Sunday, June 20, 2010

Tag dari Puan Normala


copy award ini di blog anda :
Baekk....dah tag pn. Next~~~

Buat ucapan dan perasaan anda kepada pemberi award ini :
Ku pk kn apa aje yg kamo Tag Puan Mala oitt. Rupa2 nye kene mengoCopy n MenJawab Soklan2 yg jenuh gk nk jawab nih. Thanks yerh.(✖╭╮✖)

Jawab soalan2 Tag ini:

1. apa yang bermain difikiran anda skang?
Alangkah bagus Piala Dunia ni cepat2 habis. Hari2 dok tunggu en.suami abis tengok bola. Nk tgk sama2 tak minat plk, so layan je la facebook smpai berair mata. Tp klu dah hari2 macam ni..letih jugak. Nk tido sorang2 dah mcm tak reti. Paling lama nk bertahan pn...lg 15minit perlawanan abis. Dah kol bape lk tuh??? (Kol 4 pagi bebbbbbbbb). Warghh...hari2 muke kusam. Tensen tol!!!

2. apa nama samaran anda:
Ila, Suzila, Suzi, Su, Susz, M...(hanya my en.suami je tahu.) hehehe

3. berikan tiga orang yg anda sayang :
3 je? kedekut tol~~ tak nk jwb soklan baru tahu.

1st : En.Suami (syurga dibawah tapak kaki suami)
2nd : Keluarga (keluarga asal & keluarga mertua)
3rd: Rakan

4. panggilan untuk si dia :
Mok... atau Pa / Papa (eukkkk =P )

5. hadiah yg anda impikan dari seseorang yg istimewa :
Kepercayaan, Kebahagiaan......byk tak terhingga.

6. blog mana yg anda suke lawati dan yg boleh dijadikan follower :
Blog business yg lebih kearah pompuan2...cth jual2 pakaian, tudung, aksesori, makanan..bla..bla...

7. tagkan kepada 15 orang rakan blogger anda:
Sekit2 sudeyyy...(ni pn mcm diorg tahu diorg di Tag) cz sume xde ShoutMMix chat widget tuh) heheh

Pn.Syahbani
Pn. Nur Adha

Monday, May 17, 2010

Kakak Insyirah

Weekend lepas pulang ke rumah ayahanda dan bonda, dapat la jumpe anak2 buah kesayangan yg kebetulan pun datang kerumah tok n nek die. Sgt la suke sbb da lama btol tak jumpe budak2 kecik ni. Masing2 dah ada aksi baru. Paling best dgn anak buah yg pertama, kakak Nur Fatiha Insyirah (Adik Faris pn sayang juga). Skrang kakak dah umur 1 tahun 7 bulan. Dah nampak cerdik sgt.

1st,
Kecerdikan terserlah masa aku sampai je kat pintu rumah. Die yang sambut aku, siap hulur tangan nak salam (W/pun hulur dgn tangan kiri). Pasni jgn salam n mintak angpow lak. Raya je bleh k. hehehe

2nd,
Sebelum ni, kakak jalan kengkang2 tapi kali ni jumpe dah siap berlari2 dgn Pak Uda die. Siap tergolek2. Tapi tak nangis pun, kakak kuat.

3rd,
Kakak suka makan chocolate yg MakLang (aku lah tuh) buat. Sgt suke tgk die makan. Lain kali MakLang buat lagi utk kakak k.

4rd,
Ni yang paling suka. Dia da belajar nk bercakap. Pandai die sambung ayat2 org. heheh

Mama Insyirah: Insyirah Cannnn.....(Sambil menyapu bedak ke badan kakak pas di mandikan)
Kakak: Tikkkkkkkkk.......

MakLang: HammmSterrr..... (Sambil tunjuk hamster MakSu die)
Kakak: Terr......

Dalam masa b'bape jam, tu la aksi2 anak buah aku yg aku nampak. Sangat gumbira dapat tengok aksi2 mereka. Ni baru cite anak buah, belum lagi cite anak sendiri. Klu anak sndiri, tak tau la cmne..hehehe .Mudah2an Allah kurniakan aku anak-anak yg cerdik dan comel. Aminnn

Friday, May 14, 2010

Keserasian Business

Agak lama tak layan Blog ni. Bz sangat dgn kelas, exam, dan busines yg masih tak kukuh nih. hehehe.

Untuk pengetahuan semua, aku ada buat business baru. Kalau dulu, aku buat business Tudung tapi sekarang aku buat business Chocolate lak. Semua Online. Saja cuba2 dan mencari keserasian dlm business. Mane yg OK, tu la yg aku akan teruskan. Tp buat masa ni, dua2 business ni berjalan.

Nak ikut kan hati, banyak je jenis2 business yg aku suka. Aku teringin nk bukak Spa & Sauna, Butik tag sendiri (tudung, dress, dll) , Kedai Barang2 Hantaran, Fish Reflexology, Kedai Chocolate,...macam2 la. Semua based pada Kecantikan, Kesihatan, Chocolate dan Pengantin.

Actually aku suka tengok baju yg cantik2, orang yg cantik2 w/pn diri sendiri dress up pn sempoi jerh. hehehe

Apa pn aku terpaksa hold dulu semua tu coz faktor masa yg terlalu compact dan sumber kewangan yg masih tak kukuh. Student la kata kan. Insyaallah klu ada rezeki, jadi la business2 tu. Aminnnnn

LoLa ChoCz - http://lolachocz.blogspot.com/



Saturday, April 10, 2010

Pengertian, Ketentuan & Takziah

Ya Allah... aku semakin faham akan erti Ketentuan-Mu, Rezeki-Mu..

Sepanjang 3 bulan perkahwinan aku ni, aku terlalu terikut-ikut dengan perancangan sendiri. Sampai lupa siapa yg tentukan dan berikan nikmat2 semua ini.

"Nak anak tapi nk Btol2 dapat tepat masa dah abis belajar". Sangat teruk dan pentingkan diri sendiri. Siapa aku nk tentukan bila nak dapat zuriat??? Mm.. Bila tengok kawan2 dah ada anak, mula la nak cepat2 nak ada anak. Bila tahu masih belum ada rezeki, mula la sedih bukan main. Padahal usaha ke arah itu, baru sangat-sangat.
Ya Allah maafkan aku.

Aku semakin sedar - Bila Ekin & Rozemy (dua2 rakan sekelas masa diploma dulu) baru kehilangan anak yang baru sahaja dilahirkan sebelum subuh 9/4/10 dan meninggal pada 4.30 petang pada hari yang sama berikutan komplikasi badan yang lemah. (Al-Fatihah buat arwah Nur Iman Fatehah Bt mohd Rozemy).

Ekin & Rozemy ni pengantin baru jugak (kawen tahun lepas), rezeki mereka sangat cepat. Tapi
bila dikatakan dah ketentuan-Nya dan juga dinamakan tiada Rezeki. Anak yang dilahirkan hanya sempat di tatapi utk sehari sahaja. Sangat sedih. Mudah2an Ekin & Rozemy tabah menghadapinya.

Pengajaran buat aku:
- Jangan terlalu merancang perkara yang tak pasti.

- Tak mudah putus asa bila sesuatu nikmat yang dikehendaki tak dapat.
- Banyak bersabar bila hendak kan sesuatu.

Dan kini, aku dan en. Suami akan terus Berusaha, Berdoa dan Bertawakal. Mudah2an Allah kurniakan kami zuriat yang baik, sehat, dan soleh.

Paling penting, Yakin bahawa setiap kejadian samada cepat atau lambat pasti ada hikmahnya.

Wednesday, March 17, 2010

Cemburu, Iri Hati & Hasat Dengki

Semua perkataan tu, sama ertinya atau berbeza??

Bagi aku, cemburu & Iri Hati hanya sekadar perasaan dengki dgn kelebihan / kesenangan / kebahagian s'sorg.
Dan Hasat Dengki plak suatu perasaan yang lebih dasyat dan ia dibayangi untuk membalas dendam.

Btol ke definisi aku ni?? hehehe
Sebenar2nya, aku cuba menterjemahkan situasi aku skang ni.

Suatu ketika, aku sangat Bersyukur dgn perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh Allah utk aku skrang ni. Specially dapat hidup sebagai seorang isteri sewaktu masih belajar. Banyak nikmatnya b'banding hidup bujang. =D

TAPI bila aku terlalu leka atau terlalu gembira, tak kira la dengan sesiapa pn..tiba2 ada saje perasaan iri hati tercuit bila melihat kebahagiaan dan kelebihan nikmat yang org lain dpt. Rasa cm tak puas hati.

Pada hal lebih2 diorang tu tak la hebat sgt pn. Biasa2 je. Dan ada kalanya, bila di nilai semula sesuatu perkara, aku adalah lebih baik.
Dan ada juga bagi sesetengah nikmat yg diorang dapat tu, aku dah dapat dulu sebelum mereka. Cuma aku tak perasan dgn nikmat yg telah diberikan Nya. Hyahhh (Apa la yang tak cukup2..kg kene tarik nikmat baru padan muke. Maaf kan aku Ya Allah)

Aku cuba buang perasaan2 negatif aku tu. Aku tahu setiap kejadian, lebihan, kekurangan yang di berikan ada hikmah Nya. Mungkin, aku tak dapat kelebihan2 tu skrang, tp masa akan datang tak sape pun tahu.

Yang penting, bukan kehendak aku nk mempunyai perasaan buruk macam tu. (Datang sekali sekala je). Aku cuma manusia yang penuh dengan keinginan. Mudah2an perasaan buruk aku ni akan berkurang sekit demi sedekit. Amin.

Sunday, March 7, 2010

Sebelum & Selepas Kawen

Pejam celik, umo p'khawinan aku dah msk 2 bulan 1 minggu. Dalam tempoh tu la banyak perkara yg aku belajar tentang perhubungan kami. Aku ingat dlm tempoh perkenalan kitorg "sebelum couple, selepas couple, semasa b'tunang" (lebih kurang 7 tahun), aku dah cukup kenal ngn en.suami.. Tp btol org kata, kehidupan sebelum dan selepas kawen mmg banyak bezanya.

Bila dah kawen ~~
1) Dah tak byk masa utk melepak2 dgn kwn2.
2) Sgt susah dpt tido siang.
3) Hari cuti - bangun pagi trus masak, basuh baju, mengemas.
4) Setiap mggu kne spent masa kt salah satu rumah family / mertua.
5) Pg kelas en.suami yg hantar.
6) Pg mna2 dgn en.suami. Termasuklah nk pg kedai .
7) Klu ade projek persendirian or kawan2 mst kene bagi tahu en. suami dulu. Dah tak bleh rahsia2.

Pendek kata, apa2 hal sume kene mintak kebenaran en.suami. Kadang2 ada gk t'emosi + t'marah + t'mengamuk gk. Biasa la, waktu bujang klu dia say No... Yes gk bg aku. Agak susah aku nk dgr ckp dia. Tapi bila da kawen, bila dia say No...No gk bagi aku w/pn dalam hati dok kata Yes je. Kadang2 stress gk coz dulu aku wat apa yang aku suke sesuka hati w/pn bende tu salah, janji puas hati. hahaha. Apa pn, aku tahu yg dia sgt ambik berat psl aku. Dan itu lah tugas nye seorang suami menghalang si isteri m'buat ssuatu yg tidak sepatutnya.

Tak kira la perjalanan hidup ni susah, senang, meskin, kaya...pasti ada suatu hikmah yg hendak disampai kan Nya. Dan Insyaallah, dia la sebaik2 suami yg aku ada.

"Dia tak sempurna, tapi dia yang terbaik"

Fuhhh payah gk ek nk jd isteri Solehah & M'dengar kata. =D

En.Mok yang tak suke bergambar

Erkkk .. =P

Friday, January 22, 2010

My Wedding Day

Tanggal 1/1/10 (Jumaat) bersamaan 11.30 pagi. Aku dan pasangan Mohd Firdaus Sah menjadi suami isteri setelah 5 tahun 7 bulan bercinta. Tak termasuk 2 tahun berkawan. =D Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar. Walaupun aku agak kalut / panik sekit sepanjang perjalanan majlis.

Yang paling penting, makanan cukup2 untuk tetamu. Fuhhhh nasib baik...Kalau tak, sian ayah aku nk cekau nasi kat kedai. hehehe Dan aku bersyukur semasa upacara nikah, dan berarak....cuaca baik. Dah hujung2 majlis baru gelap sekit, dah tentu waktu tu memang musim hujan. hehehe Yang penting ramai tetamu dapat datang dan rasa nasi minyak aku. Thanks yer semua.

Mudah2an ikatan ini kekal hingga keakhir hayat, dimurahkan rezeki, aman tenteram, dijauhkan musibah dan dikurniakan dengan anak yang ramai. Aminnn


Saturday, December 26, 2009

Pengapit Ku~~

Nih lah wajah-wajah Pengapit Utama aku. Pada kata erti lain, mereka la yang akan selalu disisi aku. Tukang kipas..tukang lap peloh..tukang pemangkin semangat..tukang cover..dan macam2 tukang lg la..hehehe

Actually, rasa cam nk buat semua kawan2 baik aku jadi pengapit, tp tak bleh la kan. Kang runtuh lak pelamin aku.hehehe. Sori la klu ada yang terasa, apa pun..buat kawan2 baik aku yang lain, korang semua adalah penyeri majlis aku nnt. =D

1st Pengapit (Rumah Perempuan) - Ummi Huraizah bt Ramin (Mimi)

Die ni kawan baik aku dari dalam perut lagi. Mmg kenal dah lama sangat. Die ni gk jiran lama + satu Pengasuh + ex-schoolmate + ex-classmate. (1 kelas masa darjah 5 jerh.. yang lain die banyak kelas no.1, aku kelas bawah sekit..hahaha). Skrang die nih graduan UIA - kos Manufacturing. Pandai kn?? W/pn die ni bijaksana, die tak pernah kesah pn kawan ngn aku yang agak suka main2 dari belajar. hehehe. Dan, perkara yang aku paling suke tentang die, w/pn ada masa lama giler tak contact, then bila ttiba contact n terus cerita masalah yang mmg dah teruk....die dengar jerh tanpa banyak cerita. Yang pasti, nasihat2 die mmg bernas.=D


2nd Pengapit
(Rumah Lelaki) - Fauziah Sipli (Ogy)

Eset utama (tahi lalat), hahaha. Ogy ni aku kenal masa Poli Shah Alam dulu. Kenal pun sebab TaeKwanDo sesama. Nk kata rapat sangat dulu, mmm... rapat klu ada tranning jeh la kot. Bukan pe, die ni muke garang giler. Mcm nk makan orang. hahaha. Tp semakin kenal dgn die ni sewaktu dah masuk UiTM ssama, lagi2 tetiba bleh lak duduk 1 rumah sewa ssama. Yang bagus die nih, w/pn aku tahu telinga die dah bernanah dengar keluh kesah aku yang sama setiap hari.. tapi die tetap dengar jugak. Bagus la, bleh dapat anugerah pendengar setia dan penyimpan rahsia yang baik. hehehe. Satu lagi, w/pn muke die garang, tp hati die lembut woooo...hehehe

Keluarga Pakcik Ramin

Hari ni awal2 pagi dah pg Kenduri Kawen anak Pakcik Ramin kt Batu Caves. (Pakcik Ramin adalah jiran lama sewaktu tinggal kt Flat Seri Sabah dulu - masa kecik2 geng ngn adik die, Mimi).
Apa pun, tahniah buat Abang Iwan dan pasangan. Mudah2an bahagia hingga akhir hayat.=D

W/pn tempoh 3minggu keluarga Pakcik Ramin bergolak dengan cerita suka duka, tapi aku tahu Keluarga Pakcik Ramin semuanya tabah dan kuat semangat. Specially Mimi, kwn karib aku dari kecik lagi. (Die gk Pengapit waktu aku kawen nnt..=D)

~Minggu 1- Abang Iwan Selamat Bernikah, Kenduri sebelah perempuan
~Minggu 2- Permergian Arwah Harisin (anak yg ke-3, umur 20thn) akibat kemalangan jalan raya,
~Minggu 3
- Kenduri sebelah lelaki

Duka yang tercalit, tidak menghalang kenduri kahwin Abang Iwan dijalankan dengan penuh kesyukuran. Alhamdullilah. Dan mudah2an roh arwah adik Harisin dicucuri rahmat dan dimasukkan di dalam golongan yang beriman. Amin~~

Monday, December 21, 2009

Rumah Sewa Selepas Kawen

RUMAH SEWA = Done

Dekat je ngn UiTM, ada la dalam 5 minit. Klu ade kelas or grouping memalam tak de la aku kelam kabut nk pg. En.Suami pn tak risau sgt. Klu risau sgt, aku soh je die hantar sampai ke pintu kelas.hehehe (Dah kawen pn, komitment utk kelas ttp sama k. Kenelah susun jadual betul2 supaya keje cepat siap n tak perlu balik tgh2 subuh cm zaman bujang2. Yeahhh cayok2~~)

DECO-DECO = 70% Done

epi sangat melihat rumah sewa yang btol mcm rumah. Boleh golek2 dan berlari2 sesuka hati tanpa risau terlanggar + merosakkan barang org.hehehe. W/pn saiz rumah kecik + jiran2 yg ske wat bising tp aku tetap rasa hepi. Yerlaa rumah sewa zaman bujang lain bentuk nye, masing2 tarok barang main ikut suke.Masing2 xde duit nk deco2. Ni da kawen, kne la elok sekit kg lari plak laki kite. Hehehe


Bila dikira, dari zaman Sekolah Teknik ke Diploma ke Degree (lagi setahun), dah 8 tahun aku menyewa rumah/hostel (agak berdikari kn). So, mmg da mcm2 bentuk rumah sewa/hostel yang aku pernah duduk. Belum lg ambil kira dgn perangai2 kwn serumah yang pernah aku jumpe. Mmg haru-biru + tekanan jiwa.hehehe. Yang pasti, semuanya adalah kenangan yang tak mungkin semua orang rasai. =)