Ok...sebelum tu, aku mengaku yang aku bukan orang bijaksana tentang agama. Sekadar tahu yang basic-basic je. Bila pusing sekit soalan-soalan tentang agama mula la aku tak reti nak jawab. Tak pe.....tentang ini tolak ketepi dulu. Nanti aku belajar lagi yerh. hehehe
Sekarang focus tentang DOA~
Semua orang tahu Allah itu mahu Maha mendengar & Maha mengetahui.... Persoalan aku, adakah Allah terima doa-doa atau luahan kita melalui penulisan? (Walaupun sedekit). Sebagai contoh kat Facebook atau Blog. Kan selalu je kot kita tengok atau kita sendiri tulis kata-kata doa @ perangsang untuk pertingkatkan keimanan dan keyakinan diri. Yaa~~~kalau ikut fahaman aku (entah betul atau tak), doa yang lebih afdal adalah selepas sembahyang. Doa yang disertakan dengan bacaan2 Al-fatihah dan lain-lain.
TAPI confirm ke MESTI di atas sejadah sambil mengangkat tangan? (sila bantu aku.....)
Hurmm...aku kadang-kadang malu sangat-sangat dengan Allah. Ibadah tak seberapa.. tapi bila berdoa selepas solat lama gilerrrr.....mintak macam-macam. Aku pernah dengar orang kata, Allah suka orang yang suka berdoa + mintak pertolongan dari Dia. So dengan kesempatan ini as hamba yang kerdil.......aku adalah antara orang yang memang suka doa panjang-panjang. Walaupun kadang-kadang solat aku laju macam keretapi, tahu-tahu dah bagi Salam. Masyaallah. Teruk nye aku nih. Ni belum masuk waktu aku dalam keadaan emosi tak stabil. Masa solat pun boleh terbayang-bayang benda lain. Pada kata erti lain TAK KUSYUK. iysh...iysh...
Boleh tak aku nak kata.... kadang-kadang apa yang aku luahkan atau doa secara penulisan kat Facebook atau Blog adalah lebih tulus + teratur + dan sopan (Walaupun di edit beberapa kali). Tak macam doa selepas solat. Kadang-kadang aku sendiri rasa ayat terbelit-belit. Lagi-lagi waktu nak kerja masa, haaa....lagi berterabur la doa aku. hehehe. DAN apa yang aku boleh harap kan (ALASAN untuk sedap kan hati), yang PENTING Allah faham niat di hati kita dan faham apa yang kita ingin sampai kan even tunggang terbalik. (Boleh terima ke? hehehe.)
Ok la. Setakat ni je la aku nak berkongsi. Aku tahu Allah sentiasa faham dengan hamba-hamba-Nya. Cuma aku ingin jawapan yang lebih tepat tentang persoalan DOA ni. Especially doa atau luahan dalam bentuk penulisan.
