Monday, January 16, 2012

Gembira & Dugaan - Tahun 2012

1 January 2012 - Tarikh tu adalah last entry aku sebelum ni dan ia berkaitan Pantang n Diet. Sepatutnya post yang paling utama yang harus aku publish untuk tarikh itu adalah berkaitan Wedding Anniversary aku. Tapi disebabkan entry Pantang n Diet tu asyik postpone je untuk di publish, so aku publish la dulu entry tu. Dan mengambil keputusan untuk merepek tentang Wedding Anniversary aku kemudian.


Ucapan sempena Wedding Anniversary - Happy 2nd Wedding Anniversary to my lovely husband...Mr.Mok @ Encik Mohd Firdaus. I love U sooooooo much~. Mudah-mudahan hubungan kita sentiasa bahagia dan kekal hingga ke liang lahat. Dan Alhamdullilah dengan kehadiran permata hati kita Muhammad Sufi Hakim, mudah-mudahan ikatan kasih sayang kita bertambah erat dan sentiasa mendapat restu dari-Nya. AMIN.

(Tak sempat nak buat entry KHAS untuk Wedding Anniversary kami sebab...............)



DUGAAN MELANDA~~~~

Tak sangkaaaaaaaaa masuk je tahun baru, dugaan yang sangat hebat melanda keatas keluarga aku. Seperti diceritakan pada entry sebelum ni, kami baru je selamat melangsungkan kenduri kesyukuran 31/12/11. Dan tanggal 1/1/12 adalah hari istimewa buat kami suami isteri, TAPI tiba-tiba mak aku pulak jatuh sakit.

Sakit apa? Dan macam mana ia berlaku?

Cukup la aku cakap, darah tinggi mak aku tiba-tiba naik mendadak. Dengan serangan sakit kepala yang amat kuat telah membuatkan mak aku diserang Strok separuh badan. Ya Allah terasa seperti batu menghimpap dikepala. Aku nampak sendiri bagaimana ia berlaku dalam tempoh 2 hari pertama tu.

Maaf....tak termampu nak bercerita kejadian-kejadian luar biasa yang telah berlaku dirumah sebelum mak dikejarkan ke hospital. Yang pasti mak sendiri dan seluruh keluarga kami tidak menyangka sakit kepala dan darah tinggi tersebut telah mengubah sedekit kehidupan kami.


Dalam tempoh 2 minggu -

Mak berada di Hospital Ampang (3..4 malam) dan selebihnya berada di As-Syifa Bangi. Kesian pada mak jangan di hitung....hanya Allah je tahu. Dan kesian juga pada ayah. Pagi-pagi dah datang melawat mak, mandikan...suap makan...dll. Dalam tempoh 24jam, jika diberi peluang untuk menjaga mak...dah tentu ayah akan setia berada disisi mak. Namun peraturan menetapkan lelaki tak boleh berada di wad di sebelah malam. Mujur ada kakak-kakak mak yang datang dari Perak yang sudi menjaga mak untuk beberapa malam.

Nak harap adik bradik aku? Abang-abang dan adik lelaki aku, waktu siang ada je yang bergilir-gilir jaga mak. Malam confirm tak boleh. Nak harap adik perempuan aku pulak, sesi sekolah dah start so tak boleh stay malam kat hospital. Siang lepas balik sekolah je baru dia datang membantu. Lagi pun dia masih kategori kecik, tak termampu dia nak jaga mak aku seorang diri.

Nak harap Aku? Ya Allah....aku cuma berharap semua orang faham bertapa aku sayang pada mak aku, dan teringin nak jaga mak sekaligus menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak perempuan tua. Namun aku juga punya tanggungjawab pada anak kecil aku yang masih susu badan sepenuhnya.... umur pun baru nak masuk 1 bulan. Terlalu kecil untuk ditinggalkan. Jika anak aku dah 1-2 tahun, dah lama aku sumbat botol susu dan tinggalkan pada ayahnya diwaktu malam. Mudah-mudahan mak dan lain-lain mengerti. Yup...aku hanya mampu datang pada waktu melawat sahaja. Bergilir-gilir pegang anak dengan en.suami di lobi hospital. hmm...

bersambung.....

3 comments:

Nor Darus said...

sabar suzie.. dugaan dari Allah s.w.t. itu datang dalam pelbagai cara. moga ko lebih kuat dalam menghadapi situasi begini.. ape pu aku doakan semoga mak ko diberi kesembuhan...insyaAllah dengan izin-Nya....

Mak Izz said...

sabar byk2 yang. aku doakan mak ko cpt sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. benda nk jadi, kita sbg anak cuba sedaya upaya jaga mak sebaik mungkin. sedih sbb mak ko sakit time ko masih dalam pantang. be strong dear!

pakwan said...

semoga tabah menghadapi dugaan yg diturunkanNya.