lupa lawat website dia ok~~ MyCartoonnizz


Full version

Non background version

Outline Version


Macam best tak Tshirt Couple kat bawah ni? (Tetiba mau promote Eizus Tshirt). hehehe. Kalau sesiapa yang berminat nk jadikan tshirt ni sebagai hadiah harijadi atau hadiah anniversary atau baju rewang, memang terbaikkkkkk laa korang. Jarang kot orang buat tshirt cmni. Apa salah nya sekali-sekala melabur untuk orang tesayang. (^____^)v


Website tercinta--------@ Eizus Tshirt

Tuesday, March 22, 2011

Cikgu Shida Kembali ~~~

Cikgu Shida..... Cikgu Shida..... Cikgu Shida.....
Siapa tak kenal angkat tangan....hihihi

Cikgu Shida iaitu anak jati Parit Perak ni betul-betul dah buat evolusi baru kat industri hiburan negara kita dengan gaya miming dia yang sangattttt selamber. Cayaaaa la Cikgu Shida. huhu.



Masa dia belum meletop@famous, ramai kot yang kutuk-kutuk dia. Sian gak la. Kalau Cikgu Shida ni tak hati kering, mahu makan hati sampai sekarang. So, lihat la sekarang......... Cikgu Shida dah jadi bualan hangat. Banyak dapat undangan Tv & Radio. Yang paling best siap dah dapat offer tele movie. Rezeki...rezeki... berkat kesabaran mendengar cemuhan orang.

Honestly, 1st time tengok vedio Cikgu Shida.....terfikir gak dalam kepala aku ni, dia ni sihat walafiat or tak? Tapi bila dah lama-lama...terfikir gak, apa salahnya dia nak menghiburkan orang lain, dia buat perangai gila-gila pun tapi still tak sakitkan hati orang. Malah orang yang jenis senyap or soft spoken tu lah yang selalu suka buat orang marah + geram. Betul tak?

Jom layan official Youtube & FB Cikgu Shida


Cikgu Shida at Hot FM & 8tv

Cikgu Shida with Hot FM Krew

Cikgu Shida with Farah Fauzana

Wednesday, March 9, 2011

I Love Photo Contest Blog


Saja nak share ngan korang, aku baru buat satu blog baru yang khusus untuk mereka yang suka sangat join Photo Contest dan suka nak menang hadiah. Haaaa...ini la peluang nya. Actually kalau korang nak tahu, aku plak antara orang-orang yang suka anjur contest dan bagi orang hadiah. Tak salah kan bagi orang hadiah? hehehe.

"I Love Photo Contest" <---ni la blog baru tu.

Aku bercadang nak buat macam-macam TEMA. Tema apa? huhu..tunggu je la nanti. Tak leh nak bagi tahu sekarang nanti tak suprise. Insyaallah, aku akan buat pelbagai tema dan tak ada la nak focus yang professional je. (Macam la aku ni bidang photography..hahaha). Contest ni pun just for fun je. Kalau korang ada cadangan, boleh la share ngan aku ni. Lagi banyak kepala, lagi bagus. Btol tak?

Yang best nye Eizus Tshirt akan jadi Sponsor Utama. (Mesti la utama, dah tuan tanah yang punya. hahaha) Untuk sponsor-sponsor yang lain tak tahu la siapa nanti. Masih mencari-cari mana yang sesuai.

1st contest adalah "Si Kecil & Bantal Busuk". Nak tahu syarat-syarat penyertaan, boleh la masuk blog "I Love Photo Contest" yerh. (^___^)


p/s: Kawan-kawan....mari support blog baru aku yerh.

Monday, March 7, 2011

Saya Sangat Cantik & Jelita

Hahahahaha.....

Title yang sangat tak boleh blah. Mesti ada yang mengherotkan mulut sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain tanda kegelian yang amat. huhu

Alaaa.....sabor2. Saja je kasi gedix itu tittle. Tak sanggup aku nak mengaku dengan riak + bangga kat public. No...no...no....... aku bukan orang yang bergitu yerh. v(^___^)v

Posing gedix santai di MPG.

Actually post ni aku taip tengah-tengah pagi buta selepas aku terRajin bukak profile orang lain kat Facebook. Dalam banyak-banyak pages orang yang aku terjah, ada la terbukak pages mereka-mereka yang tergolong dalam kategori wanita dambaan lelaki + yang mampu mambuat lelaki menoleh 2 kali. Uhuuu.

Apa perasaan mereka bila dikurniakan anugerah kecantikkan sebegitu rupa?
(Sila jawab sendiri)
.
.
.
.
.
.
Aku tak nak cakap lebih-lebih pasal cantiknya muka mereka atau solidnya badan mereka. Kang puji macam-macam, mula la merungut kekurangan diri. OoooOoo.....It's not good OK!!!! Ia boleh timbulkan perasaan tak redha dengan kurniaan Allah.

Aku selalu pegang kata-kata Dato Fadzilah Kamsah - ayat dia yang telah di conclusion kan oleh aku.---> Cantik bermula dari hati. Kalau hati cantik, automatic cahaya kecantikkan terserlah di muka dan akhirnya akan membuatkan siapa-siapa sahaja akan suka pada kita. (Tak ada la aku nak kata aku B.A.I.K. Cuma ingin mengingati diri sendiri).

Oleh itu, TAK PERLU lah kita fikir kelebihan orang lain, TAPI kita perlu yakin setiap orang ada keistimewaaan tersendiri. Mungkin bukan rupa paras tapi ia mungkin dalam bentuk kemahiran atau akal fikiran. So gunakan sebaik-baiknya okeyyy. (Hamboiiiii......pandainya aku nasihat orang. hahaha.)

"Cantik kita, ada lagi orang yang lebih cantik"
"Buruk kita, ada lagi orang yang lebih buruk"
"Bijak kita, ada lagi orang yang lebih bijak"
"Bodoh kita, ada lagi orang yang lebih bodoh"

Akhir kata, mari la kita sama-sama bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikan. Dan sama-sama kita berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik. Insyaallah.

The most beautiful laddies in the world.
My Mak Kandung & My Mama Mertua

Friday, March 4, 2011

Cahaya Bulan.....Cahaya Matahari....


Tajuk post kali ni adalah berkaitan dengan SISTEM MASA aku.

Aku nak katakan, sistem masa dalam kehidupan aku dan en.suami dah TERBALIK dengan orang lain. Kami lebih banyak nampak cahaya bulan dari cahaya matahari. Nampak cahaya matahari pun nak dekat tengah hari. So confirm khasiat cahaya pagi memang jarang kitorang dapat. Dan paling confirm senaman pagi memang tak buat. Ini lah rahsia aku dan en.suami nampak semakin membesar dan membesarrr......huhu.

Kenapa terbalik?

Sememangnya ia berkaitan dengan aktiviti kerja harian kami suami isteri. Ia bermula........mmm....adoi nak start pagi ke malam ek? Kang start pagi korang kata kitorang tak senonoh bangun lambat. Tp kitaorang bukan suka-suka bangun lambat.

Baiklah...aku start pagi jugak la. Tapi JANGAN judge dulu sebelum habis baca semua senarai jadual kitaran aktiviti seharian kitaorang .

1) Aku - Bangun tido (nak dekat tengah hari ), terus sebuk aktiviti memasak + membasuh baju + mengemas + reply email dari customer + buat marketing + kadang-kadang follow en.suami ambik & tempah baju kat supplier + dll.... sampai la ke petang.
2) En. suami - Bangun tido (nak dekat tengah hari), terus sebuk reply email dari customer + buat marketing + kulu kilir hantar tempahan yang dah siap + sesi ambik & tempah baju dari supplier + dll.... sampai la ke petang.
3) Lepas magrib, kadang-kadang sambung lagi buat penghantaran tempahan yang dah siap. Paling cepat sampai rumah pun nak dekat pukul 10 malam.
4) Pastu, rehat kejap sambil-sambil buat marketing + replay email + main fb.....dah nak dekat pukul 12 malam.
5) Kol 12 malam lebih baru start buat printing. Tu pn kadang-kadang start lambat lagi coz en.suami nak buat block kayu yang tak cukup.
6) Subuh baru tido.

Uhuu.....ini pun senarai kitaran yang tak complete. Belum masuk lagi aktiviti sampingan cam balik umah mak dan mak mertua + appointment dengan customer + tertido + terehat + makan-makan + ambik tempahan coklat + kelas coklat + dll (so far perkara yang tidak membuang masa).

Ya~bukan aku tak try ubah sistem masa aku ni dengan bangun awal dan tido cepat. Tapi banyak alasan yang aku sendiri tak boleh nak explain. Apa yang aku cakap, masa beraktiviti kami sangat compact dan ada sesetengah aktiviti tu hanya boleh dilakukan pada 1 masa sahaja.

Awal-awal masa perubahan sistem masa @ start join venture business en.suami, agak sangat tertekan jugak la sebab life tak sama dengan orang lain. Tido lewat malam + bangun lambat + badan letih + muka kusam + + + + +........word yang sesuai adalah TIADA quality time, khususnya bersama en.suami & diri sendiri. =( . Hari-hari mau nangis sorang-sorang. hahahaha

Now, nak tak nak kena la aku belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sistem masa yang dah terbalik ni. Dan aku cuba pujuk hati dan jiwa raga aku dengan mengatakan----> keadaan sekarang ini lah membuatkan aku suami isteri masih mampu mencari rezeki yang halal + tak menyusahkan orang sekeliling. Alhamdullilah.

Hopefully aku lebih tabah, sabar, dan sentiasa positif dengan keadaan sekarang. Insyaallah.