Friday, September 30, 2011

Ubat dari Emak

Semakin KUAT bila teringat kata-kata Mak...

Mak kata "Takpe..kerja pelahan-pelahan, bukan senang kerja sendiri ni. Janji buat sungguh-sungguh. Biar la orang lain senang dulu, diorang beli kereta ke..rumah ke.. kita kemudian pun takpe...Insyaallah 1 hari nanti giliran ila pulak dapat semua tu". <-- Olahan ayat yang dipendekkan sepanjang kata-kata semangat mak kepada aku.

Aku akui kadang-kadang aku lemah bila fikir pasal DUIT. Sebab aku tak biasa tak cukup duit. Dan betul kata mak ayah kita dulu-dulu, nak cari duit bukan senang. Aku dah dapat rasakan sejak aku kahwin. Off course la bila dah kawen, semua tanggungjawab hal rumah tangga dari bab tempat tinggal, makan, pakaian, dan lain-lain... sume kena jaga sendiri. Pada erti kata lain, semua perkara asasnya keluar dari poket kita sendiri. Yang dah kawen mungkin faham kot?? hehe

Yupz mungkin dan memang kebanyakkan orang keliling kami ingat kami dah cukup senang dan selesa, lagi-lagi di usia kami 26 tahun dah memiliki kedai sendiri w/pun menyewa. Alhamdullilah. Namun tahu kah korang, kami juga ada masa-masa kejatuhan dan harus memerah otak untuk mencari jalan untuk menambah semula isi di dalam poket ni. Sakit ponggok...sakit kaki...sakit sana...sakit sini...badan lemau...mata sembab...bla..bla.. bla.. Ia semua kerana untuk mencari kesenangan untuk diri sendiri dan keluarga. IYEEEE tiada yang lain.

aaa...uuu...aaa...uuu..... (nak luahkan semua kesakitan tapi takut Allah tak redha. Allah tak suka hambanya mengeluh. So 90% simpan dalam hati & bercerita dengan en.suami sahaja. Mungkin ia lebih baik.)

Aku tak bermaksud nak mengeluh, kecewa...malah aku sangat bersyukur dengan kurniaan yang Allah telah berikan sekarang. Iyee kita tak boleh tamak untuk dapatkan apa yang kita nak SERENTAK. Aku tahu ini la caranya Allah menguji kesabaran kita menangai segala cabaran dan dugaan yang diberi-Nya. Dan ketika ini juga Allah mahu melihat tahap usaha yang kita lakukan, adakah ia bersungguh-sungguh atau hanya tahu bercakap KOSONG.

(Aku akui...waktu aku merepek kat post ni, keadaan aku dan en.suami tak berapa best...lagi2 disaat tenaga aku dah semakin kurang untuk membantu en.suami bagi beberapa bulan akan datang. Mudah-mudahan dengan sedikit luahan ni melegakan aku dan sekaligus mendapatkan kekuatan semula untuk terus memberi dorongan tak berbelah-bahagi kepada en.suami untuk mencari rezeki.)

Ya Allah tuhan yang Maha Mengasihani... Permudahkan dan murahkanlah rezeki kami. Segala apa yang kami lakukan hanyalah untuk Mu, dan keluargaku. Berikan kami kesihatan yang baik dan tenaga yang lebih bagi memudahkan kami untuk berkerja lebih keras. Ku mohon agar Kau redha dengan apa jua yang kami lakukan. AMIN.

Thursday, September 15, 2011

Laki Bini Bergambar

Bila masing2 segan nk posing kat luar @ depan orang ramai @ orang tak rapat...... so gambar laki bini asyik-asyik background dalam kereta jerh. Hyhshhhhh................................................ layan kan aje. hahaha


Kan best kalau 24 jam muka segar n warna kulit sekata jerh cam dalam gambar ni. Tanpa mata panda, sembab, jerawat, jeragat, bla..bla... nampak clean n clear jerh. hehe. (Hakikat...terpaksa pakai foundation + bedak compact se Inches). Uhukkk.

Thursday, September 8, 2011

Salam Aidilfitri 2011 (Part 2)

Untuk post Hari Raya (Part 2) kali ni, mau berkongsi beberapa gambar yang sempat di ambil. Kebanyakkan adalah lokasi perngambaran yang sama dan posing pun lebih kurang sama. huhu. Ok la dari tak ada langsung.

Ni adalah aktiviti dan lokasi persinggahan kami sekeluarga mertua pada hari raya.

Day 1 :
  1. Singgah rumah Maklong (Kampung Pandan)
  2. Singgah Kubur nenek (Jalan Kuari)
  3. Rumah saudara (Lembah Jaya)
  4. Rumah mertua Kak Long / Kak ipar
  5. Petang Tido - Malam Tido
Day 2:
  1. Raya rumah jiran
  2. Bukit Tinggi
  3. Petang Tido - Malam Tido
Day 3:
  1. Start keje kat office baru
  2. Malam tengok wayang / Dating with en.suami.

Huhu.... tak banyak lokasi persinggahan untuk raya kali ni. Yerla saudara mara belah en.suami tak ramai, tu yang sampai kitorang sempat beraya kat Bukit Tinggi tu. hahaha. Itu pun lepak tak lama, sebab kat sana ramai giler orang datang bercuti especially bangsa lain.

Ahli keluarga belah en.suami. Kami paling besar yerh.

Bersama anak buah pertama en.suami. Ini budak sangat hyper active. Sesaat tak boleh diam. Penat nenek nye menjerit-jerit dalam rumah. hehehe.

Taraaa....Bukit Tinggi. Second time sampai kat sini. First time masa bercinta dulu. hahaha

Ni je gambar laki bini yang sempat dirakam di Bukit Tinggi.

Budak yang tak pernah rasa takut. Sume benda dia pegang n picit.

Saturday, September 3, 2011

Salam Aidilfitri 2011 (Part 1)

Rasanya belum terlambat buat aku untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali dan tidak seberapa mengenali aku. Mintak ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau aku ada buat salah samaada dengan sengaja atau tidak. Lagi-lagi sepanjang aku merepek kat blog ni. Segala isi tersurat dan tersirat dalam blog ni sekadar luahan rasa yang tulus dari hati kecil aku, yang mungkin kadang-kadang berbunyi cam orang meroyan, maki hamun, menyindir, tak bersyukur, bla...bla...bla... erkk. Ampunnnn!!!

Kembali kepada sambutan Aidilfitri.

Sebelum ni aku ada post tentang Persiapan Raya, so dari situ faham-faham la camne keadaan aku menyambut hari kemenangan umat islam kali ni. Dan dengan confident nya, tahun ni adalah raya paling simple habis buat aku. Mana tak nya, 2 - 3 bulan sebelum raya aku dah kehilangan nafsu untuk mencantikkan diri, en.suami, dan rumah. Lagi-lagi dengan budget yang sangat terhad.

Bila dah raya- tengok kawan-kawan upload gambar raya diorang dengan berpakaian baru + warna sedondon dengan pasangan atau keluarga, DAN keadaan rumah yang indah dengan deco-deco yang simple tapi kemas.... Mula la rasa menyesal sebab tak nekadkan hati untuk mengharmonikan hari raya yang setahun sekali ni. Bak kata orang, pakai barang-barang lama tak semesti nya tak cantik. Yang penting kita kena pandai kitar semula atau pandai-pandai la mix & match barang-barang / pakaian tu supaya nampak menarik.

Frustrated 5 minit kejap ----- Dah-dah benda dah lepas. Itu je yang termampu nak sedap kan hati. hahaha.

Ni jer gambar raya laki bini. En.suami dengan baju raya tahun lepas tak berbutang penuh, dan aku pulak baju raya tahun bila entah + tudung konvo yang dah lusuh dek tercuci dalam mesin basuh 2 hari sebelum raya.

COMOTTTT. (T___T)
Maaf en.suami, isteri mu masih belum jadi isteri yang baik


bersambung...............