Saturday, April 2, 2011

Lesbian Kah Aku ???

Ahakz... mesti terkebil kejap mata korang baca title aku ni. Lagi-lagi KALAU lah en.suami daku yang baca. Ngehngeh... =P.

Actually post kali ni tak ada kene mengena pun pasal aku seorang lesbian okey!!! Aku NORMAL, dan hanya bernafsu kepada lelaki sahaja. Uhuuu. Post ni berkaitan dengan apa yang aku R.A.S.A terhadap ciptaan Allah yang bergelar PEREMPUAN. Bukan pasal rasa cintan-cintan yerh.... kalau dah masuk bab cintan tu confirm la aku ni lesbian. hahaha.(Nauzubillah).

Sebenarnya, sekarang aku suka tengok perempuan SWEET. Tak berapa pelik tapi benar. Habit ni sejak kahwin + umo hujung 20-an, maybe terasa dah sampai waktu nak membersihkan diri dari perasaan TAK BEST dengan kelebihan orang.

Aku jadi 'kisah' tentang cantik nya mereka + cun nya mereka + hebat nya mereka + glamer nya mereka, sejak aku start Diploma (18 tahun + hingusan + zaman baru nak UP...lambat tol). Masa tu baru reti campur orang + nilai & komen pasal orang. (Sebuk je kan...hehe). Bila tengok orang lebih, mula la rasa dengki. Bila tengok orang kurang, mula la rasa diri jalan mendongak ke langit. Iysh...iysh....iysh....

Jadi 'kisah' aku betul-betul teruX bila seorang kenalan aku ada member dengan seorang gurl yang kategori CANTIK + GLAMOR jugak la. 1st time jumpa...aku Ok jeh. Tak ada la aku nak ambik tahu sangat hal dia. TAPI yang buat aku rasa TAK BEST coz setiap kali kitorang berjumpa dengan tak sengaja, dia macam harap aku jerh tegur + senyum kat dia dulu. Tahu la awak tu suweeet, tapi jangan la buat macam awak tu nak bertegur + kawan dengan orang sama standard awak jerh.

Memula dari tu la....silent competition bermula. (Aku je la kot). Tapi tak ada la sampai nak rosakkan life + bomoh kan dia. hahaha. Giler apa kalau dah smpai tahap camtu. Cam dah betul tak redha dengan kurniaan yang ada. Cuma aku suka skodeng-skodeng @ menyebuk senyap-senyap nak tahu pasal life dia. Buat apa? Kerja apa? Berjaya ke? Gagal ke?

(Oit..oitt..Sekodeng sekali sekala je laaaaaaaa, Dan itu pun DULU-DULU jer.)

Kalau nak cite satu-satu apa yang aku skodeng, memang panjang gila la post aku ni. By the way, aku pun TAK NAK fikir lagi sikap lama aku tu. Yang sememangnya sangat...sangat....sangat TAK BEST + membuang masa.

Yang penting sekarang aku dah tak peduli pasal orang lain. Masing-masing ada kelebihan. Bukan semua orang yang hebat luaran, OTAK nya Tiptop. Betul tak?. Actually, kalau orang Ok ngan aku, aku Ok je. Tapi kalau tengok orang tu asyik nak Up diri sendiri, memang aku blah awal-awal la. Tak kuasa aku!!! huhu.

Bila fikir baik buruk, macam tak salah kot aku sekodeng keBEST'an hidup orang, atleast ia akan jadi pembakar semangat aku untuk menjadi orang lebih baik + maju kehadapan + bermatlamat + berazam + bercite-cita + dll. Walaupun pada asalnya memang bermula dari keDengki'an melihat kelebihan luarang orang. Peace YOoo~~ (^__^)v

Kesimpulannya,TAK SYOK la ada feeling jealous ni. Especially hal-hal yang memang kita tak boleh nak ubah. Sakit jiwa raga kot kalau kita asyik fikir pasal orang. Kalau awak tu dah kategori sedang-sedang, so terima je la as sedang-sedang sahaja (Ayat untuk muhasabah diri sendiri).





***Hurm... betul ke apa aku merepek kat atas ni? Ke perasaan aku je kot. Entah-entah dia pun segan nak bertegur ngan aku. hehe. Maaf yer kepada mereka yang berkenaan. =P

***Dalam tahun ni kot, aku ada jumpe seorang lagi gurl yang LEBIH Suweeet. Suka sangat tengok muka dia. Dalam hati, mudah-mudahan anak aku nanti (jika ada rezeki), akan berwajah macam gurl tu bila besar <----- Ni ikhlas punya. Bukan untuk nak bersaing-saing.

2 comments:

Anonymous said...

best la n3 ni...same la pasaan kite...sgt2 same..hahaha...tah ape2 je kan biel ade pasaan cm2..

Anonymous said...

*biel = bile..typing error plak..:)