Selepas beberapa bulan dok perhati muka n badan yang semakin kusam tak bermaya, dan tak seperti bini-bini moden yang sentiasa anggun berseri. Hari ni aku nekad nak spend more then RM100 untuk memanjakan diri di Spa. (Walaupun menggigil gak nak keluarkan duit, al-maklum tak biasa berbelanja benda-benda camni)
Niat dihati masa awal perkahwinan nak konsisten pergi tiap-tiap bulan ke Spa samaada menjalankan facial treatment atau body treatment. Kekonon untuk suami tercinta. Eceh..eceh.. Tapi disebabkan tahun lepas sebuk ngan study, terpaksa la melupakan niat tu. Tahun ni pulak, masa awal tahun sumber kewangan sangat tidak mengizinkan. Ni dah tengah tahun, bukan nak kata sumber kewangan dah banyak sangat tapi aku sendiri tak mampu melihat keadaan diri yang semakin tak mengancam langsung ala2 anak dara... hahaha
Bukan benci dengan keadaan kekusaman aku sekarang. Lagi-lagi sekarang ni memang tempoh aku akan mengalami perubahan fizikal dan hormon. Ia adalah perkara biasa bagi orang yang mengalami tempoh yang sama macam aku sekarang ni. Perasaan pun berubah-ubah. Orang kata ok, aku kata tak ok. Sebab tu hari ni terNekad pergi buat rawatan yang memang dari dulu nak buat. hehe.
Aku pergi Spa bukan buat sauna, massage, slimming treatment pun. Tu dah lebih-lebih sangat kot bagi keadaan aku sekarang. Tak sanggup nak ambik risiko. Cukup la menyedapkan hati dengan buat facial jerh. Tu pun dah hepi sangat. hehe. Yang lain-lain tu kemudian la yerh.
Selepas search lokasi Spa yang terdekat semalam, maka terjumpa la dengan Tini's Spa cawangan Ampang. Tanpa berlengah, aku serbu kedai untuk dapatkan brochure dan maklumat yang dikehendaki. Dan tengah hari tadi terus buat appointment rawatan bagi sesi petang. Yezaaaa...
Pakej pilihan hati adalah Oxyderm Treatment (Jenama produk - Dermalogica) . Consultant tu kata pakej tu adalah complete treatment bagi kulit normal cam aku. So disebabkan aku 1st time datang, dapat la harga trial. Dah alang-alang dapat harga trial, aku buat la yg complete treatment even memula tu nak buat pakej treatment yg biasa-biasa n murah je. hehehe. Pakej Oxyderm Treatment ni ada 8 routine yang perlu dijalankan, lebih kurang la. Cleanser 3 jenis + conditioners + Hydrating booster + Intensive eye repair + moisturizers + solar defense booster + serum. Harga RM144. Menarik kan? Tapi harga asal untuk pakej ni RM200+ , erkk..mampukah untuk aku meMaintainkan pakej ni untuk masa-masa akan datang? Tunggu dan lihat je nanti.
HASIL?? kurang cikit eyebag aku ni, kulit tegang sekit selepas pakai serum. Tahan bape lama tak tahu la. So far secara overall nye, nak kata dah nampak anggun sangat tak la juga. Rawatan ni kene konsisten dan kita pun kene rajin layan diri kita kat rumah, cara pemakanan pun kena betul. Baru nampak hasil. Aku ni rajin menenyeh ke kat rumah? hmm...baru esok nak cuba rajin, sebelum ni sangat malas ok. Tu pun aku cuma ada pencuci muka dan toner Safi je, lain-lain tak ada. Bantai je la. Esok-esok la aku pergi beli pack Trial Dermalogica tu. hahaha. Hopefully rajin sampai bila-bila. =P
Tapi kalau buat pakej biasa pun ok je kot, aku ni bukan jenis demand sangat. Mainan saikologi itu penting, asal dapat rawatan biasa.... tahap keyakinan naik sekit so muka ada senyum.....then naik la seri. Eceh...eceh...

Ruang facial
Perlu segera dapatkan pack trial untuk sesi menenyeh kat rumah.
***Mainan saikologi yeee.... Orang rajin ambik air sembahyang + hati suci n tenang tak pergi treatment pun muka berseri-seri. Opsss... malu dengan diri sendiri. =P


4 comments:
wah sudah pandai ke SPA cik adik comel ye. takpelah.. sekali sekala release tension dgn manjakan diri di SPA apa salahnye. kurang2 muka cantik hati abg makin tertawang. dpt pahala gitu.
dermalogica pergh.. brp harga trial pack tu? cpt2 beli dik, nt update gmbr before n after. tp mmg kena rajin menenyeh la pasni utk dptkan hasil terbaik, jgn beli pastu peram wt pekasam. hihi..
Hehe..cuba menjaga anugerah tuhan sebaik mungkin + riso suami cari lain. hahahaha.
trial pack tu nk dekat RM200 gk la. Tp boleh tahan 3 bulan. Td baca psl dermalogica kt forum2 wanita... ada org kata klu beli pack besar...setahun pun boleh tahan. Harga nye kurang pasti. Tp klu ada budget lebih, ok je kot utk hasil terbaik. cewahhh.
Nk beli trial pack tu boleh, masalah rajin ngn x rajin je la... skrang ni yg pakai safi pun seminggu sekali je tenyeh. Ayooo... cmne nih nk tgkap gmbar before n after. khakahkaha.
wahhh.. syoknyeee... hehehe.... dah nampak berseri2 balik dah eh.. hihihi. mesti naru senyum lebar.. kikikiki
cik yaya: Xde makne nye..... naru baru bising sbb muka suzi tumbuh jerawat..padahal skrang ni mmg hormon tgh berubah + muka belum serasi dgn produk.... habis die kutuk2 suzi. hahahah
Post a Comment