Wednesday, March 17, 2010

Cemburu, Iri Hati & Hasat Dengki

Semua perkataan tu, sama ertinya atau berbeza??

Bagi aku, cemburu & Iri Hati hanya sekadar perasaan dengki dgn kelebihan / kesenangan / kebahagian s'sorg.
Dan Hasat Dengki plak suatu perasaan yang lebih dasyat dan ia dibayangi untuk membalas dendam.

Btol ke definisi aku ni?? hehehe
Sebenar2nya, aku cuba menterjemahkan situasi aku skang ni.

Suatu ketika, aku sangat Bersyukur dgn perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh Allah utk aku skrang ni. Specially dapat hidup sebagai seorang isteri sewaktu masih belajar. Banyak nikmatnya b'banding hidup bujang. =D

TAPI bila aku terlalu leka atau terlalu gembira, tak kira la dengan sesiapa pn..tiba2 ada saje perasaan iri hati tercuit bila melihat kebahagiaan dan kelebihan nikmat yang org lain dpt. Rasa cm tak puas hati.

Pada hal lebih2 diorang tu tak la hebat sgt pn. Biasa2 je. Dan ada kalanya, bila di nilai semula sesuatu perkara, aku adalah lebih baik.
Dan ada juga bagi sesetengah nikmat yg diorang dapat tu, aku dah dapat dulu sebelum mereka. Cuma aku tak perasan dgn nikmat yg telah diberikan Nya. Hyahhh (Apa la yang tak cukup2..kg kene tarik nikmat baru padan muke. Maaf kan aku Ya Allah)

Aku cuba buang perasaan2 negatif aku tu. Aku tahu setiap kejadian, lebihan, kekurangan yang di berikan ada hikmah Nya. Mungkin, aku tak dapat kelebihan2 tu skrang, tp masa akan datang tak sape pun tahu.

Yang penting, bukan kehendak aku nk mempunyai perasaan buruk macam tu. (Datang sekali sekala je). Aku cuma manusia yang penuh dengan keinginan. Mudah2an perasaan buruk aku ni akan berkurang sekit demi sedekit. Amin.

Sunday, March 7, 2010

Sebelum & Selepas Kawen

Pejam celik, umo p'khawinan aku dah msk 2 bulan 1 minggu. Dalam tempoh tu la banyak perkara yg aku belajar tentang perhubungan kami. Aku ingat dlm tempoh perkenalan kitorg "sebelum couple, selepas couple, semasa b'tunang" (lebih kurang 7 tahun), aku dah cukup kenal ngn en.suami.. Tp btol org kata, kehidupan sebelum dan selepas kawen mmg banyak bezanya.

Bila dah kawen ~~
1) Dah tak byk masa utk melepak2 dgn kwn2.
2) Sgt susah dpt tido siang.
3) Hari cuti - bangun pagi trus masak, basuh baju, mengemas.
4) Setiap mggu kne spent masa kt salah satu rumah family / mertua.
5) Pg kelas en.suami yg hantar.
6) Pg mna2 dgn en.suami. Termasuklah nk pg kedai .
7) Klu ade projek persendirian or kawan2 mst kene bagi tahu en. suami dulu. Dah tak bleh rahsia2.

Pendek kata, apa2 hal sume kene mintak kebenaran en.suami. Kadang2 ada gk t'emosi + t'marah + t'mengamuk gk. Biasa la, waktu bujang klu dia say No... Yes gk bg aku. Agak susah aku nk dgr ckp dia. Tapi bila da kawen, bila dia say No...No gk bagi aku w/pn dalam hati dok kata Yes je. Kadang2 stress gk coz dulu aku wat apa yang aku suke sesuka hati w/pn bende tu salah, janji puas hati. hahaha. Apa pn, aku tahu yg dia sgt ambik berat psl aku. Dan itu lah tugas nye seorang suami menghalang si isteri m'buat ssuatu yg tidak sepatutnya.

Tak kira la perjalanan hidup ni susah, senang, meskin, kaya...pasti ada suatu hikmah yg hendak disampai kan Nya. Dan Insyaallah, dia la sebaik2 suami yg aku ada.

"Dia tak sempurna, tapi dia yang terbaik"

Fuhhh payah gk ek nk jd isteri Solehah & M'dengar kata. =D

En.Mok yang tak suke bergambar

Erkkk .. =P