Friday, March 4, 2011

Cahaya Bulan.....Cahaya Matahari....


Tajuk post kali ni adalah berkaitan dengan SISTEM MASA aku.

Aku nak katakan, sistem masa dalam kehidupan aku dan en.suami dah TERBALIK dengan orang lain. Kami lebih banyak nampak cahaya bulan dari cahaya matahari. Nampak cahaya matahari pun nak dekat tengah hari. So confirm khasiat cahaya pagi memang jarang kitorang dapat. Dan paling confirm senaman pagi memang tak buat. Ini lah rahsia aku dan en.suami nampak semakin membesar dan membesarrr......huhu.

Kenapa terbalik?

Sememangnya ia berkaitan dengan aktiviti kerja harian kami suami isteri. Ia bermula........mmm....adoi nak start pagi ke malam ek? Kang start pagi korang kata kitorang tak senonoh bangun lambat. Tp kitaorang bukan suka-suka bangun lambat.

Baiklah...aku start pagi jugak la. Tapi JANGAN judge dulu sebelum habis baca semua senarai jadual kitaran aktiviti seharian kitaorang .

1) Aku - Bangun tido (nak dekat tengah hari ), terus sebuk aktiviti memasak + membasuh baju + mengemas + reply email dari customer + buat marketing + kadang-kadang follow en.suami ambik & tempah baju kat supplier + dll.... sampai la ke petang.
2) En. suami - Bangun tido (nak dekat tengah hari), terus sebuk reply email dari customer + buat marketing + kulu kilir hantar tempahan yang dah siap + sesi ambik & tempah baju dari supplier + dll.... sampai la ke petang.
3) Lepas magrib, kadang-kadang sambung lagi buat penghantaran tempahan yang dah siap. Paling cepat sampai rumah pun nak dekat pukul 10 malam.
4) Pastu, rehat kejap sambil-sambil buat marketing + replay email + main fb.....dah nak dekat pukul 12 malam.
5) Kol 12 malam lebih baru start buat printing. Tu pn kadang-kadang start lambat lagi coz en.suami nak buat block kayu yang tak cukup.
6) Subuh baru tido.

Uhuu.....ini pun senarai kitaran yang tak complete. Belum masuk lagi aktiviti sampingan cam balik umah mak dan mak mertua + appointment dengan customer + tertido + terehat + makan-makan + ambik tempahan coklat + kelas coklat + dll (so far perkara yang tidak membuang masa).

Ya~bukan aku tak try ubah sistem masa aku ni dengan bangun awal dan tido cepat. Tapi banyak alasan yang aku sendiri tak boleh nak explain. Apa yang aku cakap, masa beraktiviti kami sangat compact dan ada sesetengah aktiviti tu hanya boleh dilakukan pada 1 masa sahaja.

Awal-awal masa perubahan sistem masa @ start join venture business en.suami, agak sangat tertekan jugak la sebab life tak sama dengan orang lain. Tido lewat malam + bangun lambat + badan letih + muka kusam + + + + +........word yang sesuai adalah TIADA quality time, khususnya bersama en.suami & diri sendiri. =( . Hari-hari mau nangis sorang-sorang. hahahaha

Now, nak tak nak kena la aku belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sistem masa yang dah terbalik ni. Dan aku cuba pujuk hati dan jiwa raga aku dengan mengatakan----> keadaan sekarang ini lah membuatkan aku suami isteri masih mampu mencari rezeki yang halal + tak menyusahkan orang sekeliling. Alhamdullilah.

Hopefully aku lebih tabah, sabar, dan sentiasa positif dengan keadaan sekarang. Insyaallah.

1 comment:

Mak Izz said...

wah.. sian aku bc entry ko ni esp tang ayat "hari2 nak nanges sorg2" alahai... sabarlah suzi. nk menempa kejayaan bukannye senang, siang malam sama je. apatah lagi cari rezeki 100% dlm perniagaan macam korang. insyaAllah, dh terbiasa nt ok la tu (tp jgn buat gini time blk umh mertua) hihi..

kalo subuh br dpt tido, xkanler kul 8 nk bgn balik. bila ms pulak tdonye? dun wori aku fhm. hehe.. asalkan tgjwb kpd Allah x lupa, ok dah tu. apepun, good luck in ur biz darling. miss u~