Wednesday, March 17, 2010
Cemburu, Iri Hati & Hasat Dengki
Bagi aku, cemburu & Iri Hati hanya sekadar perasaan dengki dgn kelebihan / kesenangan / kebahagian s'sorg.
Dan Hasat Dengki plak suatu perasaan yang lebih dasyat dan ia dibayangi untuk membalas dendam.
Btol ke definisi aku ni?? hehehe
Sebenar2nya, aku cuba menterjemahkan situasi aku skang ni.
Suatu ketika, aku sangat Bersyukur dgn perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh Allah utk aku skrang ni. Specially dapat hidup sebagai seorang isteri sewaktu masih belajar. Banyak nikmatnya b'banding hidup bujang. =D
TAPI bila aku terlalu leka atau terlalu gembira, tak kira la dengan sesiapa pn..tiba2 ada saje perasaan iri hati tercuit bila melihat kebahagiaan dan kelebihan nikmat yang org lain dpt. Rasa cm tak puas hati.
Pada hal lebih2 diorang tu tak la hebat sgt pn. Biasa2 je. Dan ada kalanya, bila di nilai semula sesuatu perkara, aku adalah lebih baik.
Dan ada juga bagi sesetengah nikmat yg diorang dapat tu, aku dah dapat dulu sebelum mereka. Cuma aku tak perasan dgn nikmat yg telah diberikan Nya. Hyahhh (Apa la yang tak cukup2..kg kene tarik nikmat baru padan muke. Maaf kan aku Ya Allah)
Aku cuba buang perasaan2 negatif aku tu. Aku tahu setiap kejadian, lebihan, kekurangan yang di berikan ada hikmah Nya. Mungkin, aku tak dapat kelebihan2 tu skrang, tp masa akan datang tak sape pun tahu.
Yang penting, bukan kehendak aku nk mempunyai perasaan buruk macam tu. (Datang sekali sekala je). Aku cuma manusia yang penuh dengan keinginan. Mudah2an perasaan buruk aku ni akan berkurang sekit demi sedekit. Amin.
Sunday, March 7, 2010
Sebelum & Selepas Kawen
Bila dah kawen ~~
1) Dah tak byk masa utk melepak2 dgn kwn2.
2) Sgt susah dpt tido siang.
3) Hari cuti - bangun pagi trus masak, basuh baju, mengemas.
4) Setiap mggu kne spent masa kt salah satu rumah family / mertua.
5) Pg kelas en.suami yg hantar.
6) Pg mna2 dgn en.suami. Termasuklah nk pg kedai .
7) Klu ade projek persendirian or kawan2 mst kene bagi tahu en. suami dulu. Dah tak bleh rahsia2.
Pendek kata, apa2 hal sume kene mintak kebenaran en.suami. Kadang2 ada gk t'emosi + t'marah + t'mengamuk gk. Biasa la, waktu bujang klu dia say No... Yes gk bg aku. Agak susah aku nk dgr ckp dia. Tapi bila da kawen, bila dia say No...No gk bagi aku w/pn dalam hati dok kata Yes je. Kadang2 stress gk coz dulu aku wat apa yang aku suke sesuka hati w/pn bende tu salah, janji puas hati. hahaha. Apa pn, aku tahu yg dia sgt ambik berat psl aku. Dan itu lah tugas nye seorang suami menghalang si isteri m'buat ssuatu yg tidak sepatutnya.
Tak kira la perjalanan hidup ni susah, senang, meskin, kaya...pasti ada suatu hikmah yg hendak disampai kan Nya. Dan Insyaallah, dia la sebaik2 suami yg aku ada.
"Dia tak sempurna, tapi dia yang terbaik"
Fuhhh payah gk ek nk jd isteri Solehah & M'dengar kata. =D
Friday, January 22, 2010
My Wedding Day
Yang paling penting, makanan cukup2 untuk tetamu. Fuhhhh nasib baik...Kalau tak, sian ayah aku nk cekau nasi kat kedai. hehehe Dan aku bersyukur semasa upacara nikah, dan berarak....cuaca baik. Dah hujung2 majlis baru gelap sekit, dah tentu waktu tu memang musim hujan. hehehe Yang penting ramai tetamu dapat datang dan rasa nasi minyak aku. Thanks yer semua.
Mudah2an ikatan ini kekal hingga keakhir hayat, dimurahkan rezeki, aman tenteram, dijauhkan musibah dan dikurniakan dengan anak yang ramai. Aminnn

Saturday, December 26, 2009
Pengapit Ku~~
Actually, rasa cam nk buat semua kawan2 baik aku jadi pengapit, tp tak bleh la kan. Kang runtuh lak pelamin aku.hehehe. Sori la klu ada yang terasa, apa pun..buat kawan2 baik aku yang lain, korang semua adalah penyeri majlis aku nnt. =D
1st Pengapit (Rumah Perempuan) - Ummi Huraizah bt Ramin (Mimi)
Die ni kawan baik aku dari dalam perut lagi. Mmg kenal dah lama sangat. Die ni gk jiran lama + satu Pengasuh + ex-schoolmate + ex-classmate. (1 kelas masa darjah 5 jerh.. yang lain die banyak kelas no.1, aku kelas bawah sekit..hahaha). Skrang die nih graduan UIA - kos Manufacturing. Pandai kn?? W/pn die ni bijaksana, die tak pernah kesah pn kawan ngn aku yang agak suka main2 dari belajar. hehehe. Dan, perkara yang aku paling suke tentang die, w/pn ada masa lama giler tak contact, then bila ttiba contact n terus cerita masalah yang mmg dah teruk....die dengar jerh tanpa banyak cerita. Yang pasti, nasihat2 die mmg bernas.=D

2nd Pengapit (Rumah Lelaki) - Fauziah Sipli (Ogy)
Eset utama (tahi lalat), hahaha. Ogy ni aku kenal masa Poli Shah Alam dulu. Kenal pun sebab TaeKwanDo sesama. Nk kata rapat sangat dulu, mmm... rapat klu ada tranning jeh la kot. Bukan pe, die ni muke garang giler. Mcm nk makan orang. hahaha. Tp semakin kenal dgn die ni sewaktu dah masuk UiTM ssama, lagi2 tetiba bleh lak duduk 1 rumah sewa ssama. Yang bagus die nih, w/pn aku tahu telinga die dah bernanah dengar keluh kesah aku yang sama setiap hari.. tapi die tetap dengar jugak. Bagus la, bleh dapat anugerah pendengar setia dan penyimpan rahsia yang baik. hehehe. Satu lagi, w/pn muke die garang, tp hati die lembut woooo...hehehe

Keluarga Pakcik Ramin
Apa pun, tahniah buat Abang Iwan dan pasangan. Mudah2an bahagia hingga akhir hayat.=D
W/pn tempoh 3minggu keluarga Pakcik Ramin bergolak dengan cerita suka duka, tapi aku tahu Keluarga Pakcik Ramin semuanya tabah dan kuat semangat. Specially Mimi, kwn karib aku dari kecik lagi. (Die gk Pengapit waktu aku kawen nnt..=D)
~Minggu 1- Abang Iwan Selamat Bernikah, Kenduri sebelah perempuan
~Minggu 2- Permergian Arwah Harisin (anak yg ke-3, umur 20thn) akibat kemalangan jalan raya,
~Minggu 3- Kenduri sebelah lelaki
Duka yang tercalit, tidak menghalang kenduri kahwin Abang Iwan dijalankan dengan penuh kesyukuran. Alhamdullilah. Dan mudah2an roh arwah adik Harisin dicucuri rahmat dan dimasukkan di dalam golongan yang beriman. Amin~~
Monday, December 21, 2009
Rumah Sewa Selepas Kawen
Dekat je ngn UiTM, ada la dalam 5 minit. Klu ade kelas or grouping memalam tak de la aku kelam kabut nk pg. En.Suami pn tak risau sgt. Klu risau sgt, aku soh je die hantar sampai ke pintu kelas.hehehe (Dah kawen pn, komitment utk kelas ttp sama k. Kenelah susun jadual betul2 supaya keje cepat siap n tak perlu balik tgh2 subuh cm zaman bujang2. Yeahhh cayok2~~)
DECO-DECO = 70% Done
epi sangat melihat rumah sewa yang btol mcm rumah. Boleh golek2 dan berlari2 sesuka hati tanpa risau terlanggar + merosakkan barang org.hehehe. W/pn saiz rumah kecik + jiran2 yg ske wat bising tp aku tetap rasa hepi. Yerlaa rumah sewa zaman bujang lain bentuk nye, masing2 tarok barang main ikut suke.Masing2 xde duit nk deco2. Ni da kawen, kne la elok sekit kg lari plak laki kite. Hehehe
Bila dikira, dari zaman Sekolah Teknik ke Diploma ke Degree (lagi setahun), dah 8 tahun aku menyewa rumah/hostel (agak berdikari kn). So, mmg da mcm2 bentuk rumah sewa/hostel yang aku pernah duduk. Belum lg ambil kira dgn perangai2 kwn serumah yang pernah aku jumpe. Mmg haru-biru + tekanan jiwa.hehehe. Yang pasti, semuanya adalah kenangan yang tak mungkin semua orang rasai. =)
Sunday, November 29, 2009
Macam Tak Percaya !!!

Habis je bulan November ni, bermakna tinggal sebulan lagi jerh aku akan bergelar isteri orang. Isteri kepada En.Firdaus b. Arfaai.
Serius menggigil bila pk majlis yang akan berlangsung tak lama lagi nih. Banyak kali aku pk, btol ke aku da nk kawen? btol ke?? btol ke?? btol ke??? Argh.. Semua bende da booked, semua bende da beli. Tp kenapa ttiba rasa nk pitam bila majlis da nk dekat ni??? Hmm.. Aku tak sedia or baru terasa aura naik pelamin??? hayshhhhhhh
Sebelum plan nk kawen, aku da tahu komitment yang akan aku tanggung selepas kawen. Komitment sebagai isteri + pelajar. Tapi dengan slumber aku terus kn niat murni kami berdua ni. Agak berani tanggung risiko kn...???
Doakan perjalan hidup aku sesudah kawen aman dan bahagia sampai akhir hayat. Aminnn
Persiapan Kawen
Buat masa ni, perkara2 utama yang diperlukan dalam mana2 majlis perkahwinan, dah pn ak booked. (Booked awal tahun, cepat nyee...) Jz nk buat bayaran penuh jerh belum. hehehe
Krusus Kawen : Done
Daftar Kawen : Done
Tok Kadi : Done
Catering : Done
Boutique / Mak Andam : Done
Barang Hantaran : 60% done
Deco bilik : Otw
Hmmm banyak bende gk klu nk disenaraikan, pape pun doakan aku bahagia dan majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.
Tuesday, October 27, 2009
Bukan Semua Orang Sempurna
Post ni adalah urutan kepada post 'Last day studio sem + Final presentation' . Aku bebetul rasa looser masa hari presentation tu.
Ni semua tentang cara komunikasi aku !!
Selama ni aku selalu pk, apakah persepsi orang tentang aku. Adakah Positif or Negatif?? Aku mmg tak suke bila dapat tahu ada orang berkata2 buruk pasal aku.
Bagi tak menyakitkan hati sesiapa, aku cuba kurangkan bercakap di dalam kumpulan w/pn hakikat aku ni bukan lah senyap sangat. Pada kata erti lain, aku lebih suka mendengar dr bercakap. Dengan alasan lebih suka mendengar tu lah, menyebabkan aku berpendapat, aku bukan dilahirkan menjadi seorang ketua yang petah bercakap + pembuat keputusan + mampu mengarah orang membuat kerja.
Yang pasti, kelemahan aku dalam komunikasi bukanlah penghalang bagi mencapai cita-cita aku. Itu semua boleh diubah. Apa yang penting, aku tahu kelebihan aku skrang adalah aku mampu memberi komitmen bagi setiap kerja yang diberikan. Dengan kelebihan itu lah yang membuatkan aku terus tabah menghadapi sesi pembelajaran aku sehingga grad.
Last day studio sem 6 + Final presentation
Sebab apa??
Dipanggil present secara mengejut + tanpa persediaan apa2 + tak cukup tido. Mmg sedap kene bambu dgn lecturer. W/pn konsep pembangunan yg kitorg buat hanya sekadar konsep pembangunan bukan pilihan dan hanya sekadar untuk menambah / mencantikkan contents dalam report group, tp serius aku tak expect kerja2 kitorang tu akan di present gk.
Memang betul konsep2 pembangunan tu kitorg just refer kat RSN dan sumber2 lain, dan mmg ada aktiviti copy2 ayat...tp tak bermakna copy tanpa memahami apa yang dikehendaki. Yg menjadi masalah, bila disuruh explain secara tiba2, in English lk tuh, mmg terkunci r mulut kitorg, lain la prepair. Dengan masa presentation yang suntuk + desakan bertalu2 + baru nk sebut dah kene sembur, mmg hancur r kitorg. Apa yang aku dapat simpulkan, mungkin lecturer beranggapan yang kitorang ni tak menghadiri aktiviti grouping. ( Aaaa...sedihnye)
Yg pasti, aku teringin sangat nk cakap kat lecturer aku tu yang kitorg btol buat kerja dan paham apa yang kitorang cadangkan dalam konsep tu. Senyap bukan bererti tak buat kerja. Senyap sbb kitorg tak reti ckp bahasa inggeris.
"Ya Allah bantu lah kami.....hanya Kau sahaja yang faham apa yang tersurat di hati kami"
Dan, aku tak salah kan sesiapa pn malah aku yang patut minta maaf sebab kecewa kan ahli group.
****Kepada Tar8, aku tahu ko bertungkus lumus buat kerja & map sampai tak balik rumah, tp mungkin kelemahan kita dalam skill communication, buat kita rasa lemah.=( Mari kita tabahkan diri.