Saturday, April 10, 2010

Pengertian, Ketentuan & Takziah

Ya Allah... aku semakin faham akan erti Ketentuan-Mu, Rezeki-Mu..

Sepanjang 3 bulan perkahwinan aku ni, aku terlalu terikut-ikut dengan perancangan sendiri. Sampai lupa siapa yg tentukan dan berikan nikmat2 semua ini.

"Nak anak tapi nk Btol2 dapat tepat masa dah abis belajar". Sangat teruk dan pentingkan diri sendiri. Siapa aku nk tentukan bila nak dapat zuriat??? Mm.. Bila tengok kawan2 dah ada anak, mula la nak cepat2 nak ada anak. Bila tahu masih belum ada rezeki, mula la sedih bukan main. Padahal usaha ke arah itu, baru sangat-sangat.
Ya Allah maafkan aku.

Aku semakin sedar - Bila Ekin & Rozemy (dua2 rakan sekelas masa diploma dulu) baru kehilangan anak yang baru sahaja dilahirkan sebelum subuh 9/4/10 dan meninggal pada 4.30 petang pada hari yang sama berikutan komplikasi badan yang lemah. (Al-Fatihah buat arwah Nur Iman Fatehah Bt mohd Rozemy).

Ekin & Rozemy ni pengantin baru jugak (kawen tahun lepas), rezeki mereka sangat cepat. Tapi
bila dikatakan dah ketentuan-Nya dan juga dinamakan tiada Rezeki. Anak yang dilahirkan hanya sempat di tatapi utk sehari sahaja. Sangat sedih. Mudah2an Ekin & Rozemy tabah menghadapinya.

Pengajaran buat aku:
- Jangan terlalu merancang perkara yang tak pasti.

- Tak mudah putus asa bila sesuatu nikmat yang dikehendaki tak dapat.
- Banyak bersabar bila hendak kan sesuatu.

Dan kini, aku dan en. Suami akan terus Berusaha, Berdoa dan Bertawakal. Mudah2an Allah kurniakan kami zuriat yang baik, sehat, dan soleh.

Paling penting, Yakin bahawa setiap kejadian samada cepat atau lambat pasti ada hikmahnya.