Wednesday, August 8, 2012

Ingin Kelahiran Baru

Assalammualaikum. Sebelum tu nak minta maaf kalau ada yang tak berapa suka tentang post-post yang aku buat. Yerla tak abis-abis post tentang kehidupan motherhood aku ni. Biasa la ibu muda anak satu, excited lebih...kalau boleh semua benda nak share. =) . 

Jika semalam aku ada bagi tahu yang Hakim baru je nak masuk 8 bulan. Percaya tak...dalam Hakim baru sebuk nak belajar berdiri, aku dah berangan-angan nak seorang lagi. Actually dah mula berangan sejak Hakim 4 bulan lagi, waktu tu Hakim dah pandai di ajak ketawa. Tapi sekarang ni keinginan semakin menjadi-jadi pulak. Memang happy sangat bila anak kita dah mula faham apa dengan yang kita sedang selorohkan. Haa..masa tu mula la fikir nak bagi dia kawan. hihi. Mungkin faktor lain jugak yang aku ni memang dari dulu suka budak.


Kalau ikut pandangan doctor, seeloknya biar la jarak 2 tahun. Kasi anak kita tough dulu. Yes it's true. Aku tak ada apa-apa nak comment sebab mereka lagi expert bab penjagaan.

Kalau ikut pandang rakan-rakan berstatus ibu, 80% dari mereka pun sama cam padangan doctor. Cuba nak menjarakan umur anak mereka. Selain mengstabilkan kehidupan mereka.

Kalau ikut pandangan en.suami, dia pun nak Hakim besar sekit baru kasi adik. Mungkin jugak dia nak kasi ekonomi kami betul-betul stabil. So tak ada la rasa cam hari-hari kerja keras semata-mata nak bayar sewa itu ini sahaja. Kalau boleh adalah ada wang simpanan cikit buat backup masa depan. =)

Ok...nama je pandangan kan, tapi tak ada la en.suami kata TAK BOLEH langsung dan betul-betul bertindak keras dengan family planning dia tu. Bila ajak ehem-ehem tak ada pun dia banyak cerita dan suruh ikut macam-macam syarat. Dia faham...tak baik sekat-sekat benda baik. Anak tu rezeki dan dah terbukti, dengan kehadiran Hakim, rezeki kami semakin murah. Walaupun en.suami terpaksa kerja keras seorang diri, dan aku as assistant just boleh bantu sambil-sambil je. Yerla kan aku jaga anak aku sendiri. hehe.

Kalau ikut pandangan aku, aku tak kisah anak rapat-rapat. Tapi jangan la target 10 orang, 10 tahun jugak kau nak kasi langsai semua...wahh...tak sempat nak bernafas nak kene hadap labor room lagi. huhu. Yang terpenting, apa-apa jenis perancangan sekali pun la... family planning ke, economic planning ke, apa-apa je la.. semua mesti atas persetujuan en.suami. Kalau en.suami rasa mampu, teruskan jangan sekat-sekat. Jangan bagi alasan bukan-bukan untuk tak nak ada anak, sebab apa yang kita ucapkan tu adalah doa. 

Kita pulak kena yakin dan kuat semangat yang kita ni mampu hadap susah senang waktu mengandung, beranak dan besarkan anak tu. Semuanya makan tahun yer, bukan main minit-minit atau jam-jam. En.suami confirm-confirm la kena perah keringat dan fikir strategi baru untuk meningkatkan economi keluarga. Yang ibu-ibu ni pulak lebih focus kepada anak-anak, pada kata erti lain  fizikal, emosi, mental kene tough untuk hadapi kerenah anak-anak yang semakin membesar.

Susah + Senang =  Sabar

Membawa anak dalam perut selama 9 bulan 10 hari bukan la suatu yang mudah. Bila dah keluar nak kena jaga pulak. Nak jaga budak bukan cam jaga kucing. Kalau tak kuat fizikal, metal, emosi memang boleh meroyan. Kalau jenis suka cari duit cam aku ni, bila datang tamak..mula la anak letak tepi, n kita dok ngadap kerja je. Tapi sanggup ke kita dah susah payah mengandung dan beranak, tiba-tiba anak kita membesar dalam keadaan kurang kasih sayang. Dan akhirnya bila anak kita dah besar jadi anak yang kurang berjaya... Nak? Nak? mesti tak nak kan...... So tepuk dada tanya diri, kita perlu buat pengorbanan. Jangn ikut sangat kerja duniawi ni. 

Sekarang ni, aku selalu ingatkan en.suami yang aku memang tak boleh commit dengan kerja 100% sebab aku terlalu sayangkan anak aku. N hopefully en.suami faham dan sama-sama mencari rezeki didunia ni perlahan-lahan. Insyallah aku akan selalu bagi sokongan dari belakang. 

Comel baby gurl ni kan.


Mudah-mudahan Allah mengizikan kami lagi untuk mendapatkan zuriat yang baik dan sehat pada masa akan datang. Insyaallah. Dan mudah-mudahan Allah kurniakan juga zuriat yang baik-baik kepada saudara-saudara dan kenalan-kenalan aku. AMIN

Tuesday, August 7, 2012

Gegambar Budak Bujang - 8 Bulan

Aloo...alooo... i'm back!!!! Ecehhh poyo.

Lama jugak tak layan blog. Bukan busy tapi kekurangan idea + kemalasan yang amat untuk mengarang. hihi. Bukak je blog...oooo Kak Sofia baru follow (Geng mak jemah Mymanutd). Latest post beliau adalah 'Gambar semate-mate'. Ok...mau share gambar jugak la, sebab tak ada info ilmiah untuk dikongsi. hehe

Ehh sebelum tu nak buat ucapan Salam Ramadhan buat semua yang mengenali diri ini walaupun dah masuk minggu ke-3 Ramadhan. Ahakzz.

Perkembangan terbaru hero kecik aku adalah kini Hakim dah nak masuk 8 bulan. Alhamdullilah kejap je dah besar. Sedar tak sedar dah banyak fasa pembesaran yang telah Hakim lalui. Dari tak tahu apa-apa, kini dah pandai zahirkan emosi gembira, excited, sedih, merajuk, keinginan, dll. 

Jom layan gambar....

 Gambar terbaru - Kini melalui fasa belajar berdiri dan memanjat. 

 Aksi budak lepas jatuh katil. Pic belah kanan tu menunjukkan benjol + lebam. 
Menggigil ibu bila dengar bunyi gedebukk anak oiiii...lain kali kalau terjaga dari tido, sila jerit yer....jangan memanjat..awak tu kecil lagi.

Hoyee baru dapat toy baru. Terima kasih Mak Izz , seronok dapat beli toy yang murah-murah. Save budget ibu.

Perkara yang paling digemari. Gigit....gigit....gigit...... semua benda nak gigitttt.

Gambar ni masa umur 6 bulan rasanya.

Mangsa keadaan. Sian kena paksa posing. Masa ni Hakim baru 1-2 bulan.

Thursday, June 14, 2012

Puri Buah Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Pejam celik kejap je dah bulan Jun + dah nak abis setengah tahun 2012 + dah nak dekat Bulan Ramadhan dan Syawal pun. Fuhhhhhh......

Bulan ni Hakim dah genap 6 bulan, so dah tiba masanya bagi dia solid food secara serius. Ecehh. Sebelum ni dah pun sua-sua buah kat mulut dia tapi tak la banyak. Saja kasi intro. Bubur nasi dan sewaktu dengannya memang tak la kan. Coz sistem penghadaman baby masih belum matang. Kesan jika beri terlalu awal solid food ni akan menyebabkan usus anak kita akan luka. Paling tak best kalau anak kita sembelit.

2 minggu sebelum Hakim 6 bulan, aku ada kasi Hakim try biskut Milna. Habis gak la 1/4 - 1/2 biskut tu setiap kali dia makan. Aku bagi dalam bentuk pejal dan bubur...selang-selang hari. Disebabkan tiap kali makan mesti habis, so bertambah yakin Hakim dah bersedia nak makan solid food.

Ok ini SALAH!!! aku tercepat 1 step. Sepatutnya aku tak boleh bagi lagi biskut Milna tu dulu. Kisahnya...hakim sembelit seminggu. Apa lagi kelam kabut dibuatnya. Untung Hakim tak kembung perut dan tak meragam 24 jam. Ada la sesekali nampak cam dia mengeran cam orang nak ookook tu. Kesian je tengok. Last-last kentut je keluar, bau kentut tu memang tak hengattt la. Aku dan en.suami pun tak lalu nak bau. hehe.

Setelah mengalami situasi anak sembelit, mula la misi membaca blog dan forum ibu-ibu. Ok masa ni baru la aku tahu rupanya kena intro dengan puri buah atau puri sayur. Kasi perlahan-perlahan perut tu kenal dengan makanan. (T____T)

Berikut adalah antara Puri Buah pilihan ibu-ibu: Puri Epal, Puri Pear, Puri Pisang, Puri Betik, Puri Avocado


Peraturan 4 hari ?

Peraturan 4 hari ni bermaksud kita memberi 4 hari berturut-turut makanan yang sama kepada anak kita. Ia bertujuan untuk memudahkan kita detect makanan yang yang boleh mendatangkan elergik. Lepas 4 hari baru la tukar makanan lain, selain anak kita pun tak la bosan makan benda yang sama.



Puri Pisang campur Fresh bf


Resepi pertama Puri buah yang telah aku buat adalah puri pisang. Pisang tu aku lenyek dengan sudu dan ditapis agar dapat tekstur yang halus. Lepas tu campurkan sedikit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya. Puri pisang ni buat sekali je coz tengok cam Hakim tak suka makan. Ke sebab masa aku bagi tu dia dah meragam ngantok nak tidur? Ke tekstur terlalu kasar? Ke sakit perut sebab tak berak? Ke memang tak sedap? so dia TAK NAK makan. hehehe

Ok la cari resepi puri buah lain, walaupun sepatutnya kena ikut peraturan 4 hari masa kita nak bagi bayi kita makan. 

Peralatan asas. Penapis dan pemarut.


Resepi kedua puri buah untuk Hakim adalah puri betik. Cara nak buat puri ni pun sama cam puri pisang tadi. Parut kalau nak cepat, dan lenyek kat penapis untuk mendapatkan tekstur yang halus. Lepas tu campurkan sedikit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya. Kalau ibu-ibu yang berkerja tak sempat nak sediakan fresh bf untuk dicampurkan dalam puri tu, letak stok ebm atau susu formula. Kalau tak sempat jugak, letak je la air masak.

Oh ya nampak gaya puri betik menjadi kesukaan Hakim. Menjerit dia bila aku suap lambat. hehe.

Kalau tengok gambar stok puri yang kat atas ni, warna kuning tu puri mangga....warna merah tu puri betik. Actually buah mangga tu untuk aku makan tapi tak abis, so aku buat puri. Nak buang bazir. Hakim masa umur 4..5 bulan pun memang tok nenek dia suka sua hujung lidah dia dengan buah mangga ni. Memang dia suka sangat. Cara nak buat puri mangga ni pun sama je cam puri betik dan pisang. Tapi make sure beli mangga yang tak ada berserat.




*** Bila dah jadi mak budak ni, baru aku tahu... bertapa indah melihat anak kita poopoo setiap hari. Masa tu kita tahu kita dah bagi makan minum yang cukup dan betul. Tapi bila dah seminggu tak poopoo... haaaa masa tu memang kelam kabut dibuatnya. Mula la salah kan itu salah kan ini. hihi

Thursday, May 17, 2012

Tanggungjawab & Naluri

Menjadi seorang ibu itu adalah sesuatu yang indah. Disebalik keindahan itu, seorang ibu mempunyai suatu tanggungjawab yang sangat besar. Semua orang tahu itu bukan....

Peranan seorang ibu bukan sekadar melahirkan, menyusukan, mendidik, bla..bla..bla...seperti yang kita tahu selama ini. Tetapi peranan seorang ibu yang sebenar adalah menjalankan semua tanggungjawab dengan sulaman kasih sayang yang tulus dan ikhlas. So maknanya BUKAN...; asal budak tu nangis...kita sumbat susu; asal budak tu poopoo...kita tukar pampers; asal budak tu dah sempit baju...kita beli baju baru; asal cukup umur...masuk sekolah; bla...bla...bla.... . bukan...bukan.... Gabungan emosi ibu dan anak adalah perkara terpenting untuk menjamin rasa kasih dan cinta antara satu sama lain sampai bila-bila.

Ok la tak nak terlalu umum sangat cerita tentang peranan seorang ibu.....

Nak cerita pengalaman aku sendiri. Masa entry ini dibuat, Hakim baru je masuk 5 bulan. So nak kata dah ada banyak pengalaman sangat tuu tidak la kan. Off course masih kelam kelibut untuk memahami kerenah si kecik yang dah semakin membesar. Cuma apa yang aku rasa, kini aku berperang dengan diri sendiri untuk menjadi ibu yang baik walaupun mustahil  untuk menjadi ibu yang sempurna.

Tahu tak.....
  1. Setiap kali Hakim tido - aku akan mula berfikir... Cukup ke kasih sayang yang aku beri pada dia pada hari itu? Ada ke aku abaikan dia pada hari itu? Apa yang dia belajar dari aku pada hari itu? Adakah aku memaksa dia untuk belajar? Adakah dia suka apa yang aku buat untuk dia? dan bermacam 1001 persoalan lagi yang kadang-kadang buat aku rasa seperti masih tidak layak untuk menjadi seorang ibu.
  2. Sekarang Hakim masih fully BF. Bagi pun direct, tak ada pun buat EBM n letak dalam botol. Hati aku akan rasa sayu + sedih tiap kali Hakim dah masuk ke alam separa tido.....aku pulak terpaksa menarik cik P dari mulut dia. Bukan tak kasi si kecik menikmati rezeki susu gantung atau bergayut hingga betul-betul hanyut, tapi kita ni pulak yang kadang-kadang terfikirkan kerja-kerja rumah dan kerja yang harus diselesaikan segera. 
  3. Aku akan senak perut + terkedu + sedih + bla..bla... dan kadang-kadang terkeluar air mata bila terlihat atau tertengok gambar atau vedio penderaan kanak-kanak. Atau kisah kanak-kanak OKU atau kanak-kanak miskin yang makan entah hape2 + tinggal ditempat yang naif... dan paling tak tahan..iklan-iklan commercial yang mempunyai motif kasih sayang ibu anak pun dah cukup membuat aku terkeluar air mata.Ohh yer....cerita anak ambil keputusan cemerlang UPSR, PMR, SPM pun aku nangis. =P
  4. Kes vedio baru-baru ni yang si ibu mental memukul bayinya dengan bantal + mencubit + menendang +...(entah la....aku tak tengok vedio tu sampai habis pun....gerun). lepas seminit tengok...aku terus peluk cium anak aku. Tak sanggup anak aku diperlakukan sebergitu teruk. Mintak dijauhkan. Kenapa perempuan tu bergitu kejam dengan anak dia? tak sakit ke dia beranak dulu? 
  5. Bila anak kita tidur...tetiba ada orang datang mengganggu atau buat bising...rasa kalau aku bukan jenis yang sabar memang dah lama kene maki. Tak tahu ke budak kecil perlukan tidur yang cukup untuk membesar.... Hmm... pasal tidur anak pun bleh jadi isu kan?? hehehe

Oohh terlalu banyak benda nak dikongsi... mungkin ada orang faham tentang perasaan seorang ibu muda seperti aku. Ibu muda yang cuba untuk menjadi ibu yang terbaik.


*** Post ni ada la dekat seminggu aku taip. Mode kacau bilau, so malas nk publish. haha. Rasanya macam cerita tak abis pun ada. kuikui. Apa pun.. Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di Malaysia.

***Oh yaa... tahun ni emak wish Hari Ibu kat aku. Touching sebab aku pun terlupa nk wish kat emak. Ya Allah,ampunkan aku... Emak, ampunkan ila.

Wednesday, March 28, 2012

Supplement Ibu Anak

Sebenarnya aku ni dari dulu bukan lah seorang yang obsess dengan produk-produk penjagaan diri luar dan dalam. Bila datang pengaruh orang sekeliling baru la sebuk beli ubat itu...ubat ini...krim itu...krim ini... Tapi pakai tak lama pun, angan-angan mak jenin je. hehe. Namun perubahan berlaku sejak aku pregnant tahun lepas.


Semasa pregnant

Semua ubat yang Klinik Kesihatan Ibu Anak bagi semua aku telan, demi memastikan kandungan aku sehat tanpa masalah. Jenis-jenis ubat yang diberi adalah:
  1. Asid Folic - Sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Ia membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru. Ia juga mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang.
  2. B Complex - Ia membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan. Dan ia membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal).
  3. Ferromed - Ia membantu menambahkan darah dalam badan kita.
3 jenis ubat tu makan untuk beberapa bulan je, selepas tu stok ubat kerajaan bertukar Obimin pulak. Kata nurse semua zat dari 3 jenis ubat yang aku makan sebelum ni dah ada dalam Obimin tu. So memang sangat baik untuk ibu dan bayi. Ok...telannnn aje.

Ohh yaa, sebagai tambahan aku ada gak ambik ubat minyak ikan untuk kecergasan otak bayi dan susu Anmun untuk kekuatan tulang bayi. Minyak ikan tu aku beli kat klinik tempat aku scan perut. Susu Anmum tu rasa nya mana-mana pun boleh dapat.

Sangat favorite , Susu Anmum perisa coklat

Obimin

Minyak ikan



Selepas bersalin

Selepas merasai kesakitan bersalin, baru la aku tahu bertapa besar pengorbanan seorang ibu melahirkan kita, dan bertapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya.

Cerita tentang kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, honestly baru aku faham apa makna bagai menantang minyak yang penuh. Setiap perkara yang kita lakukan.... setiap apa yang kita makan minum.... kita pasti fikirkan tentang anak. Adakah ia akan memudaratkan dia? Akan menyakitkan dia?

Siapa taknak melihat anak sendiri membesar dengan baik. So sebagai langkah awal aku ambil supplement yang tak berapa nak mahal tetapi dah mempunyai feedback positif dari para pengguna. Sesuai la dengan budget aku sekarang ni. Bukan kedekut untuk anak.. cuma itu je aku mampu. Paling penting aku dapat menghasilan susu yang banyak dan ia mempunyai nitrusi yang baik untuk anak aku. Disamping menguatkan tubuh badan aku sendiri. Insyallah.

Bawah ni adalah 2 jenis suppliment yang aku ambil:

  1. Hi-Goat - Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting. Menolong mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, penyakit kuning, asma, susah tidur, penyakit kulit, hepatits A, migrain dan msalah buah pinggang. Ia juga menguatkan paru-paru dan sistem imum dan mengandungi nutriesn yang mengurangkan risiko pengakit arthritis (inflamasi sendi). Selain mengawal tahap gula dalam darah dan meningkatkan daya kepekaan dan tumpuan.
  2. Jus Kurma & Kismis (D'Genius) - Kandungan sebenar ada Kurma, Kismis, Habbatus Sauda, Madu Asli, Za'faron (Safron), Buah delima, Buah Tinn, Air Zamzam dan bacaan ayat Quran. Rasanya semua orang tahu khasiatnya kan...

Jus Kurma & Kismis (D'Genius) & Hi-Goat


Sebenar-benarnya......

(Pertama) aku sedekit fobia nak makan ubat doktor @ penggunaan bahan kimia. Tahun lepas muka aku bengkak cam kene cucuk tebuan. Ni gara-gara tersalah ambik antibiotik.
(Kedua) Anak aku ada G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase), ia merupakan sejenis enzim di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. So apa jua benda yang aku nak makan, aku kene tahu apa nutrisi yang ada dalam makanan/ubatan tu. Kalau tidak ia akan mendatang kan effect pada susu badan aku dan for sure pada anak aku. Nanti la kalau aku rajin aku buat post pasal G6PD ni.
(Ketiga) Susu Kambing @ Hi-Goat dan semua kandungan dalam D'Genius adalah makanan sunnah nabi. So aku sangat yakin dengan khasiat dalam semua makanan tu dan yakin ia tidak akan mendatangkan mudarat. Disamping dapat kumpul pahala. Insyaallah.

Monday, March 5, 2012

Ikut Suka Hati Aku & Restu Mak Ayah

2 pagi - Baru nak join hero kecik tido, tetiba teringat beberapa topik perbualan / perbincangan dengan beberapa pihak sekitar 2, 3 tahun yang lepas. Masa tu aku masih BUJANG. hahaha

Kebanyakkan topik tersebut merupakan topik yang berunsur hala tuju kehidupan dan kekeluargaan. Dan bagi aku, masing-masing mempunyai kebebasan bersuara dan memberi pendapat. Nak dengar or tak ikut sukaaa la. Nak bising-bising pun ikut sukaaa la. Nak senyap pun ikut sukaaa la.

Aku bukan nak bercerita apa yang aku bualkan dulu. Tapi aku cam terfikir bertapa lurus dan degil nya aku ni. Dan bertapa aku ni hanya mendengar cakap mak dan ayah aku sahaja, tanpa mengambil sedekit pun pendapat orang lain. Dan bertapa aku sangat terlebih yakin dalam membuat sesuatu keputusan penting.

Contoh;

Ada suatu perbualan antara aku dan makcik sorang tu, bukan main berapi-api dia bagi pendapat dan nasihat kat aku. Risau sangat aku tersilap langkah. Ok masa tu aku baru 23 tahun, boleh kategori beringus... tapi entah kenapa dengan yakin dan slamber aku menjelaskan kenapa, mengapa, why....why... aku buat keputusan tersebut. Hmm.. lebih kurang penjelasan aku tu boleh dikatakan penjelasan budak degil. (tp dengan nada baik tanpa beremosi oke). Dipendekkan cerita setelah sekiannnnn lama, aku difahamkan dari sumber-sumber tertentu yang makcik tu sedekit bengang sebab apa yang dia nasihatkan kat aku tu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ok fine....makcik tu memang langsung tak setuju apa yang aku nak buat.

Fuhhh...senang cite la, selagi mak ayah aku tak bising-bising atau menolak bulat-bulat apa yang aku nak buat, memang pendapat dan nasihat orang luar aku tolak tepi je. Uhuuu. Lagi pun aku tak rasa pun, apa yang aku nak buat tu penting bagi orang lain.




Hmmm..jujur dari hati, memang kadang-kadang aku buat sesuatu tanpa berfikir panjang. (DULU). Aku boleh rasa kerisauan mak dan ayah terhadap aku. Tapi mungkin naluri mereka kuat yang mengatakan aku mampu buat. So mereka izinkan. (Banyak perkara yee). Conclusion, even sekarang ni kehidupan aku bukan lah kategori orang yang hidup senang lenang, tapi dari restu dan keizinan mak ayah... aku rasa bahagia dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Saturday, March 3, 2012

1st time Menyiarap & Demam

Hari ini Hero Kecik....


1st time menyiarap.

Setelah tekun berusaha mengangkat kepala tanpa bantuan seminggu ini, dan beberapa kali gagal dalam percubaan memusingkan badan sendiri. Dan akhirnya...hoyee.. berjaya berpusing sendiri walaupun sekejap. Tahniah anak ibu.


1st time demam.

Memang setiap hari aku akan periksa suhu badan si hero. Pagi tadi dah terasa badan hero aku suam-suam. Aku just consider maybe lepas bangun tido. Selalu camtu laa. Tapi hari ni - Masuk ke tengah hari, panas tak hilang. Masuk ke petang, panas still tak hilang. Yang cemas sekit bila kepala dia pulak panas. Dengan itu.........zasssssssss ubat demam 2ml segera diberi. N apa lagi..nangis tak terperi. N now tengah tido. hihihi.

(Okee anak aku dah tunjuk ciri-ciri tak suka makan ubat. Hari tu makan ubat buang kahak pun nangis tak hingattt.)

Hmm ke mungkin demam nak tumbuh gigi kot? erkk.....ada ke baby baru nak masuk 3 bulan dah nk tumbuh gigi????? Tapi kan...memang dalam 1-2 minggu ni, si hero ni gigih mengisap + menggigit tangan aku n en.suami. Pandai cari lak tu. Kalau tak dapat, tangan sendiri pun jadi.


Bila demam, gunakan Kool fever.

Tekun kn.....

Saturday, January 28, 2012

Air Mata Pertama...Ohh Anak Ibu~~

Tarikh ini ----> 27 Januari 2012

Umur Hakim dah genab 50 hari. Hari ni jugak 1st time nampak air mata dia keluar. Aaaaaaa.......sangat teruja walaupun pada awalnya kesian sebab anak manjaku dah menangis + cebekkk sesangat coz aku tak pujuk pokpok dek terlambat bagi susu.

Monday, January 16, 2012

Gembira & Dugaan - Tahun 2012

1 January 2012 - Tarikh tu adalah last entry aku sebelum ni dan ia berkaitan Pantang n Diet. Sepatutnya post yang paling utama yang harus aku publish untuk tarikh itu adalah berkaitan Wedding Anniversary aku. Tapi disebabkan entry Pantang n Diet tu asyik postpone je untuk di publish, so aku publish la dulu entry tu. Dan mengambil keputusan untuk merepek tentang Wedding Anniversary aku kemudian.


Ucapan sempena Wedding Anniversary - Happy 2nd Wedding Anniversary to my lovely husband...Mr.Mok @ Encik Mohd Firdaus. I love U sooooooo much~. Mudah-mudahan hubungan kita sentiasa bahagia dan kekal hingga ke liang lahat. Dan Alhamdullilah dengan kehadiran permata hati kita Muhammad Sufi Hakim, mudah-mudahan ikatan kasih sayang kita bertambah erat dan sentiasa mendapat restu dari-Nya. AMIN.

(Tak sempat nak buat entry KHAS untuk Wedding Anniversary kami sebab...............)



DUGAAN MELANDA~~~~

Tak sangkaaaaaaaaa masuk je tahun baru, dugaan yang sangat hebat melanda keatas keluarga aku. Seperti diceritakan pada entry sebelum ni, kami baru je selamat melangsungkan kenduri kesyukuran 31/12/11. Dan tanggal 1/1/12 adalah hari istimewa buat kami suami isteri, TAPI tiba-tiba mak aku pulak jatuh sakit.

Sakit apa? Dan macam mana ia berlaku?

Cukup la aku cakap, darah tinggi mak aku tiba-tiba naik mendadak. Dengan serangan sakit kepala yang amat kuat telah membuatkan mak aku diserang Strok separuh badan. Ya Allah terasa seperti batu menghimpap dikepala. Aku nampak sendiri bagaimana ia berlaku dalam tempoh 2 hari pertama tu.

Maaf....tak termampu nak bercerita kejadian-kejadian luar biasa yang telah berlaku dirumah sebelum mak dikejarkan ke hospital. Yang pasti mak sendiri dan seluruh keluarga kami tidak menyangka sakit kepala dan darah tinggi tersebut telah mengubah sedekit kehidupan kami.


Dalam tempoh 2 minggu -

Mak berada di Hospital Ampang (3..4 malam) dan selebihnya berada di As-Syifa Bangi. Kesian pada mak jangan di hitung....hanya Allah je tahu. Dan kesian juga pada ayah. Pagi-pagi dah datang melawat mak, mandikan...suap makan...dll. Dalam tempoh 24jam, jika diberi peluang untuk menjaga mak...dah tentu ayah akan setia berada disisi mak. Namun peraturan menetapkan lelaki tak boleh berada di wad di sebelah malam. Mujur ada kakak-kakak mak yang datang dari Perak yang sudi menjaga mak untuk beberapa malam.

Nak harap adik bradik aku? Abang-abang dan adik lelaki aku, waktu siang ada je yang bergilir-gilir jaga mak. Malam confirm tak boleh. Nak harap adik perempuan aku pulak, sesi sekolah dah start so tak boleh stay malam kat hospital. Siang lepas balik sekolah je baru dia datang membantu. Lagi pun dia masih kategori kecik, tak termampu dia nak jaga mak aku seorang diri.

Nak harap Aku? Ya Allah....aku cuma berharap semua orang faham bertapa aku sayang pada mak aku, dan teringin nak jaga mak sekaligus menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak perempuan tua. Namun aku juga punya tanggungjawab pada anak kecil aku yang masih susu badan sepenuhnya.... umur pun baru nak masuk 1 bulan. Terlalu kecil untuk ditinggalkan. Jika anak aku dah 1-2 tahun, dah lama aku sumbat botol susu dan tinggalkan pada ayahnya diwaktu malam. Mudah-mudahan mak dan lain-lain mengerti. Yup...aku hanya mampu datang pada waktu melawat sahaja. Bergilir-gilir pegang anak dengan en.suami di lobi hospital. hmm...

bersambung.....

Sunday, January 1, 2012

Ohh Berpantang....Ohh Diet....

Sebelum ni sempat taip sekit pasal "Keberkesanan Diet Sewaktu Berpantang". Tapi tak sempat nk publish coz ada 1..2 benda lagi nak tambah. Kekonon nak bagi tahu tentang bertapa best nya makan-makan diwaktu pantang tapi perut tak naik. (Memang la tak naik sebab makan pun seciput).

Nak dijadikan cerita semalam (31/12/2011) ada buat kenduri kesyukuran + tahlil + dll kat rumah mak ayah kat Cheras. So disebabkan nak pakai baju kurung dan memikirkan kesukaran untuk menyelak baju semasa menyusukan anak cumel aku, so aku MALAS la nak pakai bengkung badan yang akan menyukarkan lagi aktiviti penyusuan. (Sebenarnya 1...2 hari sebelum kenduri pun dah tak pakai sebab cuaca sangat panas =P ...)


Bila dah tak pakai...cam biasa la, tong perut longgar semula + aktiviti duduk santai makan-makan semakin mudah. So apa lagi....aktiviti ratah ayam goreng berketul-ketul pun berlaku... Perghh lazattt tak hinggat.


Petang @ Kenduri Tamat

Tiba-tiba naluri penyesalan semakin memuncak. Kenapa? OFF COURSEEEEEE perut aku dah buncit kembali. Sangat cepatttt!!!!. Pedahal hari-hari sebelum kenduri @ 3 minggu lepas... diri terasa sangat laaaa gembira coz merasa gak aku dengan perut kempis ala-ala model sabun mandi walaupun pipi masih maintain tembam. hakhakhak...



Padan muka untuk diri sendiri.

Gambar bertiga yang pertama.

Anak ibu selepas mandi

Ayah dengan cucu pertama kesayangannya.

Mak dengan menantu kedua

Geng Yassin @ Geng Mak