Showing posts with label Study World. Show all posts
Showing posts with label Study World. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Perkembangan Selepas Tamat Belajar

Yezaaa kejap je masa berlalu. Pejam celik dah hari sabtu + minggu ke-2 bulan June ni. Ia barmaksud dah hampir 7 bulan aku tinggal kan life mengadap buku yang tentunya life yang kurang bermasalah even dah kawen. Syiooookkk oooo.... hehe

Apa perkembangan dalam 7 bulan ni?

Ahakzzz..... kalau di tanya pada orang lain----> abis belajar terus kerja + duduk rumah mak ayah yang tak perlu di sewa + makan minum pun free + bagi duit kat mak & adik-adik. Rasanya duit simpanan tu cukup untuk masuk meminang anak orang dan hidup dalam keadaan sederhana kot. huhuhu

Aku? Aku masih seorang suri rumah + membantu en.suami berkerja di rumah. So tak ada perkara yang m'berangsang'n untuk dibanggakan kepada semua. Yupz... bukan aku tak pernah cari kerja. Adaaaa je....dari aku abis belajar hari tu dah start mencari. Ada gak yang di panggil interview. Cuma rezeki belum ada. Waktu yakin dapat kerja, tapi tiba-tiba aku lak terpaksa menolak di sebabkan beberapa perkara. Fuhhh....sabor je.

Kadang-kadang terfikir gak, apa sumbangan aku kat mak ayah dan en.suami? Adakah mereka berfikiran yang aku ni suka-suka goyang kaki kat rumah? Dan langsung tak membantu?


SHORT term - hmm....masih Ok lagi la keadaan aku sekarang ni. Walaupun aku tak macam orang lain, boleh berbelanja sesuka hati. Tapi ia bukan isu utama yang membebankan aku. Lagi-lagi orang penting dalam hidup aku macam en.suami, mak dan ayah tak pernah push aku berkerja dengan orang pun. Alhamdullilah.

Bila tanya en.suami, dia kata....
1) tak payah kerja kalau tahu kerja tu banyak outstation, awak tu dah kawen. (Off course la kalau kerja dalam bidang yang aku belajar, tiap-tiap minggu kena outstation. huhu)
2) dia perlu kan pembantu untuk buat kerja.
3) hmmm...apa lagi ek alasan die? lupa.
So far aku ok jerh apa dia cakap selagi kitorang tak menyusahkan hidup orang lain.

Bila tanya mak & ayah, diorang kata....
1) Ikut la apa yang aku rasa betul.
2) Kerja biasa-biasa / bawah pun tak apa, asal boleh cari pengalaman.
3) Kalau aku still suka buat business just go on, tak salah bersusah-susah dahulu.

Best kan?? =P

LONG term - memang banyak anjakan paradigma yang perlu aku dan en.suami lakukan. Lagi cepat...lagi bagus. Tak kan nak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je (tapi tak ada kitorang teruk macam tu sekali. huhu). Atleast nampak la duit simpanan tersemat kat bank tanpa curi-curi korek. (aku la tu. hahahaha).

Mudah-mudahan angan-angan, cita-cita, dan kesabaran aku dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran + materialistic + dll ni akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah.

Tuesday, October 27, 2009

Bukan Semua Orang Sempurna

Post ni adalah urutan kepada post 'Last day studio sem + Final presentation' . Aku bebetul rasa looser masa hari presentation tu.

Ni semua tentang cara komunikasi aku !!

Selama ni aku selalu pk, apakah persepsi orang tentang aku. Adakah Positif or Negatif?? Aku mmg tak suke bila dapat tahu ada orang berkata2 buruk pasal aku.

Bagi tak menyakitkan hati sesiapa, aku cuba kurangkan bercakap di dalam kumpulan w/pn hakikat aku ni bukan lah senyap sangat. Pada kata erti lain, aku lebih suka mendengar dr bercakap. Dengan alasan lebih suka mendengar tu lah, menyebabkan aku berpendapat, aku bukan dilahirkan menjadi seorang ketua yang petah bercakap + pembuat keputusan + mampu mengarah orang membuat kerja.

Yang pasti, kelemahan aku dalam komunikasi bukanlah penghalang bagi mencapai cita-cita aku. Itu semua boleh diubah. Apa yang penting, aku tahu kelebihan aku skrang adalah aku mampu memberi komitmen bagi setiap kerja yang diberikan. Dengan kelebihan itu lah yang membuatkan aku terus tabah menghadapi sesi pembelajaran aku sehingga grad.

Last day studio sem 6 + Final presentation

Tar8, Aku & kawan2 kelas

Nampaknye bkn hari yg menggembirakan bagi aku. Dan mungkin Tar8(rakan sekerja pembikinan Konsep Pembangunan)

Sebab apa??

Dipanggil present secara mengejut + tanpa persediaan apa2 + tak cukup tido. Mmg sedap kene bambu dgn lecturer. W/pn konsep pembangunan yg kitorg buat hanya sekadar konsep pembangunan bukan pilihan dan hanya sekadar untuk menambah / mencantikkan contents dalam report group, tp serius aku tak expect kerja2 kitorang tu akan di present gk.

Memang betul konsep2 pembangunan tu kitorg just refer kat RSN dan sumber2 lain, dan mmg ada aktiviti copy2 ayat...tp tak bermakna copy tanpa memahami apa yang dikehendaki. Yg menjadi masalah, bila disuruh explain secara tiba2, in English lk tuh, mmg terkunci r mulut kitorg, lain la prepair. Dengan masa presentation yang suntuk + desakan bertalu2 + baru nk sebut dah kene sembur, mmg hancur r kitorg. Apa yang aku dapat simpulkan, mungkin lecturer beranggapan yang kitorang ni tak menghadiri aktiviti grouping. ( Aaaa...sedihnye)

Yg pasti, aku teringin sangat nk cakap kat lecturer aku tu yang kitorg btol buat kerja dan paham apa yang kitorang cadangkan dalam konsep tu. Senyap bukan bererti tak buat kerja. Senyap sbb kitorg tak reti ckp bahasa inggeris.

"Ya Allah bantu lah kami.....hanya Kau sahaja yang faham apa yang tersurat di hati kami"


Dan, aku tak salah kan sesiapa pn malah aku yang patut minta maaf sebab kecewa kan ahli group.

****Kepada Tar8, aku tahu ko bertungkus lumus buat kerja & map sampai tak balik rumah, tp mungkin kelemahan kita dalam skill communication, buat kita rasa lemah.=( Mari kita tabahkan diri.