.
.
.
Risau.
.
.
.
Adakah semua baik-baik sahaja ATAU ada dugaan yang sedang menanti.
.
.
.
.
.
Jika diukur pada nyawa, yaa...aku antara calon-calonnya. Jika Allah izinkan aku terus bernafas, Alhamdullilah. Kalau tidak, mudah-mudahan aku dapat pergi dalam keadaan orang mati Syahid.
Sebenarnya perkara ni dah banyak kali aku terfikir. Tapi baru hari ni tergerak hati nak luahkan kat sini. (Mode syahdu-syahdu di office)
Namun, kita tak boleh fikir terlalu jauh hingga boleh merosakkan diri sendiri. Kita hanya perlu terus berusaha menjadi manusia yang selalu ingat dan dekat pada-Nya. Bukan hanya mengInsafi diri disaat kita tahu...tempoh itu adalah antara tempoh nyawa kita dihujung tanduk. Hmmm.
Sesungguhnya, jika dah sampai saat kita meninggalkan dunia ini...orang yang sehat pun boleh pergi tanpa diduga. Yerr orang yang waras tentu tahu itu semua kan??
Buat mak ayah -
Ila tak pasti samaada ila sempat membalas semua jasa-jasa yang telah mak ayah berikan sejak ila dari kecik hinggalah sekarang ni. Maafkan Ila jika tak sempat.
Sekarang ni, mak ayah selalu je mendengar tanpa jemu semua cerita keluh-kesah keperitan jatuh naik ila dalam mengukuhkan kehidupan Ila. Itu tak cukup, ini tak cukup... penink...penink...penink...hihihi. Apa yang ila nak mak ayah tahu, segala rungutan penat lelah tentang kerja harian yang ila selalu ceritakan selama ini....bukanlah untuk membebankan mak ayah lagi. Ila hanya ingin mak ayah terus memberi nasihat dan mendoakan kejayaan yang berterusan buat ila sekeluarga. Ila kerja keras selama ini bukan semata-mata untuk kesenangan diri sendiri, tapi Ila impikan untuk memberi kesenangan kepada mak ayah & keluarga kita suatu hari nanti. Itu sahaja. Dan paling penting ila nak mak ayah bangga punyai anak seperti ila, dan menantu seperti Firdaus.
Buat En.Suami -
Terima kasih tak terhingga menjadi suami terbaik buat mama. Walaupun banyak perkara yang kita selalu gaduhkan...guraukan setiap hari, dan adakala ia menyakitkan hati. Tapi ma tahu, kita tak bermaksud melukakan hati masing-masing. Kita cuma ingin mengharmonikan dan meningkatkan kefahaman kita dalam keluarga. Maaf kan mama yer jika ada buat papa terasa hati hingga kini.
Andai tahun ini adalah tahun terakhir kita bersama, mudah-mudahan ma tak tinggalkan papa seorang diri. Insyaallah dengan izin-Nya, ma berikan papa seorang sahabat yang boleh buat pa ingat pada mama selalu. Dan ma nak pa tahu, ma gembira andai pa dapat berjumpa seseorang yang mampu menggalas tanggungjawab yang lebih baik dari mama dalam menjaga kehidupan harian papa dan sahabat papa yang akan muncul tidak lama lagi ini. Insyaallah.
Apa pun, doakan mama selamat dalam menempuh saat itu. Dan mudah-mudahan kita dapat menikmati kehidupan yang kita cita-citakan dan rancang selama ini. Insyaallah.
5 comments:
suzi.....
tahniah ye.
Semoga dipermudahkan semuanya.
InsyaAllah..
Tq cik habsah. :-)
Insyaallah semuanya akan selamat..jgn terlalu fikir sgt..byk2 doa dalam sembahyang.. papa selalu doa agar mama dan baby yang bakal lahir selamat semuanya.. Insyaallah ma.. aminnn.. i <3 u ma.. :)
Alamak bos sufi baca la post ni. Hihi
igt xbaca. :p
hihih.. perasaan ko x ubah mcm perasaan aku ms nk lahirkan izz dulu. mulut x henti2 zikir, doa dan mengaji. ringtone henpon pn lagu nasyid jer. kalo blh xnak dgr/tgk langsung hal2 duniawi ni. sbb takut 'tewas' semasa bertempur.
dun wori darling, insyaAllah semuanya baik2 aje. jgn terlalu risau sgt k. ko besar dan kuat, pasti boleh!!! hehehehe.... yg penting, sentiasa ingatkan DIA :)
Post a Comment