Wednesday, June 22, 2011

Happy Father's Day

SELAMAT HARI BAPA buat ayahanda dan ayahanda mertua yang hemsem + penyanyang + penyabar + lemah lembut + tegas + berkerja keras +............ <---- antara contoh sikap mereka yang sama. (^___^). Sangat bangga mempunyai ayah seperti mereka.


Buat Ayahanda, Mohd Mohtar b. Yusup

Pertama sekali, ila nak ayah tahu bertapa sayang nye ila kat ayah. Dari kecik sampai besar even dah kahwin.... ayah selalu bagi ila sokongan tak berbelah bahagi. Ayah selalu menyokong dengan memberi kata-kata semangat dan nasihat, walaupun perkara yang ila ingin lakukan tu terlalu banyak risiko yang perlu di hadapi. Tak kira la waktu ila ambik keputusan untuk ....... masuk asrama sekolah teknik + pemilihan jurusan di IPTA + bertunang di usia muda + kahwin ketika masih belajar + pemilihan kerjaya..... (yang kadang-kadang ila sendiri persoal sendiri kenapa ila bergitu gamble membuat keputusan ketika tu, especially berkahwin ketika masih tidak mempunyai perkerjaaan tetap). Namun ayah tetap yakin dan tak putus-putus menyokong dengan setiap keputusan yang ila pilih, walaupun nampak riak-riak kerisauan di muka ayah. Terima kasih ayah... terima kasih banyak-banyak membesarkan, mendidik, beri kasih sayang dan semua-semua yang diperlukan oleh seorang anak seperti ila.


Buat Ayahanda Mertua, Mohd Arfaai

Terima kasih tak terhingga kerana papa asuh suami suzi menjadi manusia yang berguna....manusia yang cuba tidak menyusahkan orang lain. Terima kasih juga kerana membesarkan suami suzi sehingga die menjadi anak yang sihat dan gemok. Suzi suka suami gemok macam dia. Tapi sekarang dia dah kurus sekit mungkin asyik makan luar jerh. hehe. Tak pe la... tu menunjukkan anak papa telah mewarisi kerajinan + kerja keras papa dalam mencari rezeki. Sampai tak sempat suzi nak training memasak kat rumah. Terima kasih papa.

kiri: ayahanda
kanan: ayahanda mertua

Wednesday, June 15, 2011

My Online Boutique will be BACKKKK

Assalammualaikum. (^____^)

Actually post ni ada cikit-cikit bersangkutan dengan post sebelum ni. (Mau lihat). Especially tentang salah satu persoalan yang bermain dalam kepala aku iaitu "Apa sumbangan aku kat mak ayah dan en.suami?". Jawapan dah bagi hari tu, cuma kali ni aku nak cite sekit tentang cubaan terbaru aku untuk membantu memberi sumbangan.

Apa itu?

Aku bercadang nak ON Suzila Collection yang dah nak dekat setahun bercuti. Online Boutique aku tu aku start buat sebelum aku kawen lagi (17 June 2009). Lepas kawen ada la run kejap tapi tak lama coz masa tu dah final year study + busy belajar chocolate + jual chocolate + kelas chocolate. So sangat tak menang tangan. Lagi pun masa tu duduk Shah Alam so agak susah nak ambik stok tudung yang rata-rata supplier kat area KL. Kalau modal besar dan boleh ambik stok banyak-banyak Ok jugak. Ni modal kecik..... tak berbaloi dengan budget minyak kereta.

Business printing?

Tu business utama + business keluarga, so ia tetap berjalan seperi biasa. Cadangan untuk On balik Online boutique aku ni sekadar nak memperbanyakkan kaki aku dalam menambah duit poket. Dapat gak la nak membeli itu dan ini yang kadang-kadang tak sampai hati nak mintak kat en.suami. Yang paling penting dapat gak aku tambah jumlah duit tabungan aku setiap bulan.
.
.
.
.
Kat bawah ni aku kasi review sekit blog yang aku dah bagi nafas baru. Dulu berbaju hijau tua, sekarang hijau muda. Nak tukar warna lain macam tak kena. Nak kata minat hijau...tak jugak. Belasah je la kan.... Yang masih tak bertukar adalah stok-stok barangan yang ada. Ingat nak kasi lelong stok lama dulu, bila dah clear baru updated stok baru.


Banner baru. Hasil tangan orang tak berseni.

Gambar profile tetap yang lama, sebab tu je pakai baju hijau. Kekonon nak match dengan wallpaper baru.

Posting terbaru adalah berkaitan dengan STOCK CLEARANCE.



Sangat suka business berkaitan k'perempuan'an, kanak-kanak, baby, dan apa-apa yang comel. Masa baru run business Suzila Collection ni ada gak niat nak bukak kedai dengan tag sendiri. Tapi dah lama-lama macam tak termampu nak handle sorang-sorang. Kekurangan idea di saat orang lain berlumba-lumba keluarkan strategi pemasaran yang mantap.

Business yang baik mesti ada pembantu-pembantu yang hebat. Yupzz.... nak bergerak lebih maju aku perlu kan partner yang sama-sama sekepala dan serius dalam menaikan draf keuntungan perniagaan. BUKAN hanya tahu melabur keluarkan modal dan kutip untung di hujung bulan.

Nak ajak en.suami cam tak sampai hati coz dia sekarang tengah focus business printing. Lagi pun aku tak rasa dia faham dengan kepeluan dan kehendak fashion semasa. Aku pun slow gak bab fashion tapi keinginan aku kuat, so aku akan cuba belajar dan berlajar. Mudah-mudahan suatu hari nanti aku dapat jumpa partner yang betul-betul serious nak join venture dengan aku. Aminn.

Saturday, June 11, 2011

Perkembangan Selepas Tamat Belajar

Yezaaa kejap je masa berlalu. Pejam celik dah hari sabtu + minggu ke-2 bulan June ni. Ia barmaksud dah hampir 7 bulan aku tinggal kan life mengadap buku yang tentunya life yang kurang bermasalah even dah kawen. Syiooookkk oooo.... hehe

Apa perkembangan dalam 7 bulan ni?

Ahakzzz..... kalau di tanya pada orang lain----> abis belajar terus kerja + duduk rumah mak ayah yang tak perlu di sewa + makan minum pun free + bagi duit kat mak & adik-adik. Rasanya duit simpanan tu cukup untuk masuk meminang anak orang dan hidup dalam keadaan sederhana kot. huhuhu

Aku? Aku masih seorang suri rumah + membantu en.suami berkerja di rumah. So tak ada perkara yang m'berangsang'n untuk dibanggakan kepada semua. Yupz... bukan aku tak pernah cari kerja. Adaaaa je....dari aku abis belajar hari tu dah start mencari. Ada gak yang di panggil interview. Cuma rezeki belum ada. Waktu yakin dapat kerja, tapi tiba-tiba aku lak terpaksa menolak di sebabkan beberapa perkara. Fuhhh....sabor je.

Kadang-kadang terfikir gak, apa sumbangan aku kat mak ayah dan en.suami? Adakah mereka berfikiran yang aku ni suka-suka goyang kaki kat rumah? Dan langsung tak membantu?


SHORT term - hmm....masih Ok lagi la keadaan aku sekarang ni. Walaupun aku tak macam orang lain, boleh berbelanja sesuka hati. Tapi ia bukan isu utama yang membebankan aku. Lagi-lagi orang penting dalam hidup aku macam en.suami, mak dan ayah tak pernah push aku berkerja dengan orang pun. Alhamdullilah.

Bila tanya en.suami, dia kata....
1) tak payah kerja kalau tahu kerja tu banyak outstation, awak tu dah kawen. (Off course la kalau kerja dalam bidang yang aku belajar, tiap-tiap minggu kena outstation. huhu)
2) dia perlu kan pembantu untuk buat kerja.
3) hmmm...apa lagi ek alasan die? lupa.
So far aku ok jerh apa dia cakap selagi kitorang tak menyusahkan hidup orang lain.

Bila tanya mak & ayah, diorang kata....
1) Ikut la apa yang aku rasa betul.
2) Kerja biasa-biasa / bawah pun tak apa, asal boleh cari pengalaman.
3) Kalau aku still suka buat business just go on, tak salah bersusah-susah dahulu.

Best kan?? =P

LONG term - memang banyak anjakan paradigma yang perlu aku dan en.suami lakukan. Lagi cepat...lagi bagus. Tak kan nak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je (tapi tak ada kitorang teruk macam tu sekali. huhu). Atleast nampak la duit simpanan tersemat kat bank tanpa curi-curi korek. (aku la tu. hahahaha).

Mudah-mudahan angan-angan, cita-cita, dan kesabaran aku dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran + materialistic + dll ni akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah.

Saturday, June 4, 2011

Emo Pasal KERJA lagi~

K.E.R.J.A

Kerja adalah antara perkara yang suka sangat membelenggu hidup aku. Rasanya dah banyak kali post pasal hubungkait aku dengan kerja. Walaupun tak semua title post aku sebelum ni direct pasal kerja, tapi sekit sebanyak ada jugak la berkaitan luahan rasa tentang kerja.


Aku bukan nak menegakkan benang yang basah. Atau apa-apa je la perumpamaan yang menunjukkan yang kita betul dan orang lain salah. Sebab aku tahu semua orang mempunyai cara dan pandangan yang berbeza.

Cuma aku mintak............. bagi aku MASA dan baiki kehidupan aku. YA~ aku hanya berBusiness kecil-kecilan dengan en.suami. Dan keuntungan bersih yang aku kutip just beberapa ratus ringgit je sebulan (En.suami punya tak kira yer) . Yupzz, jumlah tu tak mampu nak menandingi gaji orang lain atau korang yang beribu-ribu ringgit tu. Tapi tak pe, aku tak pernah merungut pun. Aku tahu itu je had rezeki aku sekarang ni.

Memang kecik hati, sakit hati dan macam-macam perasaan yang sangat Tak best. Tapi kalau kita suarakan atau melawan, kang bertambah sakit hati. So diam je la. Biar la masa je yang akan menentukan. Apa yang aku boleh buat sekarang, aku cuma senyum dan cuma tak ambil pusing dengan cakap-cakap orang yang sengaja atau tidak.....yang kadang-kadang boleh buat aku down semula dan melemahkan semangat aku.

Ya Allah, mudah-mudahan jalan yang aku pilih ini tidak salah dan tidak tersasar dari landasan-Mu. Ku mohon agak Kau redha dan permudahkan setiap urusan yang aku dan en.suami aku lakukan.




(Hari ni terEmo sekit sebab........)

Thursday, June 2, 2011

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-74

Rasanya belum terlambat lagi aku nak buat post tentang Hari Konvokesyen aku yang telah berlangsung pada 19 Mei 2011 (khamis) lalu.

Yupzzz...aku bukan pelajar cemerlang + sangat la tak rajin membaca buku. Alhamdullilah, tahap sokongan yang melampau dari mak, ayah, en.suami dan keluarga membuat kan aku berjaya juga menamatkan pengajian ke tahap sekarang. Terima kasih semua.

Perasaan:

1) Ahakzz... off course la rasa gumbira + berbaloi sebab aku dah berjaya bersabar hingga ke akhirnya. Kalau ikut flow sebetul nya, orang yang baya-baya aku sume dah lama grad + berkerjaya + sambung Master + bla...bla... Kalau tak kuat kan hati, memang dah lama aku berhenti. Lagi-lagi semangat cari duit lebih melampaui semangat nak pergi kelas. uhuu.

2) Honestly masa melangkah masuk ke dewan convo aku boleh terLeleh air mata (serius spontan), nasib laa celak Elianto daku tak comot. hahaha. Agaknya terlebih terharu + bangga dengan diri sendiri kot. Masa diploma dulu tak ada plak touching lebih-lebih. Nampak sangat dulu banyak main-main. Even result tak ada la best sangat tapi aku tahu yang aku telah berkerja kuat siang malam, sampai tak tido 2...3 hari semata-mata nak siap kan pelbagai jenis studio project. Alhamdullilah.

Single studio picture (mode: kejong)

Thanks ayah, mak n en.suami yang hadir. Abang Ib pun datang tapi tak sempat bergambar

Gaya kekonon cool atas pentas

Penerima yang ke-122. Belakang saya ada seribu lebih orang lagi. Berjam nak tunggu abis.

Bersama en.suami terChinnnntoooooo.

Kami sudah berkawan 4 tahun ye.

Kekonon berehat sebentar...haha

Kasi peaceeee dulu kat Stadium UiTM sebelum balik.


Ok cukup la gambar-gambar ni. Nak tengok banyak lagi, sila pergi ke facebook aku yerh. Akhir kata - Mudah-mudahan kejayaan + ketabahan + kesabaran aku bukan sampai kat sini sahaja or sekadar mempunyai segulung Ijazah, TAPI mudah-mudahan aku akan mengecapi kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Insyaallah. Amin.