Saturday, July 23, 2011

Sayang tarik Sayang......Benci tarik Benci......

Sangat suka dengan kata-kata Dato' Dr Hj Mohd Fadzhilah Kamsah - Salah seorang hamba Allah yang banyak memotivasikan kehidupan aku, even sekadar mendengar beliau berhujah di kaca televisyen.

Antara kata-kata sakti beliau:
"Sayang tarik Sayang............Benci tarik Benci............"

Apa yang aku faham (jika berkaitan sesama manusia), jika hati bersih + ikhlas buat sesuatu + ikhlas berkawan + berkata jujur + saling memaafkan + terima apa keadaan seadanya + redha dengan sesuatu + sentiasa sabar + ...........semua jenis perkara yang membolehkan kita lapang dada & kepala. Ia akan menjadikan orang sekeliling suka mendekati kita, walaupun ketika itu kita didalam kesusahan. Pasti ada orang datang menolong dan memberi nasihat.

Paling penting setiap perkara yang kita ingin lakukan akan sentiasa mendapat doa restu dari mereka. Dan dari doa baik-baik mereka semua tu la, maka semakin luas jalan yang Allah beri bagi mempermudahkan urusan dan impian kita. Insyaallah.

Tang Benci tu.....(terbalik kan je la apa aku cakap kat atas tu..hehe)


Yupz...perkara diatas memang sah terbukti, bila aku cuba buang sedekit demi sedikit nilai negatif yang ada dalam diri aku selama ni. Jiwa aku lebih tenang...kehidupan lebih stabil...gembira dengan kehidupan sederhana sekarang...bla..bla..bla..bla.. Suatu perasaan yang suka melihat diri, keluarga, rakan-rakan, dan orang lain gembira dengan pencapaian masing-masing tanpa ada perasaan cemburu dan iri hati.

Eh...eh... aku belum 100% berjaya okeyy. Masih mendorong diri sendiri menjadi orang yang lebih baik. Terus mencari kebaikan orang walaupun orang tu dah menyakitkan hati kita sepedih-pedihnya. Cuba dan terus mencuba. Tapi biasa laa, nama je manusia....kadang-kadang terEmosional & terMaki hamun gak tanpa kawalan bila keadaan dah melampau sangat. hehehe.

No body perfect. =P

Thursday, July 14, 2011

Manjakan Diri di Spa

Selepas beberapa bulan dok perhati muka n badan yang semakin kusam tak bermaya, dan tak seperti bini-bini moden yang sentiasa anggun berseri. Hari ni aku nekad nak spend more then RM100 untuk memanjakan diri di Spa. (Walaupun menggigil gak nak keluarkan duit, al-maklum tak biasa berbelanja benda-benda camni)

Niat dihati masa awal perkahwinan nak konsisten pergi tiap-tiap bulan ke Spa samaada menjalankan facial treatment atau body treatment. Kekonon untuk suami tercinta. Eceh..eceh.. Tapi disebabkan tahun lepas sebuk ngan study, terpaksa la melupakan niat tu. Tahun ni pulak, masa awal tahun sumber kewangan sangat tidak mengizinkan. Ni dah tengah tahun, bukan nak kata sumber kewangan dah banyak sangat tapi aku sendiri tak mampu melihat keadaan diri yang semakin tak mengancam langsung ala2 anak dara... hahaha

Bukan benci dengan keadaan kekusaman aku sekarang. Lagi-lagi sekarang ni memang tempoh aku akan mengalami perubahan fizikal dan hormon. Ia adalah perkara biasa bagi orang yang mengalami tempoh yang sama macam aku sekarang ni. Perasaan pun berubah-ubah. Orang kata ok, aku kata tak ok. Sebab tu hari ni terNekad pergi buat rawatan yang memang dari dulu nak buat. hehe.

Aku pergi Spa bukan buat sauna, massage, slimming treatment pun. Tu dah lebih-lebih sangat kot bagi keadaan aku sekarang. Tak sanggup nak ambik risiko. Cukup la menyedapkan hati dengan buat facial jerh. Tu pun dah hepi sangat. hehe. Yang lain-lain tu kemudian la yerh.

Selepas search lokasi Spa yang terdekat semalam, maka terjumpa la dengan Tini's Spa cawangan Ampang. Tanpa berlengah, aku serbu kedai untuk dapatkan brochure dan maklumat yang dikehendaki. Dan tengah hari tadi terus buat appointment rawatan bagi sesi petang. Yezaaaa...

Pakej pilihan hati adalah Oxyderm Treatment (Jenama produk - Dermalogica) . Consultant tu kata pakej tu adalah complete treatment bagi kulit normal cam aku. So disebabkan aku 1st time datang, dapat la harga trial. Dah alang-alang dapat harga trial, aku buat la yg complete treatment even memula tu nak buat pakej treatment yg biasa-biasa n murah je. hehehe. Pakej Oxyderm Treatment ni ada 8 routine yang perlu dijalankan, lebih kurang la. Cleanser 3 jenis + conditioners + Hydrating booster + Intensive eye repair + moisturizers + solar defense booster + serum. Harga RM144. Menarik kan? Tapi harga asal untuk pakej ni RM200+ , erkk..mampukah untuk aku meMaintainkan pakej ni untuk masa-masa akan datang? Tunggu dan lihat je nanti.

HASIL?? kurang cikit eyebag aku ni, kulit tegang sekit selepas pakai serum. Tahan bape lama tak tahu la. So far secara overall nye, nak kata dah nampak anggun sangat tak la juga. Rawatan ni kene konsisten dan kita pun kene rajin layan diri kita kat rumah, cara pemakanan pun kena betul. Baru nampak hasil. Aku ni rajin menenyeh ke kat rumah? hmm...baru esok nak cuba rajin, sebelum ni sangat malas ok. Tu pun aku cuma ada pencuci muka dan toner Safi je, lain-lain tak ada. Bantai je la. Esok-esok la aku pergi beli pack Trial Dermalogica tu. hahaha. Hopefully rajin sampai bila-bila. =P

Tapi kalau buat pakej biasa pun ok je kot, aku ni bukan jenis demand sangat. Mainan saikologi itu penting, asal dapat rawatan biasa.... tahap keyakinan naik sekit so muka ada senyum.....then naik la seri. Eceh...eceh...

Ruang hadapan Spa

Ruang facial

Produk yang digunakan oleh Tini's Spa.
Perlu segera dapatkan pack trial untuk sesi menenyeh kat rumah.



***Mainan saikologi yeee.... Orang rajin ambik air sembahyang + hati suci n tenang tak pergi treatment pun muka berseri-seri. Opsss... malu dengan diri sendiri. =P

Saturday, July 2, 2011

Cahaya & Usaha

Setiap hari aku panjat kan doa kepada Allah agar permudahkan setiap urusan kami. Especially tentang salah satu impian aku dan en.suami. Perkara ini adalah suatu perkara yang dah lama kami angan-angankan + cita-citakan + impikan. Ohh.....kalau diikutkan memang banyak perkara yang kami inginkan, tapi apa yang aku ingin kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan impian untuk mengukuhkan lagi tapak punca rezeki kami.

Kalau sebelum ni, agak sukar untuk kami nak jangka bila ia akan direalisasikan. Kalau jangka pun mau ambik masa bertahun-tahun. Fuhhh. Lebih-lebih lagi kami ni bukan berasal dari orang senang, hasil tabungan pun tak berapa ada (aku la tu.huhu). So kesukaran tu agak terasa kalau kami nak buat sesuatu perkara yang besarr.... Apa termampu, kami hanya mampu bercerita dan berkongsi angan-angan besar kami antara kami dan ahli keluarga sahaja. Niat di hati, mudah-mudahan mereka yakin dan sentiasa mendoakan kejayaan buat kami suami isteri.


Sekarang dah bulan June.

Di pendekkan cerita, bulan lepas... Allah anugerahkan kami cahaya dan peluang yang sangat membantu kami. Sungguh tak aku sangka secepat ini peluang yang kami terima. Aku mula rasa bersyukur sangat-sangat kerana berkat kesabaran aku menjadi pembantu kecil buat en.suami. Tak sia-sia aku mengharungi dugaan bagi soalan-soalan menyusuk kalbu yang berkaitan dengan kerjaya + pendapatan.

Ok...skrang Allah dah bagi jalan, tinggal untuk kami usahakan. Mudah-mudahan dalam bulan ni gak kami dapat jaya kan impian kami tu. Dimana ia akan sangat-sangat membantu kami dalam mempergiatkan dan melipatkali ganda usaha perjalanan kami.

Insyaallah, Amin.