Friday, September 5, 2014

Sebaik-baik perancangan ALLAH

Bismillahirahmanirahim.

September 2014,

Kini sudah hampir berusia 29 tahun.
Kini sudah berkahwin lebih 4 tahun.
Kini sudah punya anak 3 orang.
Kini sudah berniaga bersama suami hampir 4 tahun.

Perancangan ALLAH.


Tahun pertama perkahwinan memang manis. Tetapi disaat poket suami mula menipis, banyak juga setan-setan datang menghasut. Mempertikaikan setiap kejadian yang sudah tertulis. Pernah beberapa kali timbul soalan orang tidak beriman dalam diri......

Kenapa mesti aku kahwin awal?
Kenapa mesti terima lamaran disaat masih belajar?
Kenapa aku korbankan waktu gembira bersama rakan-rakan?
Kerja pun belum.
Bagi emak ayah duit belanja pun belum.
Simpanan sendiri pun tiada.


Jujur. Aku tak fikir panjang ketika hendak berumahtangga.


Yang aku tahu.....
1. Hubungan kami dah terlalu lama.
2. Encik abang sudah cukup duit nak support perbelanjaan majlis pihak perempuan.
3. Emak ayah pula restu.


Haaa apa lagi? Ada juga yang datang menghalang. Bagi nasihat itu ini. Tapi entah lah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langsung aku tak hiraukan, langsung tak ambil hati. Aku cuma fikir 3 perkara diatas tu sahaja.

Mudah kan aku buat keputusan nak kahwin?
.
.
.
.
.
.
.

Itu dulu.

Sakarang adalah saat untuk mengakhiri Fasa Pertama (5 tahun perkahwinan). Fasa yang sentiasa di uji dengan  kesempitan dan kekurangan harta.

Subhanaallah. Semakin hari, semakin  bersyukur dan yakin dengan jodoh ini.

Jika dahulu melihat rakan-rakan bujang bergembira dengan duit gaji, berseronok bercuti dengan rakan-rakan, santai-santai dikedai  mamak sampai pagi, memiliki simpanan sendiri, memiliki kenderaan, punya masa dengan ibu bapa, berbelanja untuk adik beradik dan lain-lain.

Aku??? Ya, tambah tolak sama sahaja. Yang bezanya penambahan komitment kepada suami, dan menghadkan sesuatu aktiviti. Bab berbelanja lagi la tak boleh nak cerita. Sedih.

Dengan keadaan suami isteri bersepakat untuk berkerja sendiri / berniaga, maka haruslah kerja keras double atau triple dalam pembahagian masa dan tenaga. Jujur adakalanya ia tidak consistent. Adakalanya terasa kudarat wanita aku ni dah tak termampu menahan beban. Rasa menyesal pilih jalan ini pun ada.

Menyesal kahwin awal, menyesal buat business...........

Sesungguhnya ALLAH itu maha adil. Dia tahu apa yang terbaik. Disaat Allah menduga dengan pelbagai ujian, Allah juga yang tunjukkan jalan penyelesaian. Jalan yang membuatkan kita lebih matang, lebih berfikir, lebih berilmu. Yang penting sabar dan terus sabar.

Kini diberikan lagi ujian besar iaitu tugasan untuk membesarkan 3 orang anak yang serba serbi perlukankan perhatian dalam kasih sayang dan keperluan harian. Ya, Dia tidak akan menyusahkan kita dengan apa yang kita tidak termampu. Dia permudahkan lagi urusan perniagaan kami, diluaskan lagi pintu rezeki kami dalam banyak sudut.

Alhamdullilah. Itu sahaja kalimah yang termampu aku ucapkan. Ini lah namanya rezeki anak-anak, rezeki usaha tanpa jemu, rezeki emak ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya.


Terima kasih ALLAH, tiada tuhan melainkan Kau.
Terima kasih encik suami kerana sentiasa tekun cari rezeki buat kita sekeluarga.

No comments: