Monday, January 24, 2011

Bos pilih kasih !!!

Bos pilih kasih ATAU Diskriminasi.
Apa itu "Diskriminasi"?? ----> sila rujuk Wikipedia

Aku adalah antara orang yang akan MULA mempercayai sikap diskriminasi Majikan dalam memilih pekerja. Khususnya orang-orang cam aku... Fresh graduated + Result sederhana + Bini orang.



Kisah bermula, bila aku 1st time pergi interview kat sebuah firm di KL awal bulan ni. Interview 8.30pagi, so confirm awal pagi kene gerak coz nak pergi sana perlu dalam 25minit + jalan sesak lagi. Yerla kenalah bagi 1st impression yang baik kat bos. Tak kan nak datang lambat kot. Btol tak?

Dipendekkan cerita - interview cancel sebab bos terlupa dan terpaksa la set interview baru disebelah petang. So, nak tak nak kena la aku balik rumah. Tak kan nak lepak situ, gap 5jam kot. Ok. Di sebelah petang, seperti dijanjikan berjumpalah aku dengan big bos firm tu.

1st impression aku terhadap Big Bos ---->Die sangat garang

Berbalik pada point utama aku iaitu "Diskriminasi"; melalui instinct aku...YA~~ aku confirm tak dapat kerja, walaupun dia tak bagi tahu. hahaha. Nak tahu kenapa? Uhuu.. Antara alasan menyusuk kalbu seorang majikan kepada si pemohon kerja yang di diskriminasi.

1) Bini Orang -


Kata bos;
aku akan selalu Outsatation + meeting siang malam + balik lewat + kulu kilir dengan dia, so ini akan berlaku masalah buat aku dengan en.suami.
Bagi aku; kalau dah tanggungjawab, nak tak nak kenalah buat jugak. Macam orang lain yang berkerja tu tak kahwin-kahwin.

2) Bahasa English -

Kata bos;
ada 2..3 perkataan english aku dalam resume salah. Dia nak cari orang yang boleh buat report in english. So dia berpendapat aku akan ada masalah nanti. (bla..bla..bla...mengata aku).
Bagi aku; Actually benda ni bukan besar sangat. Dalam 3 muka surat resume aku tu, 2..3 patah perkataan je yang typing error.(Tak yah lah kutuk aku lebih-lebih). Walaupun memang english aku tak bape oK, actually resume aku yang dia baca tu...lecturer english aku yang check. Adakah lecturer aku pun salah?

3) Pointer & Gaji -

Kata Bos;"Kenapa pointer awak standard sangat? Kat sini semua orang bagus-bagus. Macam tu kene bagi gaji rendah sekit la. Dalam RM1500".(Ayat bos yang aku pendekkan). Pada kata erti lain, gaji ikut pointer.
Bagi aku;Ya~ aku bukan pelajar cemerlang. Tapi aku sangat komit dengan kerja. Kalau dah tahu nak pekerja yang stok 4 flat kenapa panggil aku? Kan aku dah tulis pointer aku dalam resume yang aku hantar. So tak payah la buang masa panggil aku.
.
.
Actually banyak lagi yang aku taouching, salah satunya masa dia tunjuk report-report yang diorang dah hasilkan. Ya~ report diorang full graphic. Agak menarik la. Isu sekarang, bos persoal kat aku boleh buat macam yang diorang buat or tak. Yang tak boleh tahan, dia boleh kutuk student uitm yang pernah praktikal kat tempat dia. Dia kata bebudak tu langsung tak boleh buat graphic. Hyshh.... semua orang sama ke??? Nak tahu aku boleh buat or tak, biar la aku tunjuk skill 1..2 bulan. Bukan aku nak mintak confirm terus. Yang bertambah hot, dia boleh mengata pasal lecturer yang datang pantau bebudak praktikal kat firm dia. Kata dia, lecturer tu berpendapat graphic tak penting dalam buat report. Bla..bla..bla...(dia membebel). Ya~ tak kisah la penting or tak. Masing-masing ada pendapat sendiri. Tapi tak perlu la nak bebel kat aku, sampai aku lak yang kena tempias.

KESIMPULAN - Kepada bos-bos, kalau agak-agak nak cari pekerja berdasarkan RESULT cemerlang dan gemilang + bujang sahaja..sila la baca resume yang orang tu hantar dulu. Kat resume tu semua infomation ada. Jangan la susahkan kami yang masih fresh + tak ada transport ni. Dan agak-agak rasa orang yang di interview tu tak ada potensi, sila jangan cakap banyak. Ia boleh menjatuhkan semangat orang yang memang tengah berusaha membina HIDUP.

"Jangan mengata orang sesuka hati kalau tak tahu potensi diri seseorang itu." dan

"Jangan menilai dan memberi anggapan buruk berdasarkan pendapat / pertanyaan / penyataan pertama yang dikeluarkan seseorang itu."

Sekian....

6 comments:

AsknieAlias™ said...

Kalau ko dapat offer tu pun Suzi, ko tolak je. Sedangkan interview pun die dah cakap gitu, ini pulak kalau kerja.

Kat ofis aku pun ada je bos macam tu. Malangla nasib sape dapat bos gitu.

Anyway, semoga berjaya mencari kerja di tempat lain, ok!

Suzila said...

Uhukk...mmg tak dapat pun. Tp ada hikmah gk dia wat ak camtu. Die telah membuatkan keyakinan aku utk terus menceburi bidang yang aku suka. ngehngeh

habsahharun said...

risau la suzi nak keje dlm planning field. btw, good luck k :)

mai said...

wahh..bias giler!! company ne ko g weh??..xnk apply situ la..huhu

Mak Izz said...

tak sangka ada bos begitu busuk hati begini.

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.