Monday, December 26, 2011

Permata Hati

Alhamdullilah, dengan izin-Nya semuanya dah selesai dengan selamat. Dan bersyukur kerana aku masih berpeluang untuk bernafas dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan kini IBU....

9 Disember 2011 @ 3.38 pagi - Muhammad Sufi Hakim bin Mohd Firdaus telah selamat dilahirkan kedunia dengan bersalin normal. Dan ukuran pertama bagi hero kecik aku ni adalah: berat 3.5kg - panjang 50cm. Mudah-mudahan akan menjadi anak yang soleh dan taat kepada perintah Allah hingga akhir hayatnya. Insyaallah Amin.

Hari Pertama

Hari ke-3: Muka ayah, tembammm bulattt.

Hari ke-3: Manja Ibu

Hari ke-6: Masih merah n tembam

Monday, December 5, 2011

TODAY is my baby due dated

5 Disember 2011.

Yupp....hari ni due dated aku untuk bergelar ibu.
Tapi masih belum ada tanda-tanda kesakitan melampau. Iaitu tiada darah yang keluar, dan tiada juga pecah air ketumban.

Cuma terasa semakin kerap perut mengeras. Tapi tak la sakit pun. Masih mampu berjalan, memasak, dll. Hmm...mungkin itu contraction awal atau cakap omputehnye fake contaction atau lebih saintific Braxton's Hick

Masa masuk wad hari tu (kes baby kurang gerak), doctor dah set aku punya dated untuk last admit. Iaitu paling lewat aku kena masuk wad bersalin 9 hari selepas due dated (14 Disember 2011). Itu pun kalau aku tak sakit-sakit lagi la. Hihi. Pada kata erti lain, doctor nak masukkan ubat untuk push baby keluar.

Ok terus bersabar dan bertenang agar semua baik-baik sahaja. Insyaallah.

Friday, December 2, 2011

Balance.....byebye MURUNG

Tiba saat untuk memastikan diri dalam keadaan baik 200%, samaada dalam bentuk fizikal, mental, dan emosi.

TAK NAK berkeadaan diri didalam keadaan tertekan disebabkan hal-hal harian atau lain-lain yang berpunca dari diri sendiri atau orang keliling yang suka sangat fikir mereka good-good. Sila STOP sebentar wahai kejadian-kejadian termengamuk + tertouching + teremosi + tercari gaduh + ke tidak puas hati + keletihan + cebekk + dll.

Word paling sesuai...."Say No to MURUNG". Tak nak ada murung disaat menanti hari yang sangat dinanti-nantikan. Aku perlukan KETENANGAN dan semua aspek-aspek positif. Please...please.... Sangat penat asyik mengenang nasib diri yang asyik mengalami gangguan dari anasir-anasir yang membuatkan aku MURUNG 2,3 hari...malah ada berminggu-minggu walaupun aku duduk diam-diam. Boleh bagi aku berehat sebentar bulan Desember ni??? (^___^)

.......antara sedetik dialog ketika dalam keMurungan:

Aku: "Ila dari kecik suka kacau, ganggu, dan bebankan hidup orang lain ke?"
Emak : "Tak....walaupun ila dari kecik sangat manja dengan ayah, tapi ila tak pernah suka-suka nak susahkan orang lain. Malah lebih berdikari. Memang ada masa kami risaukan dengan keputusan luar jangka ila, tapi kami yakin ila mampu buat dengan baik."

(Terima kasih sebab kembalikan diri sebenar ila. Mak dan ayah memang sangat memahami ila dari kecil.)


Ok...wahai si MURUNG.......Shuhhh shuhhh pergi main jauh-jauh. Aku cuma dengar cakap mak, ayah dan suami aku jerh. Cakap-cakap orang lain aku cuma boleh dengar tapi aku tak berapa suka nak ikut....sebab kebanyakkannya HIPOKRIT.

Akhir kata..... Aku BUKAN budak jahat, w/pn CARA aku kasar.