Saturday, December 26, 2009

Pengapit Ku~~

Nih lah wajah-wajah Pengapit Utama aku. Pada kata erti lain, mereka la yang akan selalu disisi aku. Tukang kipas..tukang lap peloh..tukang pemangkin semangat..tukang cover..dan macam2 tukang lg la..hehehe

Actually, rasa cam nk buat semua kawan2 baik aku jadi pengapit, tp tak bleh la kan. Kang runtuh lak pelamin aku.hehehe. Sori la klu ada yang terasa, apa pun..buat kawan2 baik aku yang lain, korang semua adalah penyeri majlis aku nnt. =D

1st Pengapit (Rumah Perempuan) - Ummi Huraizah bt Ramin (Mimi)

Die ni kawan baik aku dari dalam perut lagi. Mmg kenal dah lama sangat. Die ni gk jiran lama + satu Pengasuh + ex-schoolmate + ex-classmate. (1 kelas masa darjah 5 jerh.. yang lain die banyak kelas no.1, aku kelas bawah sekit..hahaha). Skrang die nih graduan UIA - kos Manufacturing. Pandai kn?? W/pn die ni bijaksana, die tak pernah kesah pn kawan ngn aku yang agak suka main2 dari belajar. hehehe. Dan, perkara yang aku paling suke tentang die, w/pn ada masa lama giler tak contact, then bila ttiba contact n terus cerita masalah yang mmg dah teruk....die dengar jerh tanpa banyak cerita. Yang pasti, nasihat2 die mmg bernas.=D


2nd Pengapit
(Rumah Lelaki) - Fauziah Sipli (Ogy)

Eset utama (tahi lalat), hahaha. Ogy ni aku kenal masa Poli Shah Alam dulu. Kenal pun sebab TaeKwanDo sesama. Nk kata rapat sangat dulu, mmm... rapat klu ada tranning jeh la kot. Bukan pe, die ni muke garang giler. Mcm nk makan orang. hahaha. Tp semakin kenal dgn die ni sewaktu dah masuk UiTM ssama, lagi2 tetiba bleh lak duduk 1 rumah sewa ssama. Yang bagus die nih, w/pn aku tahu telinga die dah bernanah dengar keluh kesah aku yang sama setiap hari.. tapi die tetap dengar jugak. Bagus la, bleh dapat anugerah pendengar setia dan penyimpan rahsia yang baik. hehehe. Satu lagi, w/pn muke die garang, tp hati die lembut woooo...hehehe

Keluarga Pakcik Ramin

Hari ni awal2 pagi dah pg Kenduri Kawen anak Pakcik Ramin kt Batu Caves. (Pakcik Ramin adalah jiran lama sewaktu tinggal kt Flat Seri Sabah dulu - masa kecik2 geng ngn adik die, Mimi).
Apa pun, tahniah buat Abang Iwan dan pasangan. Mudah2an bahagia hingga akhir hayat.=D

W/pn tempoh 3minggu keluarga Pakcik Ramin bergolak dengan cerita suka duka, tapi aku tahu Keluarga Pakcik Ramin semuanya tabah dan kuat semangat. Specially Mimi, kwn karib aku dari kecik lagi. (Die gk Pengapit waktu aku kawen nnt..=D)

~Minggu 1- Abang Iwan Selamat Bernikah, Kenduri sebelah perempuan
~Minggu 2- Permergian Arwah Harisin (anak yg ke-3, umur 20thn) akibat kemalangan jalan raya,
~Minggu 3
- Kenduri sebelah lelaki

Duka yang tercalit, tidak menghalang kenduri kahwin Abang Iwan dijalankan dengan penuh kesyukuran. Alhamdullilah. Dan mudah2an roh arwah adik Harisin dicucuri rahmat dan dimasukkan di dalam golongan yang beriman. Amin~~

Monday, December 21, 2009

Rumah Sewa Selepas Kawen

RUMAH SEWA = Done

Dekat je ngn UiTM, ada la dalam 5 minit. Klu ade kelas or grouping memalam tak de la aku kelam kabut nk pg. En.Suami pn tak risau sgt. Klu risau sgt, aku soh je die hantar sampai ke pintu kelas.hehehe (Dah kawen pn, komitment utk kelas ttp sama k. Kenelah susun jadual betul2 supaya keje cepat siap n tak perlu balik tgh2 subuh cm zaman bujang2. Yeahhh cayok2~~)

DECO-DECO = 70% Done

epi sangat melihat rumah sewa yang btol mcm rumah. Boleh golek2 dan berlari2 sesuka hati tanpa risau terlanggar + merosakkan barang org.hehehe. W/pn saiz rumah kecik + jiran2 yg ske wat bising tp aku tetap rasa hepi. Yerlaa rumah sewa zaman bujang lain bentuk nye, masing2 tarok barang main ikut suke.Masing2 xde duit nk deco2. Ni da kawen, kne la elok sekit kg lari plak laki kite. Hehehe


Bila dikira, dari zaman Sekolah Teknik ke Diploma ke Degree (lagi setahun), dah 8 tahun aku menyewa rumah/hostel (agak berdikari kn). So, mmg da mcm2 bentuk rumah sewa/hostel yang aku pernah duduk. Belum lg ambil kira dgn perangai2 kwn serumah yang pernah aku jumpe. Mmg haru-biru + tekanan jiwa.hehehe. Yang pasti, semuanya adalah kenangan yang tak mungkin semua orang rasai. =)

Sunday, November 29, 2009

Macam Tak Percaya !!!


Habis je bulan November ni, bermakna tinggal sebulan lagi jerh aku akan bergelar isteri orang. Isteri kepada En.Firdaus b. Arfaai.

Serius menggigil bila pk majlis yang akan berlangsung tak lama lagi nih. Banyak kali aku pk, btol ke aku da nk kawen? btol ke?? btol ke?? btol ke??? Argh.. Semua bende da booked, semua bende da beli. Tp kenapa ttiba rasa nk pitam bila majlis da nk dekat ni??? Hmm.. Aku tak sedia or baru terasa aura naik pelamin??? hayshhhhhhh

Sebelum plan nk kawen, aku da tahu komitment yang akan aku tanggung selepas kawen. Komitment sebagai isteri + pelajar. Tapi dengan slumber aku terus kn niat murni kami berdua ni. Agak berani tanggung risiko kn...???

Doakan perjalan hidup aku sesudah kawen aman dan bahagia sampai akhir hayat. Aminnn

Persiapan Kawen

Baru sekarang aku percaya, nk buat persiapan kawen agak susah, lagi susah nk ambik exam. Lagi2 bila sumber kewangan limited. Jimat punya jimat, calculation punya calculation...korang tgk la hasilnya nnt. Yang pasti semua serba sederhana. =) mmg tu yg aku nk kan. Sederhana + Meriah.

Buat masa ni, perkara2 utama yang diperlukan dalam mana2 majlis perkahwinan, dah pn ak booked. (Booked awal tahun, cepat nyee...) Jz nk buat bayaran penuh jerh belum. hehehe

Krusus Kawen : Done
Daftar Kawen : Done
Tok Kadi : Done
Catering : Done
Boutique / Mak Andam : Done
Barang Hantaran : 60% done
Deco bilik : Otw

Hmmm banyak bende gk klu nk disenaraikan, pape pun doakan aku bahagia dan majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.

Tuesday, October 27, 2009

Bukan Semua Orang Sempurna

Post ni adalah urutan kepada post 'Last day studio sem + Final presentation' . Aku bebetul rasa looser masa hari presentation tu.

Ni semua tentang cara komunikasi aku !!

Selama ni aku selalu pk, apakah persepsi orang tentang aku. Adakah Positif or Negatif?? Aku mmg tak suke bila dapat tahu ada orang berkata2 buruk pasal aku.

Bagi tak menyakitkan hati sesiapa, aku cuba kurangkan bercakap di dalam kumpulan w/pn hakikat aku ni bukan lah senyap sangat. Pada kata erti lain, aku lebih suka mendengar dr bercakap. Dengan alasan lebih suka mendengar tu lah, menyebabkan aku berpendapat, aku bukan dilahirkan menjadi seorang ketua yang petah bercakap + pembuat keputusan + mampu mengarah orang membuat kerja.

Yang pasti, kelemahan aku dalam komunikasi bukanlah penghalang bagi mencapai cita-cita aku. Itu semua boleh diubah. Apa yang penting, aku tahu kelebihan aku skrang adalah aku mampu memberi komitmen bagi setiap kerja yang diberikan. Dengan kelebihan itu lah yang membuatkan aku terus tabah menghadapi sesi pembelajaran aku sehingga grad.

Last day studio sem 6 + Final presentation

Tar8, Aku & kawan2 kelas

Nampaknye bkn hari yg menggembirakan bagi aku. Dan mungkin Tar8(rakan sekerja pembikinan Konsep Pembangunan)

Sebab apa??

Dipanggil present secara mengejut + tanpa persediaan apa2 + tak cukup tido. Mmg sedap kene bambu dgn lecturer. W/pn konsep pembangunan yg kitorg buat hanya sekadar konsep pembangunan bukan pilihan dan hanya sekadar untuk menambah / mencantikkan contents dalam report group, tp serius aku tak expect kerja2 kitorang tu akan di present gk.

Memang betul konsep2 pembangunan tu kitorg just refer kat RSN dan sumber2 lain, dan mmg ada aktiviti copy2 ayat...tp tak bermakna copy tanpa memahami apa yang dikehendaki. Yg menjadi masalah, bila disuruh explain secara tiba2, in English lk tuh, mmg terkunci r mulut kitorg, lain la prepair. Dengan masa presentation yang suntuk + desakan bertalu2 + baru nk sebut dah kene sembur, mmg hancur r kitorg. Apa yang aku dapat simpulkan, mungkin lecturer beranggapan yang kitorang ni tak menghadiri aktiviti grouping. ( Aaaa...sedihnye)

Yg pasti, aku teringin sangat nk cakap kat lecturer aku tu yang kitorg btol buat kerja dan paham apa yang kitorang cadangkan dalam konsep tu. Senyap bukan bererti tak buat kerja. Senyap sbb kitorg tak reti ckp bahasa inggeris.

"Ya Allah bantu lah kami.....hanya Kau sahaja yang faham apa yang tersurat di hati kami"


Dan, aku tak salah kan sesiapa pn malah aku yang patut minta maaf sebab kecewa kan ahli group.

****Kepada Tar8, aku tahu ko bertungkus lumus buat kerja & map sampai tak balik rumah, tp mungkin kelemahan kita dalam skill communication, buat kita rasa lemah.=( Mari kita tabahkan diri.

Sunday, October 18, 2009

Sesi Perkenalan Dgn En.Mok

Pic pertama kami - Taekwando tournament at Summit USJ (2004)


Aku kenal En.Mok kt chat room (MIRC) msa akhir2 tingkatan 4. Shazrin kwn baik die yang kenalkan. Selepas bbrapa tahun sesi kutuk-mengutuk & perang di chat room, ditakdirkan kitorang masuk poli yang sama. So ada la bertembung 2,3 kali. Tp still tak brape baik, cz sesi perang kutuk mengutuk masih berlaku di chat room. hahahaha

1st time jumpe kt luar - Masa tu semester 2, ntah cmne aku terpaksa jmpe die kt Leisure Mall cz die kata nk kasi free sticker moto poli kat aku. Demi sticker, aku mengSlumberkan diri w/pn baru je selesai kutuk2 psl die ngan Yong a.k.a Lampir kt chat room. huhu.
Igt abis kt situ jerh, rupa nye die soh aku blanje makan sbagai balasan. Ampeh tol. Serupa aku byr jerh duit sticker. huhu. N nasib baik kebtulan hari tu aku nk jmpe Lampir, so aku ajak la die teman g Sg.Weng ngan alasan nk blanje makan kt sane. Pedahal, aku risau kena fire depan2 ngn die cm die fire aku dlm chat room. hahahaha =P

Al-kisah, start hari tu la kitorg slalu jumpa dan menunggang scooter masing2 mencari tempat lepak. N yg pasti, masa tu rasanye masing2 xde hati n perasaan. Jz pk sronok hangout sama2 jerh. Mungkin gk masa tu, aku dah ada org lain n die pn tgh adjust org lain...hahaha.

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya


Hari ni dah masuk Hari Raya yg ke-5, masih tak terlambat nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua insan2 yg mengenali aku. Kesempatan ini, aku nk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, mungkin ade terkasar bahasa, terperli, terwat skt hati, n cubit2an / pukul2an yg mninggalkn kesan di badan korg... (sori, terlebihhh sudaaaa) hehehe

Tahun ni, aku beraya kt kmpung (Kuala Kangsar n Bota, Perak) - Tak ramai sedara mara ak yg balik kampung tahun ni, tp hari raya ttp disambut dgn success smpai penat kaki nk berjalan. 4 hari 4 malam pakai baju kurung. Fuhhh..longgar skru lutut aku.hehe.

Kenapa Hari Raya tahun ni sgt bererti ???
1) ada status 'tunang' orang
2) kehidupan family samakin harmoni
3) ada anak buah yg sgt comel
4) bakal dpt 2nd anak buah
5) relationship aku n en.mok smakin baik...n baik..n baik...
6) ketemu kwn2 yg bleh layan kepala aku.

Saturday, September 5, 2009

Online Shopping Boutique

Pada 17 Jun 2009 (Rabu) iaitu akhir2 cuti semeter, aku telah melangkah satu tapak kehadapan dgn menceburi bidang Online Shopping Boutique. Secara rasmi SUZILA COLLECTION adalah nama bagi boutique aku. Ia lebih fokus kpd penjualan Tudung & Selendang . Yeahhh!!! ( klick banner SuzilaCollection di column sebelah klu nk tgk~)

Intro~~~

Minat berniaga mmg dah ada dari kecik, aku pn mmg dah ada experience tolong ayah aku berniaga gerai masa aku sek. rendah sampai la sek.menengah dulu (sweet memory tol). Tapi selepas abis sekolah n masuk IPTA, tak ada peluang n masa yg sesuai lak nk wat business sendiri. Mungkin gak aku tak rasa kesempitan duit sbb tiap2 minggu ayah bg duit poket.

Faktor pembikinan business~~~


1. Sekrang tgh ambik degree plak n dah ada pn status tunang, tetiba rasa agak malu berlebihan bila nk kuar still mintak duit ayah. W/pn masa kuar tak ada lk aku yg bayar serba-serbi, tp atlest nk gk duit cover. Hmm..agak sadis bila dah nk kawen tp masih mintak duit ayah. =(

2. Tekanan gilerhhh melihat En.tunang bertukus lumus mencari duit. Keluh-kesah beliau btol2 buat aku cuba nk cari duit tambahan, w/pn hasil yg aku dah dpt skrang ni mmg tak mmbantu langsung dgn majlis perkahwinan kami nnt. (Tak pe la, sekurang2 dah ada asas utk aku buat duit selepas kawen nnt) Cayok2 !!!!

3. Sakit jiwa dok pk hal kwn yang tak reti nk jaga perasaan aku jugak antara faktor pembikinan business ni. Yg pasti rasa sgt lega, tenang n bersyukur, bila kesebokkan mengurus business ni mmbuatkan aku terus lupa ngn bende2 remeh yg sepatut nya dari dulu lg aku tak yah ambik tahu n ambik peduli !!!

Kesimpulan~~~

Keinginan dan semangat yg ttiba muncul pd saat2 akhir cuti sem lepas nampaknye membuahkan hasil. ALHAMDULLILAH. W/pn sgt excited mencari keuntungan, tp aku tetap jd kn focus utama aku adalah pelajaran. =)

Yang pasti....impian aku skrang, selepas abis belajar aku nk buat business ni secara serius. Samaada secara online ataupun direct. Yeahhhh... Aminnnnn