
Ahakz... mesti terkebil kejap mata korang baca title aku ni. Lagi-lagi KALAU lah en.suami daku yang baca. Ngehngeh... =P.
Actually post kali ni tak ada kene mengena pun pasal aku seorang lesbian okey!!! Aku
NORMAL, dan hanya bernafsu kepada lelaki sahaja. Uhuuu. Post ni berkaitan dengan apa yang aku
R.A.S.A terhadap ciptaan Allah yang bergelar
PEREMPUAN. Bukan pasal rasa cintan-cintan yerh.... kalau dah masuk bab cintan tu confirm la aku ni lesbian. hahaha.(Nauzubillah).
Sebenarnya, sekarang aku suka tengok
perempuan SWEET. Tak berapa pelik tapi benar. Habit ni
sejak kahwin + umo hujung 20-an, maybe terasa dah sampai waktu nak
membersihkan diri dari perasaan TAK BEST dengan kelebihan orang.
Aku
jadi 'kisah' tentang
cantik nya mereka + cun nya mereka + hebat nya mereka + glamer nya mereka, sejak aku start
Diploma (18 tahun + hingusan + zaman baru nak UP...lambat tol). Masa tu baru reti
campur orang + nilai & komen pasal orang. (Sebuk je kan...hehe). Bila tengok orang lebih, mula la rasa dengki. Bila tengok orang kurang, mula la rasa diri jalan mendongak ke langit. Iysh...iysh....iysh....
Jadi 'kisah' aku
betul-betul teruX bila seorang
kenalan aku ada
member dengan seorang gurl yang kategori CANTIK + GLAMOR jugak la.
1st time jumpa...aku Ok jeh. Tak ada la aku nak ambik tahu sangat hal dia. TAPI yang buat aku rasa TAK BEST coz setiap kali kitorang berjumpa dengan tak sengaja, dia macam
harap aku jerh
tegur + senyum kat dia dulu. Tahu la awak tu suweeet, tapi jangan la buat macam awak tu nak bertegur + kawan dengan orang
sama standard awak jerh.
Memula dari tu la....
silent competition bermula.
(Aku je la kot). Tapi tak ada la sampai nak
rosakkan life + bomoh kan dia. hahaha. Giler apa kalau dah smpai tahap camtu. Cam dah betul
tak redha dengan kurniaan yang ada. Cuma aku
suka skodeng-skodeng @ menyebuk senyap-senyap nak tahu pasal life dia.
Buat apa? Kerja apa? Berjaya ke? Gagal ke? (Oit..oitt..Sekodeng sekali sekala je laaaaaaaa, Dan itu pun DULU-DULU jer.)
Kalau nak cite satu-satu apa yang aku skodeng, memang panjang gila la post aku ni. By the way, aku pun
TAK NAK fikir lagi sikap lama aku tu. Yang sememangnya sangat...sangat....sangat TAK BEST + membuang masa.
Yang penting sekarang aku dah tak peduli pasal orang lain. Masing-masing ada kelebihan.
Bukan semua orang yang
hebat luaran, OTAK nya Tiptop. Betul tak?. Actually, kalau orang Ok ngan aku, aku Ok je. Tapi kalau tengok orang tu asyik nak Up diri sendiri, memang aku blah awal-awal la. Tak kuasa aku!!! huhu.
Bila
fikir baik buruk, macam
tak salah kot aku sekodeng
keBEST'an hidup orang, atleast ia akan jadi
pembakar semangat aku untuk menjadi orang
lebih baik + maju kehadapan + bermatlamat + berazam + bercite-cita + dll. Walaupun pada asalnya memang bermula dari keDengki'an melihat kelebihan luarang orang. Peace YOoo~~ (^__^)v
Kesimpulannya,
TAK SYOK la ada feeling jealous ni. Especially hal-hal yang memang kita tak boleh nak ubah.
Sakit jiwa raga kot kalau kita asyik fikir pasal orang. Kalau awak tu dah kategori sedang-sedang, so terima je la as sedang-sedang sahaja (Ayat untuk muhasabah diri sendiri).
***Hurm... betul ke apa aku merepek kat atas ni? Ke perasaan aku je kot. Entah-entah dia pun segan nak bertegur ngan aku. hehe. Maaf yer kepada mereka yang berkenaan. =P
***Dalam tahun ni kot, aku ada jumpe seorang lagi gurl yang LEBIH Suweeet. Suka sangat tengok muka dia. Dalam hati, mudah-mudahan anak aku nanti (jika ada rezeki), akan berwajah macam gurl tu bila besar <----- Ni ikhlas punya. Bukan untuk nak bersaing-saing.