Thursday, May 12, 2011

K.A.W.A.N (bukan kategori BFF)

K.A.W.A.N @ bawah sekit dari kategori BFF @ kawan biasa yang baik

Ia mungkin kawan yang korang kenal masa tadika + sekolah rendah + sekolah menengah + masa diploma + masa degree + sebelum kahwin + selepas kahwin + jiran + facebook + Blog + YM + MIRC + lain-lain. Perkenalan tu sekadar kita jumpa dia dan kita rasa boleh NGAM dengan baik. Cukup la untuk diajak sembang-sembang + gosip + bila jumpa boleh say HAi + lepak sesama + main kejar-kejar sesama + nyorok dalam longkang sesama + main Lubang Tikus sesama + ......lain-lain.


Point aku sebenarnya.......

Pernah tak korang rasa selepas beberapa tahun tak berjumpa dengan kategori kawan yang aku maksudkan tu, then bila jumpa balik.....KAWAN korang tu buat bodoh jerh ngan kita. Tak ada la bodoh sangat, tapi just say hai biasa-biasa jer masa 1st time ketemu semula + tak excited langsung. Bila kita respond apa yang dia updated (contoh kat facebook) , dia jawab sekadar jawapan biasa dan hilang bergitu sahaja. Tak berusaha untuk mengeratkan silaturahim. Pastu setiap kali kita updated pape, langsung tak bagi respond. Dia cuma gumbira dengan hidup dia sahaja.

Ayoooo....lupa kah kamu wahai kawan yang pada satu ketika dahulu kita pernah bergelak-sakan bersama-sama?

Actually BUKAN kucewa pun, cuma sekit rasa TAK BEST. Alasan tak kecewa sangat ialah.... dah nama pun "kawan biasa yang baik". Kalau BFF yang buat macam tu, jangan harap la aku nak tegur lagi. Lantak kau la.... dalam hati....."Lupa daratan punya BFF. Masa nangis-nangis cari aku, dah senang lupa kan aku, wakkk luuuu la." hahahaha

DAN

Pernah tak korang sangka, orang yang DULU nya kategori otai-otai + pembuli + lazer + mangkuk ayun + ....... semua-semua yang membuatkan korang rasa menyampah gilerrrrrrrrr dan yakin mereka tak akan masuk dalam list kawan korang TELAH menjadi kawan korang yang sangat prihatin + pendengar setia + penasihat terbaik + bila jumpa boleh bertegur dengan ramahnya + dan lain-lain yang tak pernah korang expect.

Fuhhh.......Kawan jadi Lawan, Lawan jadi Kawan.

Perkara diatas telah terjadi pada aku SEKARANG. Sehingga aku mula TAK SUKA + MENYESAL bagi tahu semua orang yang "si A adalah BFF, si B adalah BFF, si C adalah BFF....". Bagi aku sekarang, cukup la aku jerh yang tahu DIA adalah BFF aku even dia TAK IKTIRAF aku pun jadi BFF dia. Kalau ada siapa-siapa nampak aku tulis perkataan BFF kt gambar somebody.......yang pasti kawan aku tu maybe tak akan tahu dan tak pernah baca pun apa yang aku tulis tentang dia.


Berkawan biar beribu, Berkasih biar satu.

Aku sangat bersyukur kerana masih mempunyai ramai kawan-kawan yang masih memahami situasi aku walaupun kehidupan aku sekarang sangat berbeza seperti duhulu. Alhamdullilah. (^___^)

4 comments:

Mak Izz said...

BFF aku bkn sorg tp bbrp org which is veryyyyyy closed dulu, kini dan selamanya insyaAllah! jd x salah kan kalo mention dorg as BFF sekali-sekala. sekadar mengekspresikan apa yg aku rasa & mungkin 1 penghargaan buat diri dorang.

btw sape2 yg pernah rapat dgn aku 1 tika dulu after few years jmp blk huhu... mmg x larat la korang nk layan karenah aku. STILL THE SAME beb! walaupun size badan dh x sama T___T hihi.. ntahla suzi. mgkn org2 jenis gini adalah org2 yg ms berkawan dulu tu dia x 'brp ikhlas' maybe???? sbb tu dia x brp igt betapa RAPATNYA korang sblm ni. atau mgkn dia PEMALU kut sbb kdg2 after few years byk perubahan yg berlaku. mgkn kwn tu rs rendah diri etc.

apepun, kalo kita x suka gitu, kita jgn buat gitu eyh. STAY THE SAME FOREVER!!! wlupun dh tua kertu sok lusa. kiki.. mish u always beb!!!

Suzila said...

ahakzz... btol tu. Ak pn kdg2 kembang bontot gk klu ada org sudi ngaku aku ni BFF diorg.

Aku pn ada beberapa org BFF...yg slalu share macam2.
Tapi yg kekal BFF ada la beberapa org je. Sangat bersyukur sbb mereka sentiasa faham even ada yg lama giler tak contact....tp still mesra bila jumpa. Alhamdullilah.
Cuma ada la 1..2 ketol BFF yg dulu beria ckp ak ni BFF..... tp skrang tego pun da xmo. Btol mangkuk tingkat. hahahah.

Back to the topic.... w/pn kita anggap dia ialah "kawan biasa2 yg baik" sahaja...jz jumpa kat kelas or kt luar... tp atlesat bukan nye jumpe jz senyum kambing shj... pernah kot in group main kejar2....kene rotan ngn guru besar... dll.. hehehe

Ntah la...jz berdoa agar dia bahagia dgn kehidupan die. huhuhu

..Qemar.. said...

hm..begitulah.ape yg ko alami,aku da alami..org yg kite x ngaku bff plak yg baik n amik brat kt kite.ase touching.bff yg aku akui dl mcm da x de.smoga Allah lindungi je die..=)
so skrg bff aku pun x lah rmi mn,jnji hdup hepi n die x tikam kite dr blkg..kutuk2 ape lg..alhamdulillah.ase cm best lah ko buat post psl bff ni suzie.thanks..=)

Suzila said...

Qema: Thanks.(^___^). Tu la..yg dulu di anggap BFF skrang semua wat hal masing2. Xtahu sape salah? Tahu2 terputus.
Kg kita marah...xguna jugak..Nk maki x sampai hati cz pernah jd kawan kita. Hmm...doa yg baik2 je la yg termampu.