Showing posts with label Muhammad Sufi Hakim. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Sufi Hakim. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

Penjadualan makanan bayi GAGAL!!!

Hmm...tiba-tiba tersedar balik yang aku dah tak serius dalam penjagaan bab pemakanan Hakim. Bagi asal boleh je. Ikut suka-suka hati aku, ikut mana sempat. Adoiii.... sedih dan rasa bersalah.

Masa Hakim 6 bulan dan dah boleh beri makan, bukan main sebuk cari jadual pemakanan bayi. Dan resepi-resepi yang sesuai  bagi setiap peringkat umur bayi. Ni bila Hakim dah 8 bulan, hari-hari bagi bubur, ayam cincang, carrot. Siannn anak ibu. Penyebab lain pun sebab aku pun jarak masak dan makan kat rumah, so stok bahan basah memang tak banyak. Haaaa mangsanya Hakim terpaksa makan apa yang ada. (T____T).

Yang lebih buat aku rasa bersalah....

Pertama -

Baru aku perasan dalam jadual pemakanan tu, dah ada beberapa penambahan jenis makanan yang boleh diberikan bagi peringkat umur Hakim (8bulan). Selama ni aku bagi benda sama je. Patut anak aku cam boring je masa makan. huhu.

Kedua -

Jika ikut info-info yang aku dapat untuk bayi 8 bulan - bayi 8 bulan dah boleh makan 3 kali sehari. Pagi n tengah hari makan bubur, petang bagi snek buah-buahan. Aku? Bubur sekali sehari je. Sedehhhh.

Kenapa aku bagi sekali sehari?
Sebab aku tengok anak aku cam susah nak okkokk. So agak-agak 3,4 hari tak okkokk, aku akan stop bagi makan. Bila dah membuang baru aku kasi balik. Yerla kan usus budak tak kuat lagi, tak kan nak sumbattt  makan je kan. Betul tak?

Tapi setelah berfikir semula, aku rasa mungkin faktor susah nak okkokk tu adalah disebabkan aku tak bagi buah @ snek petang. Sama cam orang besar la kan, kalau makan tak berselangkan buah-buahan, jenuh gak kan nak okkokk....huhuhu. OK..lepas ni akan aku gagahkan cari buah untuk Hakim. Oh ya, buah betik adalah Favorite Hakim. Lepas makan confirm okkokk.. uhuhu

Ketiga -

Tahu tak?? fasa umur 8 bulan sepatutnya dah boleh makan makanan yang tidak perlu di blande halus. Atau makanan tu dipotong dalam bentuk jejari. Ini kerana pada fasa ini, bayi sepatutnya dah mengunyah makanan. (Makanan lembut je la).

Bila cerita tentang masak bubur, aku selalu masak guna slow cooker. Air memang letak banyak. Masak waktu subuh, dalam kol 10 pagi iaitu waktu Hakim bangun tidur dah boleh terus bagi makan. So texture bubur nasi tu memang lembut la. Tinggal aku lenyek ngan sudu pun dah ok.

Yang menjadi masalah adalah...

Semalam aku try parut halus carrot. Parutan carrot tu dimasak sekali dengan bubur. Aku tahu texture carrot tu tak la sehalus puri carrot yang di blande. Dipendekkan cerita, masa bagi Hakim makan...1...2 kali suap macam ok. Tapi 4..5 suap Hakim terbatuk-batuk. Hmmm...ini maknanya Hakim masih tak ready makan makanan yang sedekit kasar. Hmm tak pe la perlahan-lahan.




Hmm...wahai ibu Hakim...sangat kelewatan sungguh kamu mengajar anak makan. Hyshhhhh. Sila focus dan bersemangat untuk terus belajar dan memahami anak kamu!!! 

Wednesday, August 8, 2012

Ingin Kelahiran Baru

Assalammualaikum. Sebelum tu nak minta maaf kalau ada yang tak berapa suka tentang post-post yang aku buat. Yerla tak abis-abis post tentang kehidupan motherhood aku ni. Biasa la ibu muda anak satu, excited lebih...kalau boleh semua benda nak share. =) . 

Jika semalam aku ada bagi tahu yang Hakim baru je nak masuk 8 bulan. Percaya tak...dalam Hakim baru sebuk nak belajar berdiri, aku dah berangan-angan nak seorang lagi. Actually dah mula berangan sejak Hakim 4 bulan lagi, waktu tu Hakim dah pandai di ajak ketawa. Tapi sekarang ni keinginan semakin menjadi-jadi pulak. Memang happy sangat bila anak kita dah mula faham apa dengan yang kita sedang selorohkan. Haa..masa tu mula la fikir nak bagi dia kawan. hihi. Mungkin faktor lain jugak yang aku ni memang dari dulu suka budak.


Kalau ikut pandangan doctor, seeloknya biar la jarak 2 tahun. Kasi anak kita tough dulu. Yes it's true. Aku tak ada apa-apa nak comment sebab mereka lagi expert bab penjagaan.

Kalau ikut pandang rakan-rakan berstatus ibu, 80% dari mereka pun sama cam padangan doctor. Cuba nak menjarakan umur anak mereka. Selain mengstabilkan kehidupan mereka.

Kalau ikut pandangan en.suami, dia pun nak Hakim besar sekit baru kasi adik. Mungkin jugak dia nak kasi ekonomi kami betul-betul stabil. So tak ada la rasa cam hari-hari kerja keras semata-mata nak bayar sewa itu ini sahaja. Kalau boleh adalah ada wang simpanan cikit buat backup masa depan. =)

Ok...nama je pandangan kan, tapi tak ada la en.suami kata TAK BOLEH langsung dan betul-betul bertindak keras dengan family planning dia tu. Bila ajak ehem-ehem tak ada pun dia banyak cerita dan suruh ikut macam-macam syarat. Dia faham...tak baik sekat-sekat benda baik. Anak tu rezeki dan dah terbukti, dengan kehadiran Hakim, rezeki kami semakin murah. Walaupun en.suami terpaksa kerja keras seorang diri, dan aku as assistant just boleh bantu sambil-sambil je. Yerla kan aku jaga anak aku sendiri. hehe.

Kalau ikut pandangan aku, aku tak kisah anak rapat-rapat. Tapi jangan la target 10 orang, 10 tahun jugak kau nak kasi langsai semua...wahh...tak sempat nak bernafas nak kene hadap labor room lagi. huhu. Yang terpenting, apa-apa jenis perancangan sekali pun la... family planning ke, economic planning ke, apa-apa je la.. semua mesti atas persetujuan en.suami. Kalau en.suami rasa mampu, teruskan jangan sekat-sekat. Jangan bagi alasan bukan-bukan untuk tak nak ada anak, sebab apa yang kita ucapkan tu adalah doa. 

Kita pulak kena yakin dan kuat semangat yang kita ni mampu hadap susah senang waktu mengandung, beranak dan besarkan anak tu. Semuanya makan tahun yer, bukan main minit-minit atau jam-jam. En.suami confirm-confirm la kena perah keringat dan fikir strategi baru untuk meningkatkan economi keluarga. Yang ibu-ibu ni pulak lebih focus kepada anak-anak, pada kata erti lain  fizikal, emosi, mental kene tough untuk hadapi kerenah anak-anak yang semakin membesar.

Susah + Senang =  Sabar

Membawa anak dalam perut selama 9 bulan 10 hari bukan la suatu yang mudah. Bila dah keluar nak kena jaga pulak. Nak jaga budak bukan cam jaga kucing. Kalau tak kuat fizikal, metal, emosi memang boleh meroyan. Kalau jenis suka cari duit cam aku ni, bila datang tamak..mula la anak letak tepi, n kita dok ngadap kerja je. Tapi sanggup ke kita dah susah payah mengandung dan beranak, tiba-tiba anak kita membesar dalam keadaan kurang kasih sayang. Dan akhirnya bila anak kita dah besar jadi anak yang kurang berjaya... Nak? Nak? mesti tak nak kan...... So tepuk dada tanya diri, kita perlu buat pengorbanan. Jangn ikut sangat kerja duniawi ni. 

Sekarang ni, aku selalu ingatkan en.suami yang aku memang tak boleh commit dengan kerja 100% sebab aku terlalu sayangkan anak aku. N hopefully en.suami faham dan sama-sama mencari rezeki didunia ni perlahan-lahan. Insyallah aku akan selalu bagi sokongan dari belakang. 

Comel baby gurl ni kan.


Mudah-mudahan Allah mengizikan kami lagi untuk mendapatkan zuriat yang baik dan sehat pada masa akan datang. Insyaallah. Dan mudah-mudahan Allah kurniakan juga zuriat yang baik-baik kepada saudara-saudara dan kenalan-kenalan aku. AMIN

Tuesday, August 7, 2012

Gegambar Budak Bujang - 8 Bulan

Aloo...alooo... i'm back!!!! Ecehhh poyo.

Lama jugak tak layan blog. Bukan busy tapi kekurangan idea + kemalasan yang amat untuk mengarang. hihi. Bukak je blog...oooo Kak Sofia baru follow (Geng mak jemah Mymanutd). Latest post beliau adalah 'Gambar semate-mate'. Ok...mau share gambar jugak la, sebab tak ada info ilmiah untuk dikongsi. hehe

Ehh sebelum tu nak buat ucapan Salam Ramadhan buat semua yang mengenali diri ini walaupun dah masuk minggu ke-3 Ramadhan. Ahakzz.

Perkembangan terbaru hero kecik aku adalah kini Hakim dah nak masuk 8 bulan. Alhamdullilah kejap je dah besar. Sedar tak sedar dah banyak fasa pembesaran yang telah Hakim lalui. Dari tak tahu apa-apa, kini dah pandai zahirkan emosi gembira, excited, sedih, merajuk, keinginan, dll. 

Jom layan gambar....

 Gambar terbaru - Kini melalui fasa belajar berdiri dan memanjat. 

 Aksi budak lepas jatuh katil. Pic belah kanan tu menunjukkan benjol + lebam. 
Menggigil ibu bila dengar bunyi gedebukk anak oiiii...lain kali kalau terjaga dari tido, sila jerit yer....jangan memanjat..awak tu kecil lagi.

Hoyee baru dapat toy baru. Terima kasih Mak Izz , seronok dapat beli toy yang murah-murah. Save budget ibu.

Perkara yang paling digemari. Gigit....gigit....gigit...... semua benda nak gigitttt.

Gambar ni masa umur 6 bulan rasanya.

Mangsa keadaan. Sian kena paksa posing. Masa ni Hakim baru 1-2 bulan.

Thursday, June 14, 2012

Puri Buah Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Pejam celik kejap je dah bulan Jun + dah nak abis setengah tahun 2012 + dah nak dekat Bulan Ramadhan dan Syawal pun. Fuhhhhhh......

Bulan ni Hakim dah genap 6 bulan, so dah tiba masanya bagi dia solid food secara serius. Ecehh. Sebelum ni dah pun sua-sua buah kat mulut dia tapi tak la banyak. Saja kasi intro. Bubur nasi dan sewaktu dengannya memang tak la kan. Coz sistem penghadaman baby masih belum matang. Kesan jika beri terlalu awal solid food ni akan menyebabkan usus anak kita akan luka. Paling tak best kalau anak kita sembelit.

2 minggu sebelum Hakim 6 bulan, aku ada kasi Hakim try biskut Milna. Habis gak la 1/4 - 1/2 biskut tu setiap kali dia makan. Aku bagi dalam bentuk pejal dan bubur...selang-selang hari. Disebabkan tiap kali makan mesti habis, so bertambah yakin Hakim dah bersedia nak makan solid food.

Ok ini SALAH!!! aku tercepat 1 step. Sepatutnya aku tak boleh bagi lagi biskut Milna tu dulu. Kisahnya...hakim sembelit seminggu. Apa lagi kelam kabut dibuatnya. Untung Hakim tak kembung perut dan tak meragam 24 jam. Ada la sesekali nampak cam dia mengeran cam orang nak ookook tu. Kesian je tengok. Last-last kentut je keluar, bau kentut tu memang tak hengattt la. Aku dan en.suami pun tak lalu nak bau. hehe.

Setelah mengalami situasi anak sembelit, mula la misi membaca blog dan forum ibu-ibu. Ok masa ni baru la aku tahu rupanya kena intro dengan puri buah atau puri sayur. Kasi perlahan-perlahan perut tu kenal dengan makanan. (T____T)

Berikut adalah antara Puri Buah pilihan ibu-ibu: Puri Epal, Puri Pear, Puri Pisang, Puri Betik, Puri Avocado


Peraturan 4 hari ?

Peraturan 4 hari ni bermaksud kita memberi 4 hari berturut-turut makanan yang sama kepada anak kita. Ia bertujuan untuk memudahkan kita detect makanan yang yang boleh mendatangkan elergik. Lepas 4 hari baru la tukar makanan lain, selain anak kita pun tak la bosan makan benda yang sama.



Puri Pisang campur Fresh bf


Resepi pertama Puri buah yang telah aku buat adalah puri pisang. Pisang tu aku lenyek dengan sudu dan ditapis agar dapat tekstur yang halus. Lepas tu campurkan sedikit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya. Puri pisang ni buat sekali je coz tengok cam Hakim tak suka makan. Ke sebab masa aku bagi tu dia dah meragam ngantok nak tidur? Ke tekstur terlalu kasar? Ke sakit perut sebab tak berak? Ke memang tak sedap? so dia TAK NAK makan. hehehe

Ok la cari resepi puri buah lain, walaupun sepatutnya kena ikut peraturan 4 hari masa kita nak bagi bayi kita makan. 

Peralatan asas. Penapis dan pemarut.


Resepi kedua puri buah untuk Hakim adalah puri betik. Cara nak buat puri ni pun sama cam puri pisang tadi. Parut kalau nak cepat, dan lenyek kat penapis untuk mendapatkan tekstur yang halus. Lepas tu campurkan sedikit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya. Kalau ibu-ibu yang berkerja tak sempat nak sediakan fresh bf untuk dicampurkan dalam puri tu, letak stok ebm atau susu formula. Kalau tak sempat jugak, letak je la air masak.

Oh ya nampak gaya puri betik menjadi kesukaan Hakim. Menjerit dia bila aku suap lambat. hehe.

Kalau tengok gambar stok puri yang kat atas ni, warna kuning tu puri mangga....warna merah tu puri betik. Actually buah mangga tu untuk aku makan tapi tak abis, so aku buat puri. Nak buang bazir. Hakim masa umur 4..5 bulan pun memang tok nenek dia suka sua hujung lidah dia dengan buah mangga ni. Memang dia suka sangat. Cara nak buat puri mangga ni pun sama je cam puri betik dan pisang. Tapi make sure beli mangga yang tak ada berserat.




*** Bila dah jadi mak budak ni, baru aku tahu... bertapa indah melihat anak kita poopoo setiap hari. Masa tu kita tahu kita dah bagi makan minum yang cukup dan betul. Tapi bila dah seminggu tak poopoo... haaaa masa tu memang kelam kabut dibuatnya. Mula la salah kan itu salah kan ini. hihi

Saturday, March 3, 2012

1st time Menyiarap & Demam

Hari ini Hero Kecik....


1st time menyiarap.

Setelah tekun berusaha mengangkat kepala tanpa bantuan seminggu ini, dan beberapa kali gagal dalam percubaan memusingkan badan sendiri. Dan akhirnya...hoyee.. berjaya berpusing sendiri walaupun sekejap. Tahniah anak ibu.


1st time demam.

Memang setiap hari aku akan periksa suhu badan si hero. Pagi tadi dah terasa badan hero aku suam-suam. Aku just consider maybe lepas bangun tido. Selalu camtu laa. Tapi hari ni - Masuk ke tengah hari, panas tak hilang. Masuk ke petang, panas still tak hilang. Yang cemas sekit bila kepala dia pulak panas. Dengan itu.........zasssssssss ubat demam 2ml segera diberi. N apa lagi..nangis tak terperi. N now tengah tido. hihihi.

(Okee anak aku dah tunjuk ciri-ciri tak suka makan ubat. Hari tu makan ubat buang kahak pun nangis tak hingattt.)

Hmm ke mungkin demam nak tumbuh gigi kot? erkk.....ada ke baby baru nak masuk 3 bulan dah nk tumbuh gigi????? Tapi kan...memang dalam 1-2 minggu ni, si hero ni gigih mengisap + menggigit tangan aku n en.suami. Pandai cari lak tu. Kalau tak dapat, tangan sendiri pun jadi.


Bila demam, gunakan Kool fever.

Tekun kn.....

Saturday, January 28, 2012

Air Mata Pertama...Ohh Anak Ibu~~

Tarikh ini ----> 27 Januari 2012

Umur Hakim dah genab 50 hari. Hari ni jugak 1st time nampak air mata dia keluar. Aaaaaaa.......sangat teruja walaupun pada awalnya kesian sebab anak manjaku dah menangis + cebekkk sesangat coz aku tak pujuk pokpok dek terlambat bagi susu.

Monday, December 26, 2011

Permata Hati

Alhamdullilah, dengan izin-Nya semuanya dah selesai dengan selamat. Dan bersyukur kerana aku masih berpeluang untuk bernafas dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan kini IBU....

9 Disember 2011 @ 3.38 pagi - Muhammad Sufi Hakim bin Mohd Firdaus telah selamat dilahirkan kedunia dengan bersalin normal. Dan ukuran pertama bagi hero kecik aku ni adalah: berat 3.5kg - panjang 50cm. Mudah-mudahan akan menjadi anak yang soleh dan taat kepada perintah Allah hingga akhir hayatnya. Insyaallah Amin.

Hari Pertama

Hari ke-3: Muka ayah, tembammm bulattt.

Hari ke-3: Manja Ibu

Hari ke-6: Masih merah n tembam

Monday, December 5, 2011

TODAY is my baby due dated

5 Disember 2011.

Yupp....hari ni due dated aku untuk bergelar ibu.
Tapi masih belum ada tanda-tanda kesakitan melampau. Iaitu tiada darah yang keluar, dan tiada juga pecah air ketumban.

Cuma terasa semakin kerap perut mengeras. Tapi tak la sakit pun. Masih mampu berjalan, memasak, dll. Hmm...mungkin itu contraction awal atau cakap omputehnye fake contaction atau lebih saintific Braxton's Hick

Masa masuk wad hari tu (kes baby kurang gerak), doctor dah set aku punya dated untuk last admit. Iaitu paling lewat aku kena masuk wad bersalin 9 hari selepas due dated (14 Disember 2011). Itu pun kalau aku tak sakit-sakit lagi la. Hihi. Pada kata erti lain, doctor nak masukkan ubat untuk push baby keluar.

Ok terus bersabar dan bertenang agar semua baik-baik sahaja. Insyaallah.