Saturday, July 2, 2011

Cahaya & Usaha

Setiap hari aku panjat kan doa kepada Allah agar permudahkan setiap urusan kami. Especially tentang salah satu impian aku dan en.suami. Perkara ini adalah suatu perkara yang dah lama kami angan-angankan + cita-citakan + impikan. Ohh.....kalau diikutkan memang banyak perkara yang kami inginkan, tapi apa yang aku ingin kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan impian untuk mengukuhkan lagi tapak punca rezeki kami.

Kalau sebelum ni, agak sukar untuk kami nak jangka bila ia akan direalisasikan. Kalau jangka pun mau ambik masa bertahun-tahun. Fuhhh. Lebih-lebih lagi kami ni bukan berasal dari orang senang, hasil tabungan pun tak berapa ada (aku la tu.huhu). So kesukaran tu agak terasa kalau kami nak buat sesuatu perkara yang besarr.... Apa termampu, kami hanya mampu bercerita dan berkongsi angan-angan besar kami antara kami dan ahli keluarga sahaja. Niat di hati, mudah-mudahan mereka yakin dan sentiasa mendoakan kejayaan buat kami suami isteri.


Sekarang dah bulan June.

Di pendekkan cerita, bulan lepas... Allah anugerahkan kami cahaya dan peluang yang sangat membantu kami. Sungguh tak aku sangka secepat ini peluang yang kami terima. Aku mula rasa bersyukur sangat-sangat kerana berkat kesabaran aku menjadi pembantu kecil buat en.suami. Tak sia-sia aku mengharungi dugaan bagi soalan-soalan menyusuk kalbu yang berkaitan dengan kerjaya + pendapatan.

Ok...skrang Allah dah bagi jalan, tinggal untuk kami usahakan. Mudah-mudahan dalam bulan ni gak kami dapat jaya kan impian kami tu. Dimana ia akan sangat-sangat membantu kami dalam mempergiatkan dan melipatkali ganda usaha perjalanan kami.

Insyaallah, Amin.

No comments: